Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, November 30, 2010

Ya Allah, jadikan ku pemimpin yang benar.

salam semua… wah… dh blh update blog… xpela… bwat yg terbaik… ermm… nak kongsi ap ek.. sejak baru2 nie hati asyk menangis je membayangkan beban yg besar dipikul tatkala menjadi pemimpin… khutbah mencertakan perihal pemimpin, shbat pown same… lgi tkot bila ustaz2 di kampung menceritakan azab terhadap pemimpin yang ingkar.. hari nie terbaca mengenai satu kisah pasal Harun Al-Rasyid, seorang pemimpin yang terkenal dengan sifat kepemimpinannya namun satu hari satu peristiwa yang menyedarkan die dan menjadi pedoman kepada kita… kisah Harun Al-Rasyid dikritik…

Pada suatu hari, seorang bernama Buhlul berdiri di tepi suatu jalan. Lalu, lewatlah Harun Al-Rasyid, khalifah Abbasiyah. “ wahai Harun!” teriak Buhlul. Khalifah berhenti dengan penuh hairan bertanya,”siapa yang memanggilku dengan nada menghina itu?”

“Buhlul si gila, Tuan!” jawab para pengawalnya. Harun memanggilnya,”apakah kamu mengenaliku?”. Jawab Buhlul, “Ya, kamu orang yang dituntut pada hari kiamat saat seseorang berbuat aniaya terhadap yang lain di timur negeri yang luas ini walau saat ini kamu berada di barat. Sebab, kamu mengklaim diri sebagai kepercayaan dan penjaga keamanan rakyat!”

Harun tersentuh oleh perkataan Buhlul yang menarik itu. Dia merasa bertanggungjawab terhadap dirinya yang tak berguna di hadapan mahkamah pengadilan Tuhan. Harun bertanya, “sekarang bagaimana kamu melihatku?”

Buhlul menjawab, “cerminkanlah dirimu pada kitabullah: ‘sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti berada dalam syurga yang penuh kenikmatan’.”(al-Infithar:13)

“Lalu, semua amal baik kami ini akan bagaimana?” kata Harun Ar-Rasyid. Buhlul menjawab,”sesungguhnya Allah hanya menerima (Qurban) dari orang-orang yang bertakwa”

(al-Ma’idah:27)

“wahai Buhlul, lalu bagaimana dengan rahmat Allah yang luas itu?” Buhlul menyebut ayat:

“sesungguhnya rahmat Allah amat dekatkepada orang-orang yang berbuat baik.”

(Al-A’raf:56)

Beliau menyebut firman Allah,

“Apabila sasangkala ditiup maka tidak lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.”(Al-Mu’minin:101)

Harun Ar-Rasyid bertanya,”Syafaat Nabi untuk umatnya bagaimana?” Buhlul menyebut firman Allah : “Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang telah Maha Pemurah beri izin , dan die telah meredai perkataannya.”(Thaha:109)

Lihatlah bagaimana seorang pemimpin yang hebat ditegur mengenai pemerintahanya.. sepatutnya kita mencontohi sifat ini.. seperti kata teman ana, kita mencntohi pemimpin selagi dia bnar dan hendaklah menegurnya sekiranya dia salah.. same gak kalu nak diceritakan di mana2 pown.. selagi kita berorganisasi saling tegur menegur amat penting.. sesungguhnya kebahagian, kemulian, keceriaan dan kesempurnaan sebuah organisasi atau pertubuhan terletak pada sifat mereka dan ukuran betapa eratnya ukuwah mereka.. sesungguhnya pemimpin yang hebat sentiasa mendengar dan mengambil iktibar daripada kritikan seseorang tak kiralah die 2 tukang cuci ke atau orang miskin. kisah salman al farisi yang mana seorang hamba namun ideanya mampu menyebabkan umat islam menang dalam perang khandak. selain itu, pemimpin juga hendaklah segera muhasabah diri sekiranya melakukan sedikit kesilapan agar tidak berulang. manusia x lari dari kesilapan. ap yang penting ialah sifat memotivasikan dalam diri yang digunakan untuk mmperbetulkan kembali kesilapan ke arah yang benar.

teman-teman sekalian,

sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. tidak takutkah anda tatkalahari kiamat berlaku… kita berada di alam barzakh yang penuh dengan teka-teki sama ada btol ke x amalan kita di dunia dan akhirat.. ingatlah pesan nabi kita, peganglah kamu terhadap 2 perkara utama iaitu Al-Quran dan As Sunnah.. jadi, sma-smalah kita amalkan.. sesungguhnya Allah Maha Besar dan ciptaannya amat hebat. marilah kita terokai dan mengenali makrifatullah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...