Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, July 10, 2011

jiwa seorang lumpuh yang mencari rezeki..

salam ukhuwah fillah abadan abada...

merencana kehidupan sesuatu yang indah jika dilihat dengan mata yang sebenar dan penglihatan ini bersumberkan hati yang ikhlas. jika segalanya seperti mata, telinga, hati dan pancaindera lain digunakan sebaiknya dalam meneliti ciptaan Allah, subhanallah sungguh indah dan kerdil rasanya diri ini.

post kali ini terasa ingin menulis realiti yang mana aku laluinya hari pertama di kolej cemara. aku berpijak di cemara terasa lain dari cendana.. kalau dulu tenang dan aman je cendana tapi sekarang sgt kelam kabut di cemara. pelbagai godaan yang terpaksa aku singkirkan.. makanan semua sedap2 dan mahal2 tapi kena ingat bahawa wang ku x cukup nak hidup bermewah.. satu petang yang indah, aku baru balik dari surau dan melihat sahabat-sahabatku bermain bola tampar, hatiku terus bersemangat untuk bermain waktu itu. dah lama x spike nie.. apa lagi, tukar baju dan kasut terus ke court volleyball. namun, sampainya kat sana, aku rasa mcm xde mood nak main.. di tepi court ada seorang lelaki tua yang cuba untuk mengangkat naik lori yang dibawanya. lori itu tersangkut pada tanah yang lembut dan amat sukar untuk dilihat. kami cuba membantu menolak lori itu tapi tayar lori itu sudah jauh ke dalam tanah. sungguh sukar waktu itu, apa yang sedihnya pakcik pemandu lori itu merupakan seorang yang lumpuh tangan kirinya dan lututnya bengkak. mungkin dia accident waktu dahulu. dia keseorangan untuk menolak lorinya itu walaupun dalam kekurangan. sambil berjalan perlahan-lahan dan terhincut-hincut, dia cuba mencari benda dan menarik besi yang berat menggunakan sebelah tangan untuk berusaha menyelamatkan lorinya itu. alhamdulillah, belum sempat diri nak bergerak membantu pakcik itu, kawan aku datang membantunya. murninya hati dia. aku hanya membantu mana yang boleh.



pakcik ini merupakan seorang ayah yang berusaha untuk mencari rezeki. pekerjaannya hanyalah mengutip sampah bersendiriandan dimuatkan dalam lori kecilnya yang sudah buruk untuk dijual ke pusat yang sepatutnya. bergerak secara solo dan bersendirian mencari pelbagai jenis sampah yang terbuang dalam keadaan tangan yang x boleh digunakan, sungguh tabah hati pakcik ini.. walaupun dia seorang non muslim tapi ketabahan dan kesabaran dia dalam berkerja amat menyentuh hati. di sebabkan x mampu nak menolak naik tayar lori dia itu, maka, dia angkut kembali segala sampah dalam lorinya keluar dan letak ditepi dahulu dengan harapan lori itu semakin ringan dan lebih senang untuk menolak naik lori itu.. namun, hampa.. tayarnya terlampau dalam terperangkap di dalam tanah.. masih x mampu nak menolaknya keluar..

jadi, kami memintanya untuk menelefon rakan atau pusat tarik kereta namun dia cuba untuk lari dari semua itu kerana aku tahu memang perlukan wang yang besar.. malah, duit dalam dompetnya hanya sedikit malah kredit prepaid handphone nye sudah habis. sekali lagi kwn aku dtg membawa telefon dan membantunya menghubungi rakannya.. dia menyuruh pakcik itu berehat kerana kakinya dah mula sakit tapi dia x senang duduk memikirkan keadaannya.. perasaan hiba dan sedih ketika itu.. tapi apa yang lebih menyedihkan, mengapakah aku terdiam saat itu dan x mampu melakukan apa-apa? lemahnya diri ini. sedih itu merupakan fitrah tapi tindakan itu lebih mulia. mungkin diri ini perlu lebih mengenali cara bagaimana ingin rapat dan bantu mereka dengan lebih pantas yang berada dalam kesusahan.. masih mencari dimanakan diri ini.. InsyaAllah, moga diberi kesempatan untuk mencari ilmu dan kaedah tersebut agar usaha memakmurkan alam sebagai seorang khalifah dapat ditunaikan.. aminn ya Rabb..



