Islamic Widget

pengikut peneroka

Thursday, July 21, 2011

Kepenatan itu satu anugerah.

salam ukhuwah fillah abadan abada.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menukir sedikit kata-kata yang mampu sedikit semangat dan nasihat untuk semua. jasad ini masih di sini, bertatih, merangkak dan meniti satu perjalanan dakwah demi ad-Din yang tercinta. masih mampu diberi kesihatan badan, nikmat iman dan islam untuk terus berdiri teguh dalam melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah ini. kali ini, post yang pendek namun moga2 mampu memberi sesuatu pada kalian. setiap detik aku lalui, sungguh indah rasanya dan mencalit seribu satu makna dalam kehidupan ini. bulan ini, bulan yang penuh dengan kerja dan perkara yang perlu diselesaikan. demi Allah, aku berkejaran ke sana sini, mencari yang terbaik dalam menyuburkan jiwa-jiwa dan hati-hati di sekeliling. dan kadang-kadang, amat penat dan letih menguasai diri. pabila duduk berehat, sungguh lega rasanya. diri hanya seorang pelajar dan insan yang mencari redha Allah. mempunyai pancaindera sama dengan yang lain, namun, pabila satu tahap kita menggunakan tenaga lebih daripada apa yang sepatutnya, pastinya akan terasa kelesuaannya..



aku terdiam dan berfikir sejenak. mengapakah perlu aku letih sebegini. bukankah hidup lebih best jika mampu menikmati segala keseronokan yang ada dibumi ini. melihat kawan-kawan gelak ketawa dan mampu berehat secukupnya dan lebih daripada cukup malah mampu melaksanakan apa sahaja. bukankah dengan itu hidup lebih warna-warni?

rakan-rakan sekalian, kehidupan kita ini merupakan satu titian ke arah satu matlamat yang jelas iaitu syurga Allah. kita pasti akan mati dan ini merupakan realitinya namun, bagaimana dan bila kita akan mati itu, belum kita dapat ketahui. saban hari kita berdoa " Ya Allah, jika kau matikan aku, matilah aku dalam keadaan baik dan jauhilah aku dalam keadaan penuh kejahilan", ini kerana bagaimana kita mati menggambarkan bagaimanakah kehidupan dan amalan kita sebelum ini. namun, adakah kita sedar, mati itu bukannya menjemput kita pada masa yang kita tahu waktunya namun kematiaan itu adalah bila-bila masa. mahukah anda, di saat anda melupakan tanggungjawab anda sebagai hamba Allah dan khalifah, anda dijemput. bagaimanakah anda ingin menjawab kepada malaikat bila ditanya kelak. satu kisah menarik, satu hari saidina uthman berjalan di tepi kubur lalu saidina uthman menangis, kemudian sahabat bertanya, mengapakah kamu menangis sedangkan bila Rasulullah menceritakan hal syurga dan neraka kamu tidak menangis. jawab saidina Uthman, aku takut di alam kubur kelak. jika di syurga dan neraka ramai orang bersama, namun di alam kubur, aku keseorangan dan kesepiaan. subhanallah...


Get More Islamic Testi Here!


jika kita terasa kepenatan di dunia ini, terasa kelesuan dan kesakitan dalam menegakkan benda yang betul dan ikhlas demi ad-Din yang tercinta, bersabarlah dan istiqamahlah. kepenatan dan kesakitan itu cuma sementara. hanya dalam kehidupan ini yang sementara. ini kerana, jika ikhlas kita penat sekarang demi ad-Din yang tercinta, insyaAllah, kita mampu berehat secukupnya dengan penuh kenikmatan dan keindahan di syurga Allah kelak. sesungguhnya Allah ada bersama hambanya yang bertakwa. ayuh sahabat2, tersentuh hati melihat perjuangan seorang ustaz yang cukup dekat dengan diri. masanya dipenuhi dengan dakwah dan peribadinya berlatarkan keindahan islam. tabahnya hati sang murabbi dalam perjuangan menegakkan ad-Din dan menjaga keluarganya. tabahnya hati sang murabbi yang mencari redha Allah untuk menikmati keindahan dan kenikmatan di syurga. walaupun penat dan sakit masih mampu berdiri untuk islam. aku ingin menjadi seperti dia. walaupun diri ini tidaklah mempunya ilmui agama yang kuat tapi biarlah sekurang-kurang mampu menjadi sebahagian yang menegakkan syiar islam kelak. diri ini masih bertatih. bait-bait kata ustaz. A leader is a reader. moga mampu menambah lebih banyak lagi ilmu kelak.

Get More Islamic Testi Here!

terterik dengan satu kisah, ada seorang budak yang tidak pergi bermain dan hanya melihat rakan-rakannya bermain. kemudian datang saidina Umar kepada budak itu, dan bertanya kenapakah kamu tidak bermain. kemudia budak itu berkata, Adakah Allah cipta kita hanya untuk main-main..... maka sahabat sekalian, sedarlah di manakah kita sekarang. adakah kesibukan kita didunia ini kerana Allah, atau sekadar hiburan dan keseronokan untuk sekadar memenuhi apa yang dihajati oleh nafsu lantas dikikis dengan lupa akan agama. aku, diri yang kerdil, langsung xde keistimewaaan berbanding kalian, hanya mempunyai tenaga di setiap inci tubuh badan dan mempunya islam yang tercinta sama-sama mengajak anda semua ayuh sama-sama menyuburkan hati dan kenali diri kita. insyaAllah, moga-moga, kepenatan, kesibukan dan kelesuan di dunia ini akan dibalas dengan kenikmatan syurga Allah yang tiada tandingnya dan mampu dijauhi dari neraka Allah yang sangat panas dan menderita itu.

kadang-kadang aku terfikir, bukankah kepenatan itu satu anugerah. cuba bayangkan apa yang kita tidak buat jika kita tidak sibuk dengan perkara yang berfaedah. pastinya, benda-benda lagha dan membuang masa bukan. oleh itu, bersyukurlah dengan perancangan Allah terhadap hambanya. jangan pernah menjadikan alasan penat itu sebagai penghalang kita ke arah yang benar malah mampu menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi apa yang dilakukan.

nukilah ayat terakhir unyuk post kali ini.

biarlah diri ini dipenuhi dengan kepenatan dan kesakitan agar mampu menghijaukan suasana dan menyuburkan hati-hati di sekeliling kerana yang menunggu kelak kesengan dan kenikmatan syurga Allah.


salam membaca. wallahu'alam....

1 comment:

  1. Masya Allah.. memang betul2 kena pada diri sendiri.. syukron jaziilan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...