Islamic Widget
pengikut peneroka
Friday, September 2, 2011
hari raya yang indah ^^
salam ukhuwah fillah abadan abada. bagaimana taqwa anda hari ini.. sihat? mudah-mudahan sentiasa harum dan mekar seiring dengan iman. kali ini sedikit coretan untuk peringatan bersama. masih berada dalam bulan syawal dan merasakan ingin berkongsi apa yang dapat mengenai bait-bait kata forum perdana yang terbaru.. Alhamdulillah.. sampaikan walaupun satu ayat. insyaAllah..
Sempena menyambut hari raya ini, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep ‘hari raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta’ala
pabila hari raya, pastinya seronoknya hati kita ke arah kuih muih, ke arah baju raya baru, langsir baru dan semuany baru malah lari daripada apa yang kita mampu. adakah nafsu yang kita didik itu sebenarnya berjaya. namun ayuh kita hayati sabda rasulullah. jelaslah erti hari raya yang sebenar ialah bagaimana kejayaan yang diperoleh apabila taqwa kita hebat dan disukai oleh Allah. hari raya yang cukup besar bagi orang yang beriaman ialah bagaimana dia menjaga hati, mendidik nafsu, mengawal segalanya untuk lari dari dosa. sememangnya amat susah bukan malah seorang yang hebat pun susah untuk melaksanakan. maka, satu kejayaan yang besar bagi seorang mukmin jika berjaya melaksanakan.. inilah hari raya yang penuh rasa indah dan syukur. masa yang kedua ialah di saat kita mampu mengharungi syaitan ini di dunia dan berada dalam kemanisan iman. syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kita. setiap detik dan saat dia berada dengan kita mencari ruang agar kita alpa. itulah dia syaitan. maka, sememangnya amat susah untuk menjaga iman kita di saat kita dibisik oleh bisikan yang tajam oleh syaitan. saban hari kita berdoa, ya Allah matilah aku dalam keadaan beriman dan baik kerana jika kita mati dalam keadaan iman dan penuh keberkatan bukankah satu hari raya yang besar untuk kita. di saat kita ingin meninggalkan kita makin hebat bisikan tipu daya syaitan untuk menyesatkan kita. maka doalah sahabaat agar mampu meraih kejayaan di saat penghujung layar kita. suatu keindahan hari raya bagi umatnya yang beriman.
saat hari raya yang ketiga ialah di saat kita meniti siratul mustakim. bukan senang untuk meniti titian ini bagi mereka yang tidak diberi kemudahan oleh Allah. malah mungkin kita akan tergelincir dan mengharungi kepayahan dan kesusahan yang sukar dibayangkan. sesungguhnya Allah menyanyagi bagi hambanya yang beriman dan bertaqwa dan diberi kemudahan di saat kita meniti. oleh itulah, carilah redha Allah di dunia agar tenang dan mudah kita harunginya. penuh rasa ceria dan gembiranya hati sekiranya kita mampu mengharunginya sedangkan ada yaang susah untuk harunginya. subhanallah.. saat yang keempat ialah suatu ganjaran bagi mereka yang beriman. jannah Allah yang subhanallah amat indah untuk dibayangkan. terlampau indah dan penuh kebahagiaan. pastinya penuh kegembiraan dan kebahagiaan pabila kita terselamat dari azab Allah yang seksa dan panas di dalam neraka Allah. tangan disapa oleh api lilin pun kita x tahan bagaimana agaknya api neraka Allah yang jauh lagi panas untuk kita harungi. pastinya ganjaran yang besar terlepas dari azab neraka dan berjaya merasai ganjaran yang subhanallah... cukup indah.. tenang dan segalanya sempurna.. saat hari raya yang sungguh indah.. saat yang terakhir ialah satu nikmat yang paling besar dan pastinya menjadi impian setiap yang beriman. saat kita menatap Allah ta'ala, Pencipta kita.. zat Allah tidak mampu dibayangkan namun di saat kita diberi kesempatan untuk melihat wajah Allah, subhanallah.. pastinya nikmat paling agung. sungguh ini merupakan hari raya yang terbesar dalam ddiri seorang mukmin...
lihatlah sahabat. pastinya ada hari raya yang