salam semua.. mungkin x penting tp saje nak ckp selamat tahun baru eropah...=)
dh lama x dpt update blog nie sbb mcm2 hlngn. semakin besar dirinya, semakin kuat tempat kebergantungannya. dengan ikhlas, menjaga kedai ayah, dan menyiapkan paperwork yg patot. paperwork ICODE blom ok lg. adoii... tajuk entri nie simple iaitu terdetik sesuatu.. sesuatu secara tiba2 dtg dalam lubuk hati manusia bila kita semua terfikirkan ciptaan Allah dan lebih manis makin kuat makrifatullah kita. maka, wujudnya sayang kepada-Nya. dari situlah "sesuatu" ini terdetik..
act, bru balik dari kem. Alhamdulillah hbt sgt. mcm2 blh bljr. enjoy, simple, ukhuwah yang erat dan yg plg pntg btapa indahnya ciptaan Allah sbb buat kt dlm hutan. peserta semua laki so, pergaulan kurang terbatas skit la. yg manisnya, kami dberi pluang oleh coach kmi maen air sungai sampai dah x mmpu nk mandi lg. flying fox 2 biasa la kan dlm kem. di kem inilah sesuatu yang dimaksudkan itu tiba2 wujud dan terasa betapa hinanya diri. mood low profile ku terus on. hehehe.
mungkin anda tertanya-tanya apakah dia. seindah ciptaan Allah, indah lagi agamanya. kem kmi sebenarnya bertemakan motivasi jati diri dan kecemerlangan akademik di mana dipanggil total success leadership camp, namun di sebalik perkara tersebut ada yg lbh manis. ada 1 program yg dipanggil buta, dan pekak dan kmi diminta memilih ingin menjadi yg mane. subhanallah, betapa sukarnya melihat mereka walaupun oku cap ayam berkomunikasi dengan org rmai. tapi oku yng asli senang je komunikasi. mengapa? urm.. critical thinking jap.. sebabnya itu janji Allah. Allah Maha Adil. sesuatu yang terhasil ada kebaikan dan keburukan, kehebatan dan kelemahan, serta kelebihan dan kekurangannya.. subhanallah, aku merasakan ak lbih hina dari oku. mereka lemah dan x sempurna sepertiku tp mereka mampu mencapai thp di luar dugaan ku.. mgkn aku mampu bercakap di depan org rmai tapi mereka lebih hebat kerana mereka mampu tampil di khalayak ramai walaupun byk kekurangan. bila muhasabah diri balik, betapa lemahnya kta. Astagfirullah. muhasabah diri balik.
then, aku juga terdetik. takutnya aku bila terkenang dihisab kelak. adakah aku mampu ke tempat yg dipenuhi bidadari yang cantik. asyik melambung-lambung je dalan otak nie. aku sempat diberi peluang untuk solat dhuha di tegah2 pasir yang dikelilingi air sungai. suasana yang redup dan amat tenang. tatkala aku membaca surah fatihah ayat satu, ayat yang menerangkan pujian kepada Allah yang memiliki seluruh alam ini, aku terfikir semua perkara yang terhasil di dunia ini dari Allah. sekiranya semua dilihat secara teliti, populasi manusia hanya sikit dari yang lain malah tumbuhan dan air yang majoritinya. then, cube fikirkan, jika semuanya dihitung secara adil, adakah kita layak untuk ke syurga Allah. ak mendengar bunyi air yang mengalir, pokok bertiup sayup2 dan bunyi burung dan binatang lain yang menyapa suasana solat dhuha. mereka x pernah tinggal suruhan Ilahi, burung disuruh bersiul maka dia bersiul, pokok disuruh bergoyang dan angin sebagai penggoyangnya maka mereka turut, air sentiasa mengalir untuk manusia tapi adakah manusia melakukan SETIAP SURUHAN ALLAH. subhanallah, betapa kerdilnya diri ini. aku menangis saat ak solat dhuha di tengah-tengah sungai itu. ini merupakn pengalaman yang amat manis.
kadang kala mungkin kita x sedar, bahawa setiap hari kita hanya melakukan perkara yang sama sebab kita malas dan takut untuk mencari sesuatu yang baru. keinsafan, keindahan, kekaguman, kemesraan dan kehidupan lahir tatkala kita mencari pelbagai jalan sama ada sukar atau senang untuk mengharungi hidup ini. ingatlah pengalaman mematangkan kita. oleh itu, sekira diberi peluang untuk menyertai sesuatu, ambiklah kerana ak yakin kamu mmpu mencari dan meneroka sesuatu yang sukar dilafazkan. betapa indahnya.
di sini, ingin ucap terima kasih keran aku mendapat idea yg baru untuk buat modul yg baru. moga semangat untuk berdakwah tidak pernah pudar dalam diriku dan mampu mencari sesuatu yg lbh baik. amiinn... moga JPKCian sekalian mampu maju dan menjadi pemimpin yang sebenar...
mengkaji sesuatu bukannya susah namun ia memerlukan sesuatu untuk menolak perasaan mengkaji itu timbul dlm lautan yang dikenali malas. moga mendapat sesuatu.
asif x pndai berkias, hanya ingin memberi pendapat dan nasihat saat belajar sebagai peneroka ini. hidup ini memang warna-warni..
salam ziarah... syukran..
No comments:
Post a Comment