Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, July 24, 2011

ahlan wasahlan Ramadhan.

salam ukhuwah fillah abadan abada.

apaa khabar semua, moga anda dan iman anda sihat dan subur selalu.. hati ini tidak sabar pada sesuatu, menunggu bilakah akan menjelma satu waktu yang penuh keindahan, meniti setiap saat yang berlalu dengan penuh rasa nur dalam mencari sakinah dalam kehidupan dan sememang merealisasikan matlamat hidup di sini. setiap tahun kita menempuhnya dan inilah yang dikatakan detik yang pasti akan dilalui oleh setiap umat islam di seluruh dunia. satu bulan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan, setiap mukmin berlumba-lumba mencari keredhaan dan amalan yang berguna pada bulan ini. ini kerana betapa indahnya bulan ini... inilah bulan ramadhan..


Get More Islamic Testi Here!


tertarik akan satu artikel dari sebuah blog, http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/07/10/ramadan-bulan-kerahmatan/ .. menengenai kerahmatan ramadhan. cuba baca apa yang ditulis oleh beliau..

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

Ditutup Pintu Neraka

Pada bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup maka kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran antara alam dunia dan alam akhirat). Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

Dibuka Semua 8 Pintu Syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini bahkan golongan miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

Allah Perhiaskan Syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari bernasyid dan menyanyi-nyanyi minta disegerakan bertemu dengan bakal suaminya di syurga nanti.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan


tahniah kepada penulis blog tersebut.. lihatlah, bagaimana Allah membuka pintu rahmat kepada hambanya pada bulan ramadhan. Bukankah Allah telah tunjukkan betapa kasihnya Allah pada hambanya yang bertakwa. oleh itu, sahabat, mengapa tidak dirindui bulan ramadhan. jika diri kita sebelum ini saban hari terbuai dengan hiburan dunia, gelak ketawa tanpa memikirkan siapakah kita di sini, asyik dengan sesuatu yang seronok sehingga lupa tanggungjawab sebenar, tidak pernah terfikir apa yang kita telah buat demi Allah berbanding apa yang Allah telah bri pada kita dan diri yang sentiasa ego ini, maka, jadikanlah bulan ramadhan ini sesuatu peluang dan turning point untuk kita menyedari segalanya.. puasa di bulan ramadhan bukannnya sekadar menahan lapar dan dahaga pada siang hari sahaja namun mendidik nafsu dan hati. pada waktulah inilah kita mendidik nafsu kita agar sentiasa mencari redha Allah dan mendidik hati kita agar sentiasa berada di satu ruang yang penuh dengan keberkatan Allah...


Get More at (Islamic-Testi)!


tertarik dengan bait-bait ceramah ustaz azhar idrus ketika menyampaikan ceramah di masjid negeri selangor baru-baru ini.. jadikanlah ramadhan ini sebagan ramadhan yang terakhir bagi kita agar kita mampu bersungguh-sungguh dalam mencari barakah Allah dalam bulan ini. sesungguhnya, kematian itu akan menjemput bila-bila masa. kematian bukan bererti kita sakit dan menemui mati, tetapi malaikat menjemput kita kerana Allah agar dapat dinilai sejauh manakah amalan kita di dunia ini demi islam..


Get More at (Islamic-Testi)!


kebesaran, keindahan dan keberkatan ramadhan banyak lagi yang boleh diketahui dan amat banyak jika nak ditulis semuanya di sini. maka, carilah nur sakinah dan rasa kehambaan pada Allah yang benar pada bulan ramdhan nanti agar diri ini sentiasa berada di jalan redha Allah.. insyaAllah aminnn.. tinggal beberapa hari lagi sebelum ramadhan.. adakah anda sudah bersedia? ayuh persiapkan diri dan kami bersedia menunggumu ya Ramadhan Al-Mubarak dengan hati dan dada yang terbuka.. moga ramdhan kali ini, nafsu dapat dididik, akhlak mahmudah mampu diperbaiki dan kehidupan sebagai seorang khlifah dan muslim mampu dibentuk insyaAllah..


Get More at (Islamic-Testi)!


ahlan wasahlan ya Ramadhan...

selamat membaca dan salam ukhuwah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...