Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, November 30, 2010

Keunikan bunyi.

Assalamualaikum..
Basmalah dan alhamdulillah diberi kesempatan untuk memiliki jari nie.. mungkin nak tulis something ke... ari nie nak share something yang berlaku... secara tiba-tiba terfikir perkara ini tatkala duk silent sorg2 dalam hutan melihat kebesaran Allah..
tragedi ini berlaku pada tahun nie.....

Ketika satu hujung minggu tahun 2010, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengikuti usrah bersama Ustaz Ridha di tasik shah alam... pagi2 tibe2 senior ajak pergi usrah, apalagi 'grab' pluang yang ada la.. sedikit masalah mula-mulanya kerana driver bas x taw tempat 2. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak. tengok kat sekeliling no one from the Intec. kemudian ustaz datang bersama anaknya Aishah. seperti biasa bersalaman dengan Ustaz dan adakan sedikit perbincangan mengenai makna dalam Al-Quran. kemudian ustaz berharap bahawa aku dapat membuat satu lirik lagu yang bertemakan ketuhanan disebabkan aku menjadi leader team nasyid cendana thn ini... ustaz kata, nasyid x semestinya kna ikut flow yang ada namun blh diubah mnjadi menarik untuk menarik minat para muslimin... akhirnya, aku menanam azam untuk mencipta sebuah lagu seperti maher zain. insyaAllah...

kemudian usrah pown start... persoalan pertama, di manakah kita mencari islam dalam diri kita...

terfikir sejenak.. ku bersuara, dari pemikiran. dan mcm2 lagi jwpn dari teman ku..
kemudian ustaz mengarahkan kami untuk mencari sendiri jawapannya..

sampailah kepada persoalan kedua yang mana dibincangkan dalam kumpulan. naqib kumpulan ku adalah Saifullah. hahaha, orang paling macho dan cool... kami hanya diberi satu ayat daripada surah fatihah, ayat pertama, iaitu segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam dan hendaklah mengulanginya 2o kali (cubela try). kemudian pejam mata dan mendengar sekeliling. rumusan yang aku dpt drpd perbuatan ini seperti di bawah...

terdapat 2 bunyi yang dapat didengar, bunyi kenderaan yang bising dan bunyi binatang seperti burung dan sebagainya. kalau didengar secara teliti, bunyi burung lebih nyaman daripada bunyi kenderaan. ini kerana burung merupakan ciptaan Allah dan tiada siapa yang mampu membuat sperti itu namun kenderaan merupakan ciptaan manusia dan hanya mesin yang menghiasi bunyi yang disuarakan. sebab itulah ciptaan Allah amat indah. namun jika sekiranya anda meneliti bunyi burung sambil menghayati ayat pertama surah fatihah, satu perasaan yang pelik akan terasa dan air mata hampir mengalir. yang nie no komen, x taw sebab ap. lihatlah bagaiman betapa indahnya bunyi ciptaan Allah, cuba bayangkan kenapa orang lebih memilih tempat seperti pantai, hutan, bukit, dan gunung untuk melancong dan menenangkan diri sebab, tempat seperti ini dihiasi dengan pelbagai bunyi ciptaan yang Maha Esa seperti bunyi ombak, haiwan2 dan angin yang bergisir ngn daun2.. 1 lagi yang blh kita bayangkan ialah mengapa orang kafir pon ingin untuk mencari ketenangan di tempat tersebut dan jauh dari manusia. ini kerana, mereka sedar adanya tuhan namun masih tidak mendapat hidayat lagi untuk mengenali Allah.


secara konklusinya untuk post yang ini.. mengenali Allah (makrifatullah) bukannya susah kerana semuanya sudah tersedia di sekeliling kita dan kita hanya perlu mengkajinya.. insyaAllah ketenangan dan keredhaan akan wujud dalam diri kita. dan kita yang dikurniakan islam sejak lahir lagi hendaklah bersyukur dan menggunakan kesepatan yang ada untuk bertakwa kepada Allah dan mengkaji ciptaannya.. setakat ini sahaja la dulu... ini sebenarnya pengalaman dan pandangan darpada hamba yang hina ini.. asif(maaf) la kepada semua sekiranya ada banyak kesilapan... mintak tunjuk ajar dan komen sekiranya salah dan ada pandangan lain...


salam... =)

hidup penuh dengan warna-warni.

2 comments:

  1. salam..
    at last.=)
    nice..i got sumthing from ur entri today..
    teruskan menulis..
    so that..
    org len dapat sesuatu daripada apa yang kita tulis dalam blog kita nih..
    ~islam is da best way of life~
    today i met ruski people who wants to reveal da truth religion..
    doakan mereka diberi hidayah oleh Allah..=)

    ReplyDelete
  2. wassalam... insyaAllah... buat sekadar yang mampu dan terbaik untuk membantu orang lain..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...