Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, January 24, 2011

keceriaan sebuah kehidupan..

salam... dh lama x update blog..
Alhamdulillah Allah masih memberikan segala nikmatnya moga jari2 ku trus bergerak untuk melafazkan sesuatu yang mungkin berguna pada kita semua InsyaAllah..
di sini, hati berasa bertuah sangat pada seorang teman yang sudi menceriakan blog nie... syukran cuya, moga anda mencapai kejayaan di Rusia inshaAllah.

suatu perkongsian yang mungkin rasanya simple namun mungkin berguna pada kita. post kali nie mgkn pnjg skit kerana ingin bercerita tentang keindahan sebuah kehidupan.. hidup kita x lari pada satu tujuan iaitu syurga firdaus dan ingin sentiasa bersama Rasulullah kelak.. subhanallah, indahnya detik itu. dalam kehidupan kita, niat kerana Allah mesti hadir dalam kehidupan kita namun timbul satu persoalan, mengapakah kita tetap menjalankan rukun islam yang diajar kepada kita namun kehidupan kita masih kabur, tidak tenang dan sentiasa diselubungi masalah... urmm... nape ek? sape taw jawapannya.. yup... hari ni mungkin nak kongsi sedikit nasihat dan pandangan.. kalu salah maaf dan tolong betulkan.. kita sma2 blaja kan..

p/s : jom buka hati untuk menerima sesuatu yang baru.


kakiku sentiasa melangkah mencari konklusi hidup. satu ketika, aku sampai di antara 2 persimpangan. aku terfikir, jalan mana harus aku pilih. satu jalan yang kita lakukan apa yang patut dan wajib namun tiada yang perlu kita sumbangkan pada orang lain dan jalan yang lagi satu jalan2 yang penuh dengan duri tetapi penghujungnya cahaya yang sangat indah di samping melihat orang2 yang meraung minta tolong di tepi gaung yang dalam. aku terfikir kata temanku, cube baca ayat surah al-baqarah ayat 143. subhanallah, aku tersedar dari mimpi. kita merupakan umat contoh namun nape masih x mampu menjadi contoh. mereka yang baik hanya ingin menjadi dirinya baik namun bukan menjadikan umatnya yang terbaik. adakah aku dianggap hebat jika membiarkan kawan2 ku masih leka dihanyut godaan syaitan. Ya Allah, kuatkanlah semangat ku.. ayuh teman2.. sedarlah, kita hanya hamba yang hina begitu juga dengan kawan-kwan kita. adkah kita masih mahu berada dalam kehinaan. Allahuakbar... jom sma2 amar makruf nahi mungkar...


Alhamdulillah, minggu nie penuh dengan cabaran bagi diriku.. pelbagai dugaan yang menimpaku.. semoga ada sesuatu di sebaliknya. syukur pada yang Esa, semakin aku ditimpa maslah aku semakin matang dalam diriku. sudah beberapa kali aku demam dalam 2 mnggu nie.. namun, aku menerimanya dengan senyuman.. betapa indahnya jika kita sakit dan tersenyum dan orang menganggap kita sihat. indahnya sebuah senyuman. minggu ini, aku terpaksa menghadapi dengan bebanan kertas kerja yang banyak dan kerja akademik yang banyak. Affan, paperwork slh, kna buat balik dan ulang kerja byk kali untuk mencari yang terbaik. affan, u need to fokus dlam akademik, bangun balik dari kegagalan.. itulah bisikan hatiku setiap kali menjadi seorang pemimpin. namun di sebalik itu, aku blaja pelbagai benda yang berguna kerana sesungguhnya, seorang pemimpin x akan berjaya tanpa bantuan rakannya, seorang pemimpin akan gagal dlam hidupnya jika tidak mampu memilih kerja mana perlukan lebih priority dan yang lebih penting, seorang pemimpin akan tenggelam, jika tiadanya hubungan dengan Allah dan perasaan cinta padanya. Alhamdulillah Allah, sekarang baru aku sedar kenapa Allah memilihkan aku menjadi pemimpin, kerana dengan kerja yang banyak aku lebih mengenali kehidupan dan dekat padanya. Ingatlah, Allah perancang terbaik untuk kita.


pembaca sekalian.. sesungguhnya begitu indah kehidupan kita jika kita btol2 memahami erti sebuah kehidupan. kehidupan kita penuh dengan keceriaan, jika kita diuji dengan masalah dan bebanan, terimalah dia dengan penuh ceria kerana kecerian akan melahirkan satu jalan yang terbaik untuk kita. ingatlah, hidup kita bukan hanya ingin menjadi seorang yang berjaya di dunia sahaja namun padang mahsyar menjadi saksi sama ada kita mendapat seuatu yang terbaik dan berkekalan kelak. jom sama2 muhasabah.. dlam meneroka kehidupan, kita semakin kenal erti sebuah kehidupan. hiasilah kehidupan anda dengan penuh keceriaan kerana kita lah yang menentukan yang terbaik untuk kita.. inshaAllah... sekadar perkongsian bersama. agar, pembaca mendapat sesuatu daripada post ni walaupun sedikit..


hidup kita penuh dengan wrna-wrni dan terbitnya keceriaan jika kita betol2 menhayatinya...

salam ukhuwah....

2 comments:

  1. alhamdulillah..isi yang mantap..
    terkesan di hati..
    setiap ujiann yang ditimpakan oleh Allah itu sbenarnya hikmahnya sangat besar..
    sy penah baca satu artikel..

    jgn kata 'aku ada masalah yang besar..tensionnya!!!'
    tpi kata la...

    'hai masalah...aku ada Allah yang maha besar'

    insyaAllah..moga2 kita sentiasa menjadi hambanya yang sabar dan kuat semangat..
    aminn

    ReplyDelete
  2. inshaAllah.. moga2 kita sama2 tingkatkan semangat dalam diri kita...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...