salam ukhuwah pembaca sekalian...
merasakan diri ini ingin berkongsi sesuatu, sesuatu yang sebenarnya penting tatkala kita tidak pernah menyedarinya. satu pengalaman yang mematangkan aku. satu peristiwa yang menyedarkan aku. Subhanllah, syukran membiarkan diri aku terjaga daripada lena sebelum ini..
aku ingin berkongsi satu pengalaman yang aku timba ketika aku mengikuti i-PROKHAS baru2 nie...mungkin ada di antara teman-temanku pernah ke sana... ramai yang kata best sebab tempat penginapan nye mcm hotel.. aku pun merasakan mcm 2.. namun, di sebalik itu, ad pelbagai benda aku bljr untuk belayar kehidupan sebagai seorang umat islam. namun, aku ingin berkongsi satu perkara yang mungkin lain dari yang lain dan memberikan kesan yang mendalam dalam diriku.. sekadar perkongsian...
pada hari kedua pertama aku menjalani program itu, aku sedar tanggungjawab aku amat berat setelah dilantik menjadi ketua kumpulan wassatiah (sederhana). kumpulan aku memang terbaik dan sungguh gembira bersama kalian semua. seperti biasa, aku cuba merancang yang terbaik untuk kumpulanku. hari kedua merupakan cabaran utama dan paling gentir untukku di kem itu. aku kena mngetuai kumpulanku untuk jungle trekking dalam keadaan hujan lebat. aku sedar aku perlu menjaga segala keselamatan dan kesihatan mereka..
mungkin sape2 yang pergi sedar bila sampai satu tempat keselamatan setiap orang teruji. selepas mengharungi halangan cross river, kami terpaksa mendaki cerun yang amat licin. aku melihat banyak kali ahli kumpulanku jatuh terutama akhwat namun mereka tetap bangun dan terus mencuba untuk mendaki cerun itu. aku sedar, aku sebagai ketua perlu membantu mereka. aku cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka semua selamat sampai ke puncak walaupun badanku luka untuk memastikannya mereka semua selamat. sifat tidak putus asa mereka membuatkan diriku lebih tabah untuk menjaga mereka... kemudian, hatiku bersuara... aku hanya memimpin 10 orang rakanku untuk mendaki cerun yang licin tetapi begitu sukar sekali dan bahaya perlu aku tempuhi, hanya mendaki cerun yang memakan masa yang sekejap, diriku dah terasa kepenatan dan bebanan yang besar. bagaimanakah aku sebagai pemimpin umat islam kerana semua umat islam merupakan khalifah untuk memimpin umat islam yang lain. sejauh manakah kemampuan aku untuk memastikan umat islam lain tidak terjatuh ke dalam cerun kehinaan. baru cerun bukit aku dah terasa bebanannya inikan pula cerun kehinaan yang melibatkan bukan 10 orang tapi semua umat islam yang berada di sekelilingku.. subhanallah, betapa susah dan beratnya tanggungjawab seorang pemimpin. sekarang baru aku sedar betapa hebatnya pemimpin islam mempertahankan maruah umat islam. aku hanya menyelami sifat kepimpinan hanya beberapa minit di dalam hutan namun bagaimankah kita ingin mengharungi sebagai seorang khalifah di muka bumi ini untuk sepanjang hidup kita.. subhanallah.. Ya Allah, kau teguhkanlah hati kami untuk menjadi khalifah di muka bumiMu...
namun, peristiwa itu bukan berhenti di hutan sahaja malah pada malamnya kesedaran dan segalanya memuncak dalam gelora jiwaku. satu sesi di mana kita muhasabah diri kita sebagai umat islam. selepas kami diminta untuk menghayati segalanya, aku masih mampu menahan daripada menangis kerana aku turut melakukan perkara yang sama dalam program motivasiku.
tatkala kami disuruh buka mati dan mengisi borang wasiat di depan kami. air mataku mula mengalir. adakah kerana baru sekarang aku menagis disebabkan sesi muhasabah diri tadi. tidak!! aku terfikir, jika aku mati, apakah wasiatku untuk umat islam yang lain. adakah aku sudah membantu mereka ke jalan yang benar padahal aku merupakan seorang khalifah yang hina. air mataku mengalir menandakan aku takut apabila terkenang hari aku dihisab dan ditanya sejauh manakah aku berbakti untuk umat islam. hatiku pedih, tanganku dengan izin Allah bergerak sendiri untuk menulis wasiat itu.. Ya Allah, jika aku mati, kau gantilah tempatku dengan seseorang yang mampu menjadi khalifah yang sejati di muka bumi Allah ini. kuatkanlah azam sahabat-sahabatku untuk menjadi khalifah. jadikanlah mereka menjalankan tugas mereka. setitis demi setitis air mataku membasahi kertas tersebut.. aku mahu semua yang hadir menziarahi mayatku nanti mempunyai azam yang baru dan bersedia menjadi khalifah seterusnya.. Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan kepadaku dan sahabatku untuk menjadi pemimpin dan khalifah di muka bumiMu ini.. kami takut ya Allah...
