Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, August 10, 2011

Di sebalik ilmu yang diteroka.


salam ukhuwah fillah... apa khabar iman anda hari ini, moga2 mekar dengan cahaya yang lebih cerah.. insyaAllah.. sudah 10 hari berpuasa dan pastinya diri ini lebih bermakna dalam mengharungi bulan ramdhan yang penuh barakah ini..

Ini langkahku yang akan ku hayun
Walaupun payah tak akan mengalah
Ini langkahku akan terus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kezaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

antara lirik-lirik lagu dari kumpulan shoutul harakah. penuh dengan unsur semangat dan tiupan angin kebangkitan padaa diri.. sesungguhnya kita kena percaya atas langkah yang kita pijak.. mengkaji langkah diri, aku tahu dan sedar bahawa aku sekadar perantau di bumi ini, yang mana memerlukan bekalan secukupnya untuk destinasi terakhir kelak. sedar kewajipan pada diri sebagai hamba Allah (51:56) dan khalifah (2:30) dan meniti detik-detik kehidupan sebagai seorang umat islam.. langkah aku sebagai khalifah sememangnya berat namun apa yang ingin dikongsi di sini adalah langkah aku sekarang sebagai seorang pencari dan penuntut ilmu. berada di alam univrsiti sememangnya satu cabarab bagi seorang mahasiswa namun aku cuba yang terbaikuntuk menjadi yang terbaik. kerana dalam hatiku, aku yakin, pasti dan tahu bahawa Allah telah merencana satu plot kehidupan yang indah dan menarik untuk diri ini sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaik. apa yang perlu ada pada aku sekarang adaalah usaha sungguh-sungguh untuk mendapat yang terbaik dan seterusnya redha denga keputusan yang aku miliki kerana sejauh mana usaha yang kita tampilkan dalam satu perkara itu amat penting dan itulah yang dilihat..



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. diberi rezeki dan nikmat oleh Allah untuk merasa sedikit kejayaan dalam akademik dalam hidup ini.. ayuh hayati satu hadis bersama yang mampu memberi sedikit pengajaran bersama dalam menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya...

hadis ini membicarakan mengenai bagaimana tugas dan cara yang perlu kita lakukan untuk memanfaatkan ilmu yang kita terokai.. bagaimana Rasulullah mengumpamakan ilmu dan hidayah untuk dengan air hujan.. fahami, selami dan terokai hadis ini bersama agar mampu mengubah sesuatu dalam kelemahan diri kita ini.

"Dari Abu Musa ra, dia berkata : “Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya perumpamaan ilmu dan hidayah yang aku bawa seperti air hujan yang menimpa bumi. Di antara bumi ini ada yang kelompok yang baik, dia menerima air lalu menumbuhkan rumput yang banyak, di antaranya juga ada yang gersang (cadas), dia bisa menahan (menadah) air, sehingga bisa dimanfaatkan oleh manusia, manusia bisa minum, mengairi (tanaman) dan bisa menggembala. Dan air hujan itu juga mengenai bagian bumi yang lain yaitu lembah yang tidak bisa menahan air dan tidak bisa menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang paham tentang agama Allah (Islam), dia mendapatkan manfaat dari apa yang aku bawa, dia tahu lalu mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak memperdulikannya sama sekali dan tidak menerima hidayah dari Allah yang aku bawa."
(HR. Bukhari- Muslim)


Get More Islamic Testi Here!

Berdasarkan hadis di atas boleh disimpulkan bahawa terdapat 3 golongan yang mencari ilmu. golongan pertama adalah manusia yang ibarat tanah yang subur dan sihat yang mana menumbuhkan pokok-pokok, rerumput dan lalang-lalang apabila menerima air hujan. Dalam erti kata lain dia mengambil manfaat daripada ilmu itu serta mengamalkannya tetapi bukan setakat itu saja, dia mampu memberikan manfaat itu kepada orang lain pula. Inilah golongan yang diberikan ilmu & hidayah oleh Allah swt lalu dimanfaatkan dan kesannya dapat kepada orang lain.
Golongan yang kedua pula ialah manusia yang ibarat tanah gersang yang tidak menumbuhkan tanaman tapi menakung air sepertimana kolam yang ditakungi air. Maka air ini memberi manfaat kepada orang lain yang dapat menggunakan air itu untuk membersihkan diri, menghilangkan dahaga dan sebagainya. Jadi inilah pula golongan yang mana menerima ilmu & hidayah daripada Allah cumanya mungkin mereka tidak begitu mengambil manfaat dari pemberian tersebut atau mungkin juga ilmu yang mereka pelajari itu tidak cukup memberi kesan kepada mereka. Namun mereka tetap mampu memberi manfaat kepada orang lain dengan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ini juga golongan yang baik kerana dengan menyampaikan ilmu itu juga ada sahamnya di akhirat kelak.
Golongan ketiga inilah yang patut kita elakkan. Golongan ini diibaratkan seperti tanah yang tak mampu menakung air & tak subur serta tak sihat. Tak ada tumbuhan yang tumbuh darinya & air pun tak diserap & ditakung oleh tanah tersebut. Inilah golongan manusia yang menolak ilmu & hidayah daripada Allah lalu tidak pula ada manfaatnya kepada orang lain...

Dalam meneruskan detik hidup ini untuk mencari redha Allah, hendaklah kita menjadi khalifah yang terbaik di bumi ini.. setiap tindakan dan urusan kita hendaklah kena dengan apa yang diperintahkan oleh Allah.. sama jugaklah dalam konteks kita sebagai pelajar. pasti ada ilmu yang kita perolehi setiap waktu kita dalam kelas pembelajran. itulah kelebihan dan kemudahan yang ada. belajar dengan aman dan selesa berbanding saudara kita di palsetin yang bertarung dengan maut pabila ingin pergi menuntut ilmu.. cuma apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita berurusan dengan ilmu yang kita pelajari itu.. adakah hanya untuk kita.. kita diberi satu anugerah, adaa akal dan pemikiran yang elok untuk kita mengharungi hidup ini, dan diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran yang terbaik dalam hidup kita.. namun, bagaimanakah rasa terima kasih dan syukur itu kita balas.. adakah ilmu itu untuk kita shaja.. ayuhlah sahabat, sama2 membentuk untuk menjadi golongan yang pertama itu agar sama2 mampu mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah..



diri ini bukanlah orang yang hebat, ilmu masih sedikit dan cetek, masih dikira bayi dalam hidup ini, bertatih untuk perbaiki diri, namun biarlah diri ini mampu memberi sesuatu manfaat pada mereka di sekeliling.. apa yang ada, ilmu, pengalaman, soft skill dan teknik yang dianugerahkan pada diri cuba untuk disampaikan pada rakan-rakan dengan harapan mampu memperbaiki diri mereka dan memperbetulkan diri sendiri.. insyaAllah moga sama-sama berada di bawah nur kasih Ilahi untuk meneruskan perjalan hidup yang sememangnya penuh dengan warna-warni.. wallahu'alam..

salam dan selamat membaca.

2 comments:

  1. smoga langkahmu terus diiringi manisnya berjuang mencari redha Allah..sahabatku..
    teruskan langkahmu tanpa ragu..
    doakan diri ini turut terhmbat ke arah jalan yg sama sepertimu..insyaAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...