hebatnya jiwa seorang lelaki walaupun bukan islam tapi gigih mencari sumber yang mampu membantu keluarganya. walaupun penuh dengan serba kekurangan, fizikal yang kurang sempurna, pakaian yang buruk dan simple serta bersendirian, tapi masih gigih mencari sampah di merata-rata tempat. hebatnya hati dia. indahnya jika kita menjadi seperti dia yang gigih ditambah dengan kenikmatan islam yang mana Allah sentiasa bersama kita dalam merencana kehidupan yang bahagia. saban hari, kita merasa sungguh bahagia dan tenang kerana dididik dan dibesrkan dalam keluarga yang langsung dipenuhi dengan kemudahan dan kemewahan. x pernah sedetik pun parents kita membiarkan kita dalam kesusahan sebab apa betapa sayangnya mereka.. mungkin kita yang belajar jauh dari keluarga mendapat wang yyang mencukupi untuk belajar tapi kita x taw bagaimanakah susah payah ayah atau ibu kita mencari wang dan duit untuk keselesaan kita belajar.. mungkin mereka terpaksa mengorbankan tenaga, waktu tidur dan waktu makan untuk kita. hati ibu bapa mana yang x sayang anaknya. bagi mereka, kitalah segalnya namun bagi kita, pernahkah kita mengingati mereka selalu? pernahkah kita mencium dahi dan tangan mereka selalu selepas solat? pernahkah kita membahagiakan mereka? pernahkah kita menurut segala arahan mereka? dan yang penting pernahkah kita berdoa untuk mereka setiap kali selepas solat? segala persoalan ini perlu ditanya pada hati kalian semua.. ingatlah satu masa tatkala kita dipanggil ke Ilahi, bagaimanakah jawapan yang ingin kita ungkapkan mengenai hubungan kita dengan mereka..

mungkin, kita berada di sini, di tempat jauh penuh dengan kegembiraan dan gelak ketawa tanpa pernah memikirkan apakah ibu dan ayah buat di rumah. mungkin, satu hari bila kita balik rumah melihat ibu atau ayah kita cedera atau sakit dan kita bertanya kenapa? tapi jawapan mereka terjatuh atau terlalai untuk menyedapkan hati kita. mungkin realitinya mereka cedera atau sakit kerana pekerjaan yang mereka lalui. ini semua kita x taw, tapi apa yang pasti, ibu dan ayah sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk anaknya agar anaknya merasai kebahagian biarpun mereka pedih dan perit...

masih teringat pesanan ummiku.. satu petang, ummi baru pulang dari ceramah seorang doktor yang membuka yayasan sendiri dengan ikhlas untuk membantu mereka yang lain. ustaz yang mendapat ijazah kedoktoran dari mesir pulang dengan harapan membantu mereka susah.. sungguh menarik cerita, dugaan, dan pengorbanannya malah menjadikannya sebagai pendorong dalam diri ini. pesanan ummi kepadaku "Affan, jika ummi ditakdirkan pergi dulu, harapan ummi hanya satu, janganlah menjadi seseorang yang mengjar wang dan populariti, tapi carilah kebahagian di dunia dan di akhirat bersama mereka yang dekat dengan kita, kalau Affan diberi rezeki menjadi doktor suatu hari nanti, binalah sebuah klinik sendiri yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada mereka yang miskin. dunia ini masih ramai yang bertatih mencari rawatan yang mampu mereka bayar. maka, binalah klinik bersumberkan konsultant yang akan Affan bina kerana Affan ada keupayaan untuk memberi motivasi. di situlah baru dapat kita kenali, siapakah saudara kita di dunia ini dan siapakah diri kita. dan disitulah jika hati benar-benar ikhlas, terasa kebahagian yang indah"



pesanan yang ringkas tapi penuh dengan harapan yang tinggi.. ini jawapanku.. "insyaAllah ummi, anak ummi ini masih merangkak dalam menjadi insan muslim yang sebenar, setiap detik dan saat diterokai dan dibelajar. jika ini diberi rezeki yang lebih, maka insyaAllah biarlah hidup sederhana dan dikongsi pada yang lain kerana Affan tahu, hidup di sini bukanlah selamanya. ingin merasai keindahan hidup di syurga bersama keluarga. indahnya hidup pada memberi.. mohon doa ummi semoga anak ummi yang lemah ini mampu berjaya menjadi doktor muslim yang hebat suatu hari nanti... amin.. insyaAllah...



sedikit coretan cerita mengenai hebatnya hati seorang lelaki dan ayah dalam mencari rezeki dan indahnya jika kita hidup dalam memberi dan ikhlas dalam setiap amalan. mungkin penat kdg2 kita terasa tapi biarlah penat sedikit sekarang agar senang dan gembira di syurga Allah kelak.. amiinn.. moga mampu istiqamah pada jalan ini ya Allah..

Jika Allah ingin memberi kebahagiaan, maka tiada satu tangan pun mampu menghalangnya..


Wallahualam..

salam membaca...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...