Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, July 13, 2011

Ingin dicintai?

salam ukhuwah fillah sumenya...

rasa kasih sayang dan rasa cinta,
lumrah sih sayang dan rasa cinta,
hidup madalam hidup manusia,
tanpa kanusia penuh derita.

tetapi,
cinta hakiki, hanyalah untukmu Ilahi,

cintalah pada Allah,
cinta yang berkekalan tiada penyesalan..


kali ini pasal cinta pulak yea, entahla.. hati ini rasa seperti tenang dan dekat dengan sesuatu sejak kebelakangan ini. mungkin kerana terbaca satu hadis nie kot...

dipetik dari hadis 31 dalam buku 40 hadis imam nawawi mengenai hakikat zuhud.
daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa'ad al-Sa'idi r.a. berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:
”Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan apabila aku melakukannya, Allah s.w.t cinta kepada ku dan manusia juga cinta kepada ku.” Rasulullah s.a.w bersabda :”Zuhud lah terhadap dunia nescaya kamu akan dicintai oleh Allah s.w.t, dan zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya kamu akan disukai oleh manusia.”

[Hadis Riwayat Ibnu Majah]


zuhud atau zahid di sini bermaksud mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya. ini bermaksud, jika kita lihat kembali sejarah dalam hidup kita, adakah kita zuhud terhadap manusia ataupun direlakan untuk diri kita ini dikawal nafsu. cara kita berbelanja, berpakaian, makan, bercakap, segala tingkah laku dan sebagainya. adakah kita ambil setakat yang perlu sahaja. lihat sahaja kepada peribadi Rasulullah SAW, walaupun diberi dengan pelbagai kemewahan dan ganjaran yang besar oleh pihak quraisy untuk meninggalkan tugas dakwah nabi namun, semua itu tidak dipandang kerana tingginya keimananan nabi kepada Allah. bukan itu sahaja, lihat sahaja kepada khalifah ar-rasyidin. walaupun menjadi pemimpin islam pada masa itu, namun apa yang mampu kita lihat berdasarkan sirah bagaimana zuhudnya mereka. saidina umar wafat dan hartanya amatlah sedikit. bagaimana saidina umar pernah membantu rakyatnya yang susah dan membantu mereka. malah boleh dikatakan pada zaman itu, pemimpin dan rakyat amat saling memerlukan. terlintas di minda ini untuk menceritakan serba sedikit mengenai seorang yang masih hidup pada zaman sekarang namun sifat kesederhanaan beliau cukup indah untuk dikongsikan. beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat. menteri besar Kelantan, tempat aku dilahirkan dan dibesarkan dengan didikan yang jitu. pernah aku melihat rumah dia. hanya rumah papan yang dicat berwarna hijau dan tidaklah besar mana. malah ahli keluarganya ramai. walaupun seorang pemimpin namun egonya masih tunduk kepada Allah. malah, jika mendengar kuliah beliau, sering ditekankan untuk menunjukkan akhlak yang baik. mengapa perlu bermegah dengan kemewahan, kemegahan dan kehebatan. bermegahlah pada Allah terhadap amalan yang diredhai Allah dengan penuh keikhlasan di hati.



wasatiyah (kesederhanaan), suatu perkataan yang amat suka aku dengar. masih ingat lagi sewaktu iprokhas dahulu, aku menjadi amir dalam groupku dan kami memilih nama kumpulan wasatiyah. walaupun simple tapi menusuk dalam jiwa setiap dari kami. walaupun kami hanya biasa tapi amat indah kenangan waktu itu.. susah sangat ke nak turunkan ego kita..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"orang yang zuhud daripada segala kesenangan dunia menjadikan hatinya lapang di dunia dan di akhirat. sedangkan orang yang mencintai dunia hatinya menjadi resah di dunia dan di akhirat"

melihat suasana sekarang. bagaimanakah ego menguasai seluruh manusia, dan yang berkuasa cuba untuk menindas yang lemah dan sebagainya. hati ini pedih mencari realiti yang sebenar di sebalik yang berlaku. penuh dengan bayangan manipulasi dan penipuan. tak takutkah mereka akan azab neraka yang panas. bibir hanya mampu tersenyum dengan perasaan takut dan sedih apabila melihat realiti sekarang. mereka lebih mencintai dunia dan takutkan mati. langsung tidak takut di saat kita akan ditanya kelak. malah kematian itu merupakan sesuatu yang pasti dan semuanya akan merasa semua itu. apa yang belum pasti adalah bagaimanakah kita akan menghadapi mati. adakah dalam keadaan baik ataupun buruk. malah kesudahan kehidupan kita akan dilihat sejauh manakah amalan kita sewaktu kita hidup. subhanallah, sungguh indah bila mendengar cerita yang dikongsikan mengenai mereka yang mati dalam keadaan baik, dalam keadaan solat, menuntut ilmu, mendengar tazkirah dan sebagainya. sungguh indah bagaimana di dilahirkan dari rahim ibu dan disudahi dengan sesuatu yang diidamkan oleh semua orang. dan adakah kita inginkan seperti itu.. tapi layakkah kita dengan amalan setakat ini? sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan maha Menyanyagi hambanya. ayuh sama-sama tingkatkan amalan agar diri ini mampu meraih cinta Ilahi yang sempurna dan sangat indah. jangan tunggu pabila tua baru nak insaf dan taubat, bermulalah dari sekarang dan waktu muda ini kerana kematian itu pasti cuma kita kita tak tahu bilakah kita akan dijemput oleh malaikat izrail..



dunia ini cumalah bekalan yang dapat digunakan oleh orang baik dan juga orang jahat. dunia ini dibenci oleh orang yang mencintai Allah, cuma diambil sekadar keperluannya tanpa merosakkan agamanya...





wallahu'alam.. salam membaca..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...