salam pembaca.
dah lama x dapat nk update blog.. maaf, sejak akhir2 nie bz skit.. x smpat nak menjenguk blog.. hehehe.. ag pown,blog nie x best pown.. inshaAllah perkongsian post kali nie merupakan pengalaman sendiri dan baru terjadi kepada diri sendiri. sesungguhnya Allah Maha perancang dalam sesuatu perkara. minggu nie minggu yang getir bagiku.. impianku dalam usaha ingin mengubah masyarakat semakin berjalan dengan rancak. Alhamdulillah, cuti mid sem nie jadualku padat dengan program motivasi yang perlu dilaksanakan. bermula hari sabtu sampai khamis, setiap hari aku mengejarkan diriku kepada 5 buah sekolah. sesunnguhnya tiada balasan mahupun bayarn daripada sekolah tersebut namun aku hanya ingin menyedarkan anak-anak mengenai realiti hidup yang sebenar.. kuatkanlah hatiku, tautkanlah hatiku sentiasa berada di jalanmu... aku tertarik dengan hadis nabi ini yang catik dihias bersama gambar yang sejuk bila memandang. semangatku semakin membara...
Ayuh affan, janganlah pernah mengeluh dalam melakukan kehebatan. Xkanlah aku x mampu sedangkan pahlawan islam dahulu sanggup mati dan meninggalkan segalanya. Usahaku hanyalah seperti sebutir pasir di laut yang luas. Aku diuji dengan pelbagai ujian sebelum aku tiba di Kelantan. Tiket bas ke Kelantan pada asalnya pukul 8.30 tapi entah kenapa pukul 10.30 baru sampai. Sabar jela hati.. x sempat nak solat isyak kerana kata hati takut tertinggal bas.. subhanallah, aku cuba untuk betemu denganmu dalam solat namun aku ragu-ragu dalam keadaan bas yang samar2. Alhamdulillah sempat solat isyak di merapoh walaupun aku berjalan sorang2 ke surau yang gelap dalam pukul 5.00 pagi. adakah aku mampu untuk tiba sebelum pukul 8 kerana aku kena handle satu slot motivasi pukul 8.. segalanya aku bertawakal. Tatkala jam pukul 8 aku masih dalam bas. Berkali-kali aku kol umi. Tambah lagi aku risau umiku yang jatuh sakit. Time tu semuanya aku berserah pada Allah. Disebabkan bas lambat sampai jadi basku tiba di Kelantan pun lambat. Pukul 8.30 baru sampai yang mana biasanya pkul 4 pagi dah smpai.. ya Allah, aku sungguh takut ketika itu. Segalanya aku berserah padaMu.. hatiku kuat tatkala sahabatku berkongsi satu ayat yang amat berguna ketika itu. Surah insyirah ayat 5 dan 6. Ayat yang berbunyi sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan diulang 2 kali. Aku memejam mata sambil mencari hikmah di sebalik yang berlaku. Akhirnya aku smpai pkul 8.30 dan terus solat qada’ subuh disebabkan bas lewat beserta dhuha tanpa mengemas beg aku mandi ala eropah gitu dan terus ke sekolah yang telah menunggunku. Alhamdulillah sempat jugak buat slot 2 jam sambil ditemani umi yang tercinta. Walaupun umi x sihat dan berjalan-jalan pun Nampak x larat namun umi sentiasa menemaniku.. syukran umi dan amat menyanyagimu…
Alhamdulillah, berbekalkan modul siapa diri kita, aku mampu melaksanakan program pertama di sekolah pertama cuti mid sem nie.. sungguh tenang hatiku melihat adik-adik tersenyum indah sambil menginsafi siapakah diri mereka sebenar. Mereka seperti amat gembira dan sedar tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan anak. Alhamdulillah misi sudah tercapai.. ucapan terima kasih dan sedikit cenderamata pihak sekolah menceriakan aku.. mereka suka akan programku dan bercadang ingin ingin menmanggil kembali kontrakku.. hehehe.. Alhamdulillah. Walaupun aku x pernah meminta sumbangan dari mereka tetapi rezeki Allah 2 luas. Sempat juga nak belanja adik2 makan sate.. nnti abg bagi tazkirah pasal al fateh yea… =)… baru 1 tugas terlaksana time cti nie.. ada 4 lagi.. ayuh affan, aku yakin aku blh.. esok akan mengembara ke pasir mas membawa homework yang perlu disiapkan.. kerja intec xleh lupa gak.. icode menanti, test menanti dan tugasan lain juga menanti.. aku harus pandai mengatur strategi.. cewahh.. inshaAllah moga dipermudahkan…
Baru sekarang aku mengerti perjalanan dakwah dan tugas kita sebagai khalifah bukannya senang. Dia memerlukan titik peluh an keikhlasan kita. Biarlah kita miskin di dunia, namun kaya di akhirat kelak. Biarlah amalan kita tidak dibalas dengan duniawi namun mampu menjadi bekalan akhirat. Memakmurkan alam bukannya seperti melihat tv sambil makan kacang namun dia menuntut kita supaya melihat sekeliling dan memakmurkan sekeliling. Ramai umat islam di sekeliling yang rosak tapi kenapa kita x mampu untuk mengubahnya. Aku berharap, dengan sedikit usaha ini, anak-anak yang masih mentah dalam hidup dapat mengenali kehebatan cabarn hidup sekarang.. tetapkanlah hatiku Ya Allah supaya amalanku hanya kepadamu.. amin…
Akhir kata, aku x mampu menjadi seperti motivater terkenal di tv, namun biarlah aku menjadi insane yang mampu mencari sinar dalam diri seseorang tanpa perlu dikenang. Aku hanya insane biasa dan sentiasa meneroka kehidupan untuk dikongsikan. Hidup kita penuh dengan warna wrni.. ayuh terokainya. Moga dapat mengenali makrifatullah dan mencari redhaNya… amin… =)
assalamualaikum..xtipu kami nun di kejauhan cemburu dgn tugasan dakwah enta..teruskan duhai insan!! amanah terpikul di bahumu terlalu besar..kau permata..mga Allah mempermudahkan setiap langkah kehidupanmu..jgn pernah terhenti,kami wakilkan dikau seketika sebagai dai'e anak2 bangsa kami..Allahumma yasir wala tu'asir.. mabruk ya sahbi!!
ReplyDeleteinsyaAllah...ku doakan kamu berjaya wahai sahabatku..
ReplyDeletesemoga ada jiwa2 yang tertaut dengan bicara indah slot motivasimu..
moga terus terthabat ke jalan yang diredhai Allah...
may Allah bless you Affan Aufa..
wassalam... ya sahabatku... syukran.. amin... moga mampu istiqamah dalam kehidupan nie..
ReplyDelete