salam ukhuwah.. bagaimana iman anda hari nie... moga-moga sentiasa sihat dan subur insyaAllah...
peneroka yang belajar adalah blog yang diwujudkan berdasarkan apa yang berlaku sekarang dan sama2 muhasabah, kaji, fikir, fahami, hayati dan mencetuskan pengajaran untuk kita bersama.. kali ini, post yang sedikit menggambarkan suasana yang sebenar moga2 pembaca mendapat sesuatu.. niat diahti agar menjadi peringatan dan pengajaran bukan untuk mencritakan sesuatu yang x elok.. insyaAllah..
hati ini sangat kecil.. tapi apa yang dilakukan dan tugasnya amat besar dalam kehidupan.. itulah, hidup kita.. hati yang kecil mampu mengawalnya. fitrah manusia dilahirkan oleh kerana kedua ibu-bapanya dan ramai di antara kita mempunyai adik beradik yang amat rapat. dari saat kita dilahirkan begitu juga dengan adik beradik yang lain, kita hidup penuh dengan bahagia kerana ibu-bapa mana yang tidak ingin melihat anak mereka bahagia. aku, dilahirkan sebagai anak yang kedua selepas abang aku dilahirkan dan mempunyai seorang adinda perempuan dan 2 orang lelaki. kenangan aku masih kecil dibayangi dengan sebuah kehidupan bersama mereka kerana aku hanya ada mereka dalam meiniti kehidupan yang penuh dengan main-main sambil dibentuk seeloknya oleh ummi dan abi.. kadang kala aku nakal bersama mereka dan kadang2 gelak ketawa bersama mereka. itulah institusi keluarga dan bahagianya bila ada adik-beradik yang rapat..
Dapatkan Komen Bergambar Islami Disini
kehidupanku dalam keluarga banyak mengajar aku untuk lebih matang dalam keluarga. malah dalam diri ini dirasakan sebagai seorang ketua adik-beradik. setiap saat aku merasakan tanggungjawab aku pada adik2 aku dan abang aku dan sememamngnya itulah tugas aku. walaupun aku mempunyai seorang abang namun, aku merasakan dia seorang yang sedikit nakal dan perlukan bimbingan. sepanjang aku bernafas di sini, aku tetap bersabar dan berusaha membimbing abang aku. mungkin sesetengah dari pembaca faham situasi abang aku dan tidak manis jika diceritkan disini tapi apa yang jelas, aku perlu membimbingnya. ada juga saat ketika aku terasa sungguh penat dan kesabaran hampir terbabas tapi alhamdulillah setakat ini masih mampu untuk dikawal kerana aku ada ummi yang sangat memerlukan aku. aku tidak kisah jika orang ingin membezakan aku dengan abang aku tapi apa yang penting aku sayang abang aku. masih ingat waktu kecil2 dahulu, diriku sama seperti dia, main badminton sama2, pergi mandi sungai, berjalan2, pergi surau sama2 dan yang manisnya sewaktu sama2 berjihad ketika mencari duit raya dulu.. ehehe.. malu diketepikan dahulu.. tapi kenapa sekarang semuanya cepat sungguh bertukar.. sungguh lemah rasanya diri bila aku yang mana sering mengadakan motivasi dan memberi nasihat kepada pelajar di luar tapi masih sukar untuk abang sendiri. mengapa aku lemah.. aku rindukan waktu dahulu.. pelbagai cara, kaedah dah aku buat sampai satu saat mulut, kaki dan pergerakanku bagaikan terkunci dan hanya air mata yang mampu mengalir.. setiap masa aku berdoa untuk dia berubah dan menjadi seseorang seperti dahulu.. namun, harapan aku masih lagi tinggi.. kerana Allah sentiasa bersama hambanya yang bersabar.. aku percaya suatu hari nanti abng aku mampu menjadi seseorang yang hebat.. jika abang ada membaca blog ini, sayu hati ini bersama hati ummi untuk melihat abang berubah.. kami amat sayangkan abang, maka tolonglah.. tolonglah.. tolonglah...
