Islamic Widget

pengikut peneroka

Saturday, June 25, 2011

cebisan memori menggamit ukhuwah fillah

salam ukhuwah. moga iman sihat...

ukhuwah yang terbina peris sekuntum bunga,
meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita,
sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku.

sewaktu kita bersama,
saling setia menimba ilmu tanpa mengenal erti penat jemu,
ingatkah kau lagi.

kita bersama memijak onak duri,
di tanah gersang mengutip semangat suci,
kini segalanya tersurat dalam sanubari.

bersabarlah dengan ketentuanNya,
ada rahmat yang tersembunyi,
bertemu berpisah kerana Allah,
lumrah kehidupan insan beriman,
moga saat nan indah ku harap berulang lagi..




hari nie terasa rindu pada kawan2 dan ingin menulis memori indah tatkala ukhuwah terjalin sejak dulu lagi.. lirik lagu di atas di ambil daripada lagu cebisan kenangan dari Amar.. bagi aku rasanya lirik dia amat sepadan dengan kehidupan ini.. sempat jugak shoutul solihin mendendangkannya time perpisahan kolej cendana..

tatkala seorang insan diciptakan oleh Allah dan dilahirkan ke bumi, maka bersamanya adalah sesuatu yang amat indah dan hebat iaitu hati. dan dari hatilah kita dijelmakan dengan satu benda iaitu fitrah. fitrah manusia merupakan sesuatu yang sememangnya ada pada setiap manusia ciptaan Allah. rasa kasih sayang dan bahagia merupakan antara fitrah manusia yang penting. dalam merentasi kehidupan ini, sememangnya manusia memerlukan antara satu sama lain, dan perasaan kasih sayang mesti wujud antara satu sama lain. namun, kaih sayang ini merupakan kasih sayang suci jika kena dengan arahan Allah tapi sebaliknya menjadi busuk jika ingkari perintah Allah. dan pabila rasa kasih sayang itu bertaut maka terjalinlah satu ikatan yang dikenali ukhuwah. dan sememangnya ukhuwah itu indah..

sejak dari kecil lagi ukhuwahku sudah terbina dengan rakan2 comel kecik molek dulu kala. masa itu, hanya main sahaja yang ada dalam fikiran kami. tetapi bila dikenang kembali saat itu, lucu pun ada. pernah jatuh basikal sampai patah gigi, main sungai sama-sama, main bola sepak yang dah xde angin dan berjalan-jalan time raya.. heheh.. sungguh x matured zaman itu.. bila masuk alam sekolah rendah lagi best dgn kwn2.. dari situ aku mula kenali ilmu, dan indahnya rasa bersama kawan2 dalam blaja di sekolah. ada sekali kala salah jwb.. segan je diri..skali skala tertinggal buku kat umah.. muka merah je bila kena denda.. dan bila upsr hampir, semuanya nak struggle dan aku ad study group sndiri.. indah rasanya kenangan itu.. semakin meningkat dewasa, terpaksa berpisah dengan rakanku di sekolah rendah bila merantau jauh ke perak untuk menimba ilmu..

di sinilah aku mencari diriku mula2.. melihat rakan2 lain sumenye hebat, terasa kecilnya diri saat itu.. namun, masih ada tangan yang terhulur untuk membimbingku. sejak form 1 aku didedahkan dengan ilmu agama malah ditarik menjadi badar, Alhamdulillah aku bersyukur ya Allah kau tunjuki ku ke jalan itu.. ukhuwah ku bersama badan pelajar islam (bpi) sukar untuk digambarkan. kami makan bersama, bergerak bersama, hadapi duka bersama, hadapi masalah bersama, ketawa bersama, hadapi gembira bersama dan berkongi segalanya.. macam adik beradik ketika itu.. malah, masih ingat lagi surau yang kecil tempat kami luangkan masa bersama. amat indah saat itu.. di situlah, bertapaknya hatiku dalam mencari erti hidup. usrah yang ku alami menyebabkan segalanya tampak bercahaya. syukran jiddan ya ustaz2 kerana membimbing kami. malah, bersama bahtera batch 49 yang ceria selalu. gelak ketawa di sekolah dulu amat indah jika disingkap kembali.

saat gembira tertawa, saat berduka kita sama-sama,
duduk bermuram durja, kita saling memerlukan menghormati satu ikatan itulah,
ertinya persahabatan...

dan bila aku diberi amanah untuk menjaga sekolah, semakin akrab ak dengan lembaga pengawas.. sesungguhnya ikatan ketika sibuk berkerja lebih erat daripada yang tidak bekerja. malah semakin luas jaringan ukhuwahku bila diberi kesempatan menghadiri beberapa kem. semuanya kerana satu. kita semua bersaudara. indahnya ikatan yang antara saudara.. semua ukhuwah terbentuk kerana Allah selamanya.

dan kini aku di alam universiti, lebih ramai kawan yang ku kenali malah bahagia rasanya hati ini bersama-sama mereka dalam memijak segala onak duri cubaan dan rintangan hidup sebagai mahasiswa.. sekarang, aku menaip di rumah keseorangan.. terasa rindu pada kwn2 di intec bila nak buat report bio. kami memerlukan satu sama lain.. kdg2 pergi mat indon dan dawood makan sama2.. bila ada wang extra tempah domino.. sumenye berdikari dan terasa rapatnya hubungan kita..

itulah indahnya fitrah kasih sayang yang Allah cipta pada hambaNya.. mengapa perlu kita curahkan kasih sayang pada yang x sepatutnya dan dimurka Allah.. sepatutnya kita rasa bersyukur dengan nikmat kasih sayang terebut dan salurkan pada mereka yang selayaknya.. sahabat2 dan teman2 yang mengenali diri ini x kira di mana dan zaman bila pernah Allah takdirkan kita bertemu dan berpisah.. Alhamdulillah rasa syukur dan hina diri sangat kepada Allah kerana telah menganugerahkan nikmat untuk merasai rasa jalinan ukhuwah dengan anda semua. mungkin jika diri ini dilihat sombong, bongkak dan sebagainya, maaflah aku yang sememangnya serba kekurangan. anda semua hebat dan tetap akan menjadi hebat.. ukhuwah fillah abadan abada..




moga2, kita sama2 dapat merasai nikmat ukhuwah yang datang dari redha Allah.. mohon maaf dari insan yang lemah..



salam senyum sokmooo.. ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...