wahai anak,
apakah kau mengerti,
betapa deritanya ibu melahirkanmu,
aduhai, apakah engkau tahu,
alangkah gembiranya ibumu melihatmu..
cebisan kata-kata untuk dikenang. jika dulu mungkin anda pernah baca post mengenai, jiwa seorang ibu, insyaAllah, kali ini ingin meneroka diri ini sebagai pelengkap hakikat dan fitrah seorang anak yang meniti kehidupan.
fitrah seorang manusia dilahirkan dari rahim ibunda kemudian dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu-bapa. dengan itu, manusia itu bergelar seorang anak. mengkaji tingkah laku seorang anak. tidak ada seorang pun anak di muka bumi ini yang tidak pernah menyusahkan ibu-bapa mereka malah ada yang sampai menghukum ibu-bapa mereka dengan melukakan hati mereka seteruk-teruknya. diri ini juga seorang anak, yang sentiasa sayangkan kasih sayang ibu-bapa yang diberi. pernah dahulu, mungkin ketika kecil, jiwa bermain kuasai diri dan menyebabkan ummi dan abi bersabar dalam mendidik, hati ini berjiwa fitrah manusia dan pasti ada kekurangan sebagai seorang anak. inilah sebuah kembara kehidupan seorang anak yang tidak lari dari kesilapan mudanya..
seketika tadi, melihat satu video yang membuka mata.. video ini memaparkan bagaimana seekor ibu kucing yang comel menghampiri anaknya yang telah mati akibat dilanggar oleh kereta. ibu kucing itu pergi dekat dengan anaknya sambil mengeluarkan bunyi yang penuh sayu, merapati tubuhnya dan tidur di sebelah mayat anaknya. matanya penuh harapan agar anaknya mampu bangun kembali namun anaknya masih kaku di situ. lihatlah bagaimana jiwa seorang ibu terhadap anaknya, ini merupakan seekor kucing yang tiada akal dan perasaan, namun kita dikurniakan seorang ibu yang mempunyai akal dan perasaan. bagaimanakah kasih sayang yang dicurahkan. hakikat seorang anak ialah sentiasa dikasihi oleh ibu namun, adakah kita sebagai seorang anak sentiasa mengasihi hati dan jiwa seorang ibu..
ayuh muhasabah diri, sepanjang hidup kita, berapa kerap kita menolak kata-kata ibu-bap, berapa banyak kita menyakitkan hati ibu-bapa, berapa jumlahnya mulut ini berkata-kata benda yang melukakan ibu-bapa, bagaimanakah perlakuan kita pada mereka, bagaimanakah kita mengasihi mereka dan hormatnya kita pada mereka. jom menghimbau apa yang telah kita lakukan pada mereka. di saat kita lahir, kita telah merobek tisu ibu kita untuk dilahirkan dan ianya sungguh perit fizikal dan dalaman. pabila lahir, fitrah seorang bayi, sentiasa menangis untuk menarik perhatian ibu-bapa, maka apa yang ibu bapa kita buat ialah, sentiasa berada di sebelah kita, memeluk kita, mendampingi kita dan menyanyangi kita. waktu tidur mereka, kerja mereka, dan amalan harian mereka terjejas sedikit kerana ingin memberikan kebahagiaan. pabila kita besar, hanya inginkan kemewahan dan keselesaan dan ibu-bapa bekerja sungguh-sungguh untuk menyara kita.. namun, bila semakin matang diri kita... apa yang kita buat pada mereka.. pernah x kita berkorban dan membiarkan diri kita sakit demi kita, membahagiakan mereka dan menyanyagi mereka seperti apa yang mereka lakuakan sebelum ini.. jawapannya ada pada anda semua. dalam satu hari, berapa kali kita mencium tangan ibu-bapa kita jika nak dibandingkan setiap detik didukung mereka mencium kita... kenali diri kita sebagai seorang anak..
mengimbau sirah yang mengajar banyak makna pada kita. lihatlah bagaimana kentalnya hati seorang anak kepada ayahnya. Fatimah Az-Zahra begitu dekat dengan Rasulullah. sungguh kental hati seorang puteri yang menjaga ayahnya sewaktu sakit dan kesusahan. begitu sayangnya permata yang dilahirkan berbakti untuk ayahnya dan sunguh pekerti sifatnya bersama ayahnya.. ayuh teladani sesuatu yang menjadikan kita lebih baik..
kehidupan dunia yang penuh dengan kelalaian. inilah cabaran anak-anak sekarang...
dalami intisari ayat surah yunus ayat 24.. Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-baur dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannnya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai- bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
cinta kepada dunia lebih daripada cinta kepada Allah menyebabkan manusia lalai kepada perintah dan larangan-Nya. itulah perbuatan yang sangat melampaui batas. Padahal, kesenangan dunia itu rawan binasa, tidak ubahnya seperti tanaman yang tumbuh subur di tanah yang banyak curah hujannya lalu para pemilik tanaman itu yakin bahawa mereka akan menuainya esok hari, tiba-tiba malam harinya datang bencana badai yang melenyapkan tanaman-tanaman itu. Demikian mudahnya kehidupan ini sirna dan hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu..
Get More Islamic Testi Here!
realitinya sekarang ramai anak-anak yang lebih sukakan kehidupan dunia dan takutkan mati... kerana terbuai dengan nafsu yang terus menghasut ke arah hiburan di dunia. mati tanpa makna bagi mereka sekarang.. nauzubillah.. ayuh, kembali ke jalan yang benar rakan-rakan.. sememangnya dunia ini senang dan mudah tapi disebalik kesengan itu ada racun yang berduri untuk kita. tapislah kembali jalan kehidupan kita ini agar kembali mencari redha Allah.. jika anda mampu cinta pada Allah, islam, rasul dan syurga yang penuh indah. nescaya anda mampu menjadi anak yang soleh dan solehah.. bukankah ini yang kita mahu.. membalas kembali jasa ibu-bapa, membahagiakan mereka dan memberi satu sinar pada mereka.. tepat pada bulan ramadhan, bulan yang mulia, ayuh, sama-sama mengubahkan diri untuk menjadi anak yang lebih baik insyaAllah... Allah itu adil, dan sentiasa dekat dengan hambanya yang berpekerti mulia..
wallhu'alam... salam ukhuwah dan selamat membaca..
anak soleh penyejuk mata ayah bonda..doakan kita juga tergolong daripadanya..Allahu Allah..!
ReplyDelete