Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, June 22, 2011

shh.. dia datang... jangan takut..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, dan salam senyuman ukhuwah sume.. bak kata nasihat dari sahabatku, iman anda semua macam mane.. insyaAllah sihat, subur dan indah hendaknya... syukur kepada Allah masih diberi kesempatan iman dan islam, hati yang bertatih mencari sakinah dan ketenagan disebalik kasih sayang ilahi dan fizikal yang masih terdaya untuk melakukan suruhanmu ya Rabb.. terdetik jari jemari untuk menulis blog hari nie.. terlihat satu artikel yang indah untuk dikongsi sebagai panduan bersama.. sebelum itu, ayuh kenali diri dahulu.. kadang2 tatkala kita xtaw nak buat apa, terasa kosongnya ruang dalam diri kita bukan.. malah pernah juga kita ditiup oleh bisikan syaitan durjana untuk melakukan sesuatu yang x elok kerana syaitan sentiasa ada untuk menghasut anak cucu adam seperti yang diceritakan dalam surah al-baqarah. maka, hati yang lemah ini sentiasa cuba untuk menghalangnya. hanya ayat-ayat Allah yang mampu menjadi pendinding selama ini selain erti solat yang sempurna seperti yang ditekankan oleh ustaz pahrol dalam bukunya beduk diketuk.. namun hari ini terbaca sesuatu yang kena pada diri. satu artikel yang diambil dari surat khabar..



Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. kitab ini membicarakan 10 pintu syaitan memasuki hati manusia.

“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:

Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia




maka wahai sahabat.. jangan takut jika dia datang kerana Allah seentiasa bersama kita.. sedikit perkongsian untuk nasihat bersama.. ayuh sama2 jaga hati kita agar sentiasa bersih dari godaan syaitan dan mampu menjadi khalifah yang sebenar di muka bumi Allah ini..

indahnya kehidupan jika berlatarkan kasih sayang ilahi.




walluha'lam, selamat menjaga hati dan beramal.. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...