Alhamdulillah, bangun pagi hari ini penuh dengan rasa tenang dan sungguh indah pagi ini.. melihat ada yang berjoging di taman, burung-burung mencari rezeki untuk anaknya dan fitrah kehidupan seorang manusia di sekeliling.. subhanallah, hidup ini penuh dengan warna-warni...
aku melihat di sekeliling, ramai manusia sibuk dengan urusan masing2, sibuk dengan keluarga, sibuk dengan beljar, ada yang sibuk dengan shopping, dan ada yang sentiasa berada di dalam masjid, sibuk mencari redha Allah.. subhanallah, inilah hidup.. sempat diri untuk untuk berjalan-jalan sekitar kuala lumpur weekend ini. ramainya orang dan semuanya berpusu-pusu ke shopping mall.. aku terkenang nasib umat islam, andailah jika sejumlah manusia ini menjalankah tugasnya dengan baik, berlumba-lumba untuk solat jemaah, ramai-ramai bangun awal dan pergi ke masjid untuk solat subuh, hati yang tenang untuk qiamullail kerana Allah dan mempunyai semangat islam dan iman dalam diri, subhanallah, hebatnya islam dan berjayanya islam.. namun, sebaliknya berlaku.. diri ini pun masih lagi belajar bertatih untuk istiqamah dalam semua itu kerana kadang2 penat dan alpa.. insyaAllah kita semua mampu mengembalikan kehebatan islam jika hati kita sentiasa di jalan yang betul dengan selautan keikhlasan. bagaimana ingin menyediakan hati yang ikhlas dalam satu amalan.. percayalah pada mata hati bersama iman, dan bukannya pada akal..
apa yang pasti, islam akan berjaya suatu hari ini.. namun, bila, bagaimana dan siapa yang melakukannya masih menjadi tanda tanya.. ini kerana, hidup kita hanya perantau di bumi Allah ini, kadang2 perantau dipanggil tuannya kembali tanpa sempat nak berbuat apa.. maka, bersiap sedialah kita untuk segala kemungkinan kerana pasti akan dipanggil kembali tetapi yang menjadi persoalan bagaimanakah dengan amalan kita, adakah sudah cukup? adakah mampu menjadi bantuan kepada kita kelak? semuanya terletak pada hati anda sekalian.. pejam mata, mengucap, tarik nafas, dan carilah jawapan dalam mata hati anda bersama penghayatan ikhlas kerana Allah.. di situlah anda tahu di manakah anda sekarang..
melihat kepada perjuangan saudara2ku diluar sana. begitu hebat dan kagum melihat mereka.. adik2 di palestin berjuang hingga sanggup menggadaikan nyawa walaupun umurnya jauh lebih muda dari kita demi islam yang mereka cintai namun kita hanya berada di bilik dan simpan nikmat kekuatan yang diberi kepada kita.. betullah dalam hadis nabi... "akan sentiasa ada dari kalangan umatku, trus menegakkan kebenaran n tegas mendepani musuh..tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan n drintangi kesusahan melainkan ujian(allah) hingga datang ketentuan allah, mereka akan kekal begitu..sahabat bertanya: dimana mereka ya rasulullah? rasulullah saw: "di baitul maqdis dan kawasan sekitarnya" .. subhanallah, hebatnya mereka.. tapi kita di sini bagaimana yea? urmmmmm...
diri kita di sini dalam perjuangan demi islam kadang2 terbatas kerana pelajaran, kerana kesibukan di dunia, kerana ada komitmen yang lain dan kerana diri yang dikelilingi kemudahan dan hidup yang serba mewah pasti sukar untuk menjadi diri mereka.. namun, itu semua bukan penghalang untuk menjadikan islam kembali gah dan berjaya.. bukankah jika mampu belajar bersungguh-sungguh, menunjukkan peribadi yang mulia sehingga dipandang islam itu cantik, menggunakan masa yang ada untuk berbakti dengan islam dan melakukan terbaik dalam usaha menjadi kehidupan yang terbaik antara bibik-bibik kemenangan islam.. biarlah islam kembali gah seperti zaman khalifa umaiyah dan abbasiyah yang terkenal dengan pendidikan, ekonomi dan rakyat yang bersopan santun.. maka kita disini, didiklah diri dan jiwa untuk menjadi pakar bidang masing-masing sama ada doktor ke, engineer ke, doktor gigi ke, farmasi ke dan sebagainya yang memiliki peribadi insan yang indah agar mampu dilihat kehebatan umat islam dan menjadi gah suatu hari nanti..
mengimbau kembali kenangan ketika mengadakan motivasi di sekolah kampung di kelantan. anak-anak di sna terbiar dan ada antara ahli keluarga mereka menghidap HIV.. hati terasa ingin melakukan sesuatu.. cubaan pertama menggunakan modul realiti islam dan cara merawatnya alhamdulillah berkesan.. jika dahulu ramai pelajar masih lagi samar-samar dengan cita-cita mereka.. ada la sedikit antara mereka nak menjadi doktor tapi kebanyakannya ingin menjadi askar.. namun, selepas sesi itu, pabila ditanya, ini jawapan mereka. :"abang, saya ingin menjadi askar untuk bunuh mereka yang jahat dipalestin", "abang, saya nak jadi doktor untuk tolong rawat mereka yang sakit dan bertahan demi islam", "abang, saya nak pegang senjata untuk tembak israil", "abang, saya nak jadi macam abang, buat program motivasi untuk adik-adik" dan yang melucukan adalah, "abang, saya nak jadi ironman lah, biar semua askar2 jahat kena bom, kan senang kerja kita kan".. maklumlah jiwa-jiwa kecik.. Alhamdulillah, walaupun usaha yang sedikit sekurang-kurangnya mampu menyedarkan mereka sedikit dengan amalan yang ikhlas kerana Allah untuk umat islam..
inilah cara aku, aku tahu yang aku merupakan seorang pelajar dan tidak antara priority uatamaku aku sekarang. seperti kata ibnu sina, rugilah remaja yang x mengisi masa remaja dia dengan mencari ilmu.. dan sekarang aku berusaha untuk berjaya dan kembali untuk usaha sungguh-sungguh dalam pelajaran kerana ia mampu meningkatkan kembali islam dengan bertambahnya cendekiawan. pelajaranku tidaklah cemerlang mana namun masih stabil. tekad aku adalah aku ingin menjadi pelajar muslim yang cemerlang. namun, di sebalik keutamaan itu, aku selitkan sedikit masa aku, penuhi masa lapang aku untuk membantu umat islam kembali berjaya dan cemerlang. program2 khas dibina untuk membantu saudara yang lain, biarlah setitik peluh yang mengalir adalah ikhlas kita demi islam, bukannya penat kita untuk hiburan keduniaan dan penuh kemaksiatan.. inilah cara aku untuk mengembalikan kejayaan islam dan anda semua ada cara tersendiri demi islam.. maga tanyalah hati anda...
oleh itu para sahabat, post kali ini mengajak kita sama-sama berjaya untuk sama-sama dalam genggaman umat islam yang erat meniti setiap detik hari kejayaan islam di sini..
" amalan setiap detik hidup yang berlalu menjadi saksi di padang mahsyar kelak, namun bagaimana dan apakah amalan itu di isi. di manakah usaha kita demi islam"
salam ukhuwah fillah.
No comments:
Post a Comment