Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, November 30, 2010

Lafaz yang tersimpan.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

ana nk mntk tlg..

leh x, fahami lirik lgu nie…

time kaseh…

jazakallah..

2 comments:

  1. salam affan... awat dgn lagu ni.. huhuhu... ape yg akak fhm ni lagu suami buat isteri yg telah menemui Ilahi..lafaz yang tersimpan, mungkin kasih terhadap arwah isteri yang tak pernah diucapkan,, hanya diekspresikan melalui perbuatan.. huhuhu.. .. akak nyer tafsiran.. tak taulah...

    ~rase pelik plak akak berkata camni~ hahahah

    ReplyDelete
  2. wassalam kak nad... tp kan pandangan sya kat lagu nie merupakan lafaz yang x sempatt dilafazkan oleh seorang anak terhadap ayahnya kerana ayahnya sudah tiada lagi... lafaz yang belum sempat dilafazkan... hehehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...