Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, November 30, 2010

Aku Lalai Ya Rabbi!

Berapa ramai yang apabila mendengar suara azan yang tidak menggagahkan diri ke masjid untuk solat berjamaah.. Yang lebih parah solat setahun sekali sahaja waktu raya, takpun seminggu sekali pada hari jumaat. Itupun sebab mungkin malu pada mertua ataupun jiran tetangga. Sememangnya perkara ini merupakan realiti kerana ada antara pelajar aku yang tak pandai pun membaca Al-Quran. Apabila di tanya kenapa, jawapan diberikan tak pernah diajar oleh ibu bapa di rumah. Yang lebih menyedihkan apabila ditanya lagi, dengan jujur mengaku bahawa di rumahpun tidak bersolat. Mujur kehidupan di asrama banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam. Ada masa untuk berjamaah, usrah, tilawah quran, kuliah agama dan bermacam-macam lagi.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Al-A’raf: 179)
Bila teringat akan maksud ayat di atas, terasa banyak perkara yang dilalui penuh dengan kelalaian.Dibawah ini aku titipkan beberapa kategori lalai moga-moga kita semua sedar betapa kelalaian kita akan membawa kebinasaan.
1. Lalai terhadap perkara yang membahayakan dan mendatangkan murka Allah, memandang kecil terhadap dosa, tidak bertaubat dan tidak takut langsung dengan dosa. Dia sebenarnya dalam bahaya. Justeru, hati-hatilah!

2. Lalai terhadap perbuatan yang boleh menyelamatkan diri daripada azab Allah iaitu tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun iman dan Islam. Malah, kadangkala sesetengah pula tidak tahu mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam.

3. Lalai untuk menggunakan peluang iaitu tidak menggunakan umur dan waktu yang diberi Allah sebagai modal untuk mencipta kebaikan dunia dan keuntungan di akhirat.

Umur diberi kepada manusia dengan percuma, ia sangat mahal sehingga banyak tempat dalam al-Quran Allah bersumpah dengan waktu dan umur.

Tetapi kita manusia tidak tahu mengisi umur dan masa dengan amalan berharga. Itulah yang dinamakan lalai merebut peluang, lalai untuk berterima kasih terhadap tuan yang memberikan umur kepada kita, kerana jika tidak lalai pasti kita isikan dengan aktiviti berguna.

4. Lalai terhadap kualiti hati, iaitu diri tidak tahu keadaan hatinya, sama ada sakit atau sihat. Malah disebabkan lalai, diri tidak mengetahui hatinya hidup subur atau mati.

Apabila lalai, dia bersikap tidak peduli terhadap hatinya, tidak pernah memikirkan untuk memberikan rawatan terhadap hatinya. Justeru, hati yang keras menjadi bertambah keras, sukar menerima pendapat, nasihat dan tunjuk ajar.

5. Lalai terhadap musuh dan perangkap syaitan yang tidak pernah lalai terhadap mangsanya, terdiri daripada manusia. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan manusia, tanpa berasa letih pada bila-bila masa, tetapi apabila manusia lalai, saat itulah peluangnya untuk menggoda manusia.

Renung-renungkan..SELAMAT BERAMAL!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...