adik2 ku semua cute katanya.. cewaahhh.. promote adik plak.. xdelah, abang mana yang x sayang adiknya dan pastinya adiknya semua comel bukan.. tanggungjawab aku sebagai adik kepada abangku ditukar kepada abang terhadap adik2 aku.. 5 tahun aku berkelana di Perak dan sungguh singkat rasanya berada di rumah... Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah masih mampu membimbing adik-adik aku.. yang penting, islam sentiasa dekat dengan mereka.. adikku perempuan merupakan satu-satunya srikandi dalam keluargaku. tapi, dia sangat cintakan islam.. aku kagum dengan pakaianannya yang sentiasa labuh, dan jauh dari lelaki.. terasa sejuk plak diri ini.. namun, kdg2 dia ada maslah dalam pelajaran dan mempelajari ilmu agama.. aku kejauhan dan sungguh sukar untuk membantu dia.. tapi yang indahnya, minat dia sama dengan abang dia.. menyampaikan dakwah melalui nasyid.. dia ada pasukan sendiri di sekolahnya dan kami selalu mecari lirik yang sesuai dengan dakwah semasa.. tahun ini, adikku ayu(nama panggilan) akan mengambil pmr.. abang tahu ayu susah ingin mumtaz segalanya namun satu nasihat dari seorang abang, biarkan hidup ini belayar hingga ke penghujungnya, kerana pasti akan ada hujungnya.. tapi dalam pelayaran ini, biarlah islam menjadi peneman, Allah menjadi saksi terhadap usaha sungguh-sungguh kita dan mereka yang berada di sekeliling kita dalam pelayaran terasa bahagia kerana apa itulah pelayaran yang sebenar... insyaAllah ayu mampu menjadi seorang yang solehah kelak.. blaja elok2 di sekolah agam itu dan sekiranya ditakdirkaan menjadi ustazah, sejuknya hati seorang abang... :)
Dapatkan Komen Bergambar Islami Disini
ariff dan basiq, adik2 lelakiku yang suka main.. anda masih muda, untuk kenal hidup ini, biarlah dengar kata-kata ummi seeloknya.. jangan abang Affan balik umah je baru nak solat jemaah, solat la sentiasa dan jaga bilik leklok.. yang penting fokus dalam kelas.. kan nak jadi doktor rawat ummi.. buktikanlah...
realiti seorang abang adalah abang mempunyai tanggungjawab pada adik-adiknya dan realiti seorang adik juga ialah adik mempunyai tanggungjawab pada abang-abangnya.. maka, itulah realiti yang semakin kita lupa.. kita menjadi busy kepada kehidupan kerana kita hnya mengejar cita-cita kita sahja tanpa melihat mereka disekeliling.. kehidupan ini sementara sahabt. dalam mengejar cita-cita seorang doktor, kita mungkin berhenti di tengah jalan kerana segala-galanya boleh berlaku, namun kita kita bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang sepatutnya kita buat, tanggungjawab kita, kasih sayang di sekeliling dan islam yang sepatutnya, walaupun kita dijemput kita mampu tersenyum bahagia kerana kita ada sesuatu untuk diperkatakan kelak. jika ada abang-abang atau kakak-kakak di sini, lihatlah adik-adik dan abang-abang serta kakak-kakak anda semua.. moga kita mampu bertemu semula di syurga firdausi kelak dengan penuh ketenangan dan kebhagian yang lebih indah... biarlah diri terasa kepenatan, kesusahan dan keperitan sekarang agar terasa kesenangan dan kebahagiaa kelak..
Dapatkan Komen Bergambar Islami Disini
asif jika ada kesalahan..
hati kecil seorang abang buat mereka...
salam ukhuwah dan selamat membaca...
No comments:
Post a Comment