terasa lega dapat bersuara malam nie.. semoga anda mendapat sesuatu.. ingatlah, kita semua adalah khalifah dan kita akan disoal kelak. mungkin ada teman-temanku menganggap aku ni skema ataupun xde life sebab asyik buat motivasi jer... hidup x enjoy kata mereka.. namun, aku suka lakukannya kerana aku mempunyai misi yang satu iaitu ingin mengubah pandangan masyarakat mengenai islam pada usia yang kecil lagi..setiap programku tidak memerlukan bayaran kerana aku percaya janji Allah.. Allah akan membantuku kelak.. berbekalkan modal sepulh ringgit tanpa mengharapkan sebarang pulangan dari segi wang, aku berjaya menyuntik dan menyedarkan masyarakat di sekelilingku mengenai islam.. itulah kejayaan yang ku cari... teman sekalian.. ayuh, kita semarakkan tugas yang sering kita lupa iaitu berkhidmat sebagai khalifah di muka bumi Allah ini...
mungkin, ini saja untuk kali ini... jika ada salah harap dapat tegur dan nasihatkan.. sesungguhnya aku seorang peneroka yang baru belajar...
moga apa yang kita baca dapat kita fahami, hayati, amalkan dan sebarkan pada teman-teman yang lain.... # hidup ini penuh dengan warna-warni#
selamat beramal....
assalamualaikum...saya tertarik dengan post ni sebab kita selalu menghadirkan diri untuk program2 ilmu..dan banyak menulis wasiat tapi yang kita tulis hanya benda2 yang menyentuh tentang diri kita..saya juga tidak pernah terfikir bahawa ada hamba Allah yang akan menulis ini.Ya Allah, jika aku mati, kau gantilah tempatku dengan seseorang yang mampu menjadi khalifah yang sejati di muka bumi Allah ini. kuatkanlah azam sahabat-sahabatku untuk menjadi khalifah. jadikanlah mereka menjalankan tugas mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Affan, betul tu. Bukan senang nak jadi pemimpin. Kalau jadi pemimpin ni, sebelah kaki kita berada di neraka. Tapi Insya Allah kau mampu jadi seorang pemimpin yang baik (: Be strong !
ReplyDeleteinsyAllah :)
ReplyDeletebellazegra... wassalam.. kadang2 kita sentiasa dibisik oleh syaitan untuk sekadar melaksanakan ibadah khusus dan melupakan tanggungjawab diri kita pada masyarakat... sebenarnya.. blog ini ingin meneyedarkan diri saya dan juga semua mengenai pekara yang kita kurang ambil perhatian.. inshaAllah.. sama2 muhasabah diri..
ReplyDeletefuzah... wassalam... amiiinnn.... moga, diriku mampu dibawa ke jalan yang benar.
pena maya.... inshaAllah.. =)
salam affan... moga beroleh keredhaan dari-Nya...
ReplyDeleteperkongsian yang diolah dgn rasa hati ... intuisi yang dpat dirasa dkt sekali ... terima kasih fan..
semoga kita dpt meniti hari di intec dgn lbih kuat dan kebal ...
inshaAllah alif.. ak x mampu lakukan semunya tanpa bantuan especially ko... jom, sama2 sebarkan benda yang ikhlas..
ReplyDeletealhamdulillah...post yang sangat bagus sy kira..
ReplyDeletemasih ada pemuda yang berjuang kerana nak mencari keredhaan Allah which is kita taw sekarang ni dah tak ramai yang nak berjuang menjadi khalifah di bumi Allah..ramai yang lebih ske hanyut ngan dunia..kepalsuan indahnya dunia..
jauh daripada nak memikirkan sal umat islam sekarang..
semoga Allah terus menguatkan hatimu sahabat untuk terus berjuang sebagai khalifah Allah...
may Allah bless you
inshaAllah.. kdg2 perkra yang sukar dilafazkan memberi makna pada orang lain... sebagai peringatan bersama..
ReplyDelete