Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, January 10, 2011

keindahan cinta yang sebenar.

salam temanku...
hari nie nak tulis secara ringkas je... mood sdh x hlglagi.. insha Allah cbe pulihkan. Alahamdulillah dikurniakan sahabat2 yang hebat. hari nie post simple mengenai keindahan sebuah cinta yang susah untuk dirungkai. malam nie aku disajikan dengan makanan rohani yang amat enak. tazkirah maghrib dari seorang ustaz yang hebat menggegarkan jiwaku dalam mengenali siapakah diriku. menceritakan kisah Rasulullah membuatkan aku begitu rindu pada Rasulullah.

hatiku mengetuk mindaku. wahai Affan, adakah kamu sediakan tempat cinta kepada Rasulullah dalam hatimu. aku pun membedah hatiku... hehehe... xdela, muhasabah diriku balik.. subhanallah, betapa hinanya aku selama ini.. adakah aku layak untuk bersama seorang pemimpin yang hebat di syurga firdaus sedangkan cintaku pada Rasulullah tidak begitu mekar. amat terasa dan berguna tazkirah malam ini.

temanku... sejauh manakah kita berkorban untuk agama kita. adakah ad perasaan cinta terhadap islam dalam diri kita. jadi, kenapa anda masih tidak membuka hati anda sepenuhnya dalam menjadikan islam sebagai agama yang syumul dalam kehidupan anda. jika bab cinta antara manusia kita sungguh laju nak berbicara namun bila membicarakan kisah cinta pada Allah, rasulullah dan islam yang indah kita hanya diam membisu. takut untuk berbicara kan. ingatlah, lebih baik anda semua takut neraka kelak daripada takut pada sesuatu di dunia yang penuh dengan tipu daya ini.


hidup dan matiku hanyalah pada yang Esa.. sesungguhnya perjalanan hidup kita telah diatur terbaik untuk kita. Alhamdulillah..
salam ziarah,
hidup ini penuh dengan warna-warni.

2 comments:

  1. yup..sejauh mana cinta kita pada rasulullah,pada Illahi pada Islam..
    mengaku cinta pada rasululla tapi x amalkan sunnah rasulullah...sy la tu..huhu..
    sama2 perbaiki hati dan amalan..
    jzkk..perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... moga sama2 dapat perbaiki diri..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...