Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, June 24, 2011

indahnya hidup bertuhan.

salam ukhuwah... moga iman anda sentiasa subur..

pabila terasa diawasi tuhan..
rasa berdosa setiap masa..
rasa hina diri dengan tuhan..
rasa syukur dengan nikmatnya..

jiwa derita dengan dosa..
hati rasa kurang amal padanya..
itulah hakikat sifat kehambaan..
bahagia..

Allah ya Allah..

mukmin sejati sentiasa waspada,
dari dosa tanpa sengaja..
apatah lagi dosa yang nyata..
umpama gunung jatuh padanya..

segala-galanya untuk tuhann.. Allah ya Allah..


mulanya entri kali ini dengan sedikit lirik lagu kumpulan durani yang bertajuk hakikat.. teringat kenangan manis menyanyikan lagu nie bersama shoutul solihin dalam program intec cendana fiesta di kolej cendana tahun ini.. hampir menangis mengenangkan diri dan kelemahan diri selama ini.. kadang2 kita digoda dan dibisik oleh syaitan durjana.. Alhamdulillah masih berada dalam nikmat islam dan iman sampai sekarang..



sahabt2ku sekalian.. lirik itu begitu menyentuh kehidupan kita. betapa indahnya hidup kita jika sentiasa bertuhan dan mengingati Allah.. setiap amalan kita terasa kewujudan Allah yang sentiasa Maha Melihat segala-galanya malah sentiasa membantu kita.. benar kata nabi.. jika kita tahu apa yang nabi tahu, kita tidak akan pernah duduk dan berehat seperti sekarang malah para sahabat nabi yang dijamin masuk syurga pun menangis terkenangkan cukupkan amalan mereka selama ini.. subhanallah, jauhnya kita dari mereka.. tapi mengapa kita masih mampu duduk relaks dan tersenyum tanpa tidak terasa gentar sedikit pun.. ayuh wahai sahabt2ku termasuk aku yang mana sebagai hamba yang lemah untuk sama2 mencari kehidupan yang bertuhan kerana sesungguhnya ia indah..

ayuh sama2 kita lihat bukti didalam al-Quran. nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu juga turut mencari tuhan agar keyakinan dan iman mereka terhadap Allah benar-benar menghujam hati. sebagai contoh kisah nabi Musa A.S. dalam mencari tuhan seperti yang dirakamkan dalam surah Al-A'raaf ayat 143:'dan tatkala Musa datang untuk(munajat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan kepadanya, berkatalah Musa: 'Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau'. Tuhan berfirman: "kamu sekali-kali tida sanggup melihatKu". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka stelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".

selain itu, lihatlah kisah nabi Ibrahim mencari tuhan dalam surah al-Baqarah ayat 260 :Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

malah nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. juga turut mencari tuhan dengan bertahannuth ketika masih berusia 35 tahun dan menerima wahyu berumur 40 tahun..


lihatlah bagaiman mereka mencari kebenaran dan cabaran yang ditempuhi dalam mencari kebenaran.. kita, muslim aka khalifah di muka bumi Allah ini, yang mana telah ditunjukkan kebenaran keindahan islam sejak kecil lagi masih tak mampu nak mencari sesuatu kehidupan yang berlatarkan kasih sayang Ilahi..

terdapat satu video yang ingin dikongsi bersama kalian.. mencari sakinah dari dr. MAZA.. amat sesuai dalam usaha kita mengenali siapa kita dan mencari kebahagian dalam hidup bertuhan..

http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM


bait-bait dari ceramahnya.. kebahagian semuanya datang darihttp://www.blogger.com/img/blank.gifpada Allah.. x semestinya mereka yang mempunyai kehidupan mewah dan bantal yang empuk tidur lena sepanjang jalan malah mungkin mereka yang hanya tidur di atas kayu di pondok usang tidurnya lena.. jika Allah ingin memberi kebahagian kepada seseorang maka tiada satu tangan pun mampu menghalangnya, jika Allah ingin memhalang kebahagian seseorang maka tiada satu tangan pun yang mampu menghentikannya.. segalanya dari Allah dan kepadaNya jugalah kita kembali. sejauh mana kehidupan kita akan berakhir di persimpangan antara syurga dan neraka dan di situlah segalanya terjawab. harta, populariti, wang dan kemewahan x mampu dibawa ke kubur tetapi amalan yang ikhlas mampu membantu kita kelak. apa gunanya bermegah dengan kemewahan, dan populariti di dunia jika kita busuk dan lemah di sana.. di sana jugalah kehidupan yang abadi malah lebih indah dari sekarang.. fikirkan kembali mengapa kita di sini, di bumi yang Allah cipta yang mana sebagai perhentian dalam kehidupan kita.. ayuh sama2 mencari kembali kehidupan bertuhan kerana sesungguhnya ia amatlah indah. sukar diungkapkan kata2 betapa indahnya hidup bertuhan.. apa yang jelas, mampu membimbing kita dalam mencari bahagia dunia dan akhirat, mengatur masa dan disiplin kita dengan terancang dan meleyapkan masalah dalam kehidupan kita..

jika kalian menanyakan bagaimanakah ingin hidup bertuhan, maka aku x mampu memberi jawapan kerana aku bukanlah ustaz yang banyak ilmunya.. kalian carilah dengan bertanya pada yang lebih hebat ilmunya.. mungkin sahaja ustaz, ustazah, ibu-bapa, malah rakan-rakan yang lain yang mana lebih layak untuk menjawabnya.. di sini hanya ingin melahirkan rasa indahnya hidup bertuhan pada kalian..



moga post kali ini mampu memberi manfaat untuk sahabat2 dan juga pada diri sendiri yang lemah ini.. apa yang baik itu dari Ilahi dan lemah itu dari kekurangan dan kelemahan sendiri.. minta maaf segala kekurangan dan mohon perbetulkan jika ada yang salah.. wallua'lam.. pesanan dari seorang insan yang lemah dan masih meneroka hidup yang penuh warna-warni.. :)

salam ukhuwah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...