http://www.youtube.com/watch?v=ofBe-9rTIps
jika anda lihat video di atas, di situlah bermulanya hidup kita didunia, deritanya seorang insan demi kita.. ayuh lihat.. sakit bukan, sakit bukan.. memang sakit.. namun... apa yang kita telah buat untuk insan ini..takde pape.. malah, mungkin mungkin menambah sengsara dia.. itulah kita.. itulah kita.. itulah kita..
dikala aku kesepian, kau datang dengan cahaya. dikala aku buntu mencari jalan, kau datang dengan bantuan. dikala masalah menghimpit diriku, kau datang membawa senyuman. dikala aku bertatih meniti kehidupan, kau datang membawa petunjuk yang sebenar. aku bersyukur kerana ada kau di dalam batu bata kehidupanku, aku bersyukur ya Allah, kau jelmakan insan yang mampu membimbingku, aku bersyukur ya Allah kau selitkan hidupku dengan manusia yang bersabar dalam hidupnya, dan aku bersyukur ya Allah dengan nikmat islam dan iman yang kau curahkan di bawah bimbingan kasih sayang seorang manusia yang ceria hidupnya. masih ingat lagi aku dikala menjadi anak yang nakal suatu ketika dahulu, mentah dengan kehidupan, meniti bara2 pedih yang mengancam diriku sendiri dan masih cair dengan sifat2 yang penuh kenakalan.. namun, kau ratap hidupku penuh dengan kesabaran, kau menebang segala semak yang berada didepanku serta kau menabur benih islam yang indah dalam diriku.. aku sedar, dikala keluarga tenggelam susah untuk bertatih dalam dunia yang segalanya perlukan wang dan harta, namun kau tabah dan sabar menghadapinya. kau ajarku bagaiman ingin berjaya dalam hidup, ilmu demi ilmu aku tatang bersamamu.. malah kau tetap bimbingku disaat kau lemah dan sakit..
masih ingat lagi aku, kau menggagahkan dirimu di saat aku lemah. mungkin mataku x mampu untuk dibuka melihat perbuatanmu tapi hatiku menangis sebak di saat kau berjaga, meletakkan kain panas ata kepalaku dan terus menemaniku pabila ku demam.
masih ingat lagi aku, kau menyembunyikan kesusahanmu demi kebahagianku. dikala aku kejahuan meneroka negeri luar untuk menimba ilmu, sungguh besar wang dilaburkan dan terus menghimpit keluargaku. saban hari aku menelefon kau bertanyakan keadaan keluarga dan hanya jawapan indah yang ku dengar walaupun aku tahu paku yang diketuk dalam diri kau. sampailah adikku memberitahu bahawa juadah di rumah hanya ikan kering, menangisku terbayangkan dikau yang bertahan menghadapinya.
masih ingat lagi aku, kau hadirkan sakinah dan kebahagian dikala aku sedih menghadapi keputusan exam yang lara. kau tiupkan kembali semangat yang kadang kala hampir hilang ditelan kekecewaan. kau hadirkan ketenangan berlandaskan islam dikala aku buntu dan lemas dalam masalahku serta kau jadi penawar di dalam luka hatiku yang dalam.
masih ingat lagi aku, kau jatuh rebah ke bumi dalam menghadapi masalahmu. kehidupanmu penuh cabaran dengan karenah abang dan keluargaku namun kau tempuh dengan redha dan perasaan adanya Allah bersamamu. aku berada dibelakangmu dalam sama2 menghadapi masalah ini. jia kau rebah, aku ingin rebah bersamamu. jika kau jatuh, aku ingin jatuh bersamamu.
tabahnya hatimu,
walaupun dirimu menghidap pelbagai penyakit serta berdarah rendah, namun, mengapa senyumanmu masih mampu terukir.. kerana aku tahu senyuman mampu mengubatinya.. aku ingin menjadi sepertimu, sentiasa melemparkan senyuman tak kira dalam keadaan macam mana sekalipun. aku sentiasa berpegang pada ayat2 indahmu. "jangan risau Affan, senyumlah, mengapa perlu bermasam, kan Allah ada bersama kita, Allah sebaik perancang untuk ada hikmah dalam sesuatu"
tabhnya hatimu,
menghadapi karenah dan masalah abangku. menghadapi tekanan dari keluargaku. menghadapi kasih sayang terhadap nenekku yang nyanyuk. kau tetap tabah walaupun nenekku sudah tak kenal anak sendiri. kau meniti kehidupan dia bagaikan kau meniti hidup kau sendiri. dan kau menghadapi hinaan dengan perasaan sabar dan tabah dalam diri.. subhanallah, kentalnya hatimu.
tabahnya hatimu,
hidupmu penuh dengan perasaan rendah diri, tak pernah nak memperlihatkan kehebatan diri. sifat wasatiyah dirimu penuh hebat. baju yang lusuh dan buruk itu tetap kau pakai. jika ada wang yang lebih pasti kau ta mahu membeli baju baru kerana yang lama masih ada. baju baru hanya untuk anak-anakmu. jika ditanya untuk dibeli sesuatu yang baru, pasti ditolak. yang lama tetap jadi pilihan hatimu. kerana saban hariku mendengar ayat ini, "mengapa perlu yang baru, bukannya boleh dibawa ke kubur".
itulah dirimu, banyak lagi yang sukar ku lafazkan menggambarkan dirimu sesunguhnya tak terkira oleh anak yang lemah ini.. insan yang ku ukirkan jasa itu merupakan insan yang amat indah dan dekat dalam diriku.. itulah... UMMI.. Romisah binti Yazid yang lahir dalam keluarga yang miskin.. terima kasih dan syukran pada ummi kerana mendidikku kenal pada agama dan menjadi insan yang berguna.. impianmu untuk melihat aku mempunyai hospital sendiri dan menjalankan perkhidmatan percuma kepada yang miskin akan aku cuba tunaikan.. insyaAllah, berkat doa dari ummi.. impianku sejak dari kecil lagi untukmu adalah membawa ummi dan abi bersama-sama pergi haji, melihat indahnya bumi anbiya.. amiin ya Rabbal Al- aminn..
masih ingat lirik lagu yang asyik aku gunakan sewaktu program motivasiku.. ini khas untukmu ummi...
http://www.youtube.com/watch?v=OL1v0TFhYi0
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
kasih ibu pada anaknya.. syukran ya Ummi... :)
kepada sahabatku.. post kali ini agak sedih bagiku, kerana terdetik untuk menulisnya.. akhir-akhir, ramai keluarga terdekatku kehilangan ibunya dan aku takut kehilangan ummiku.. bulan ini, mak sedaraku telah pergi dan meniggalkan 5 orang anaknya walaupun di usia muda.. ayuh sama2 menyanyangi ibu kita di saat diberi peluang.. salam ukhuwah..
No comments:
Post a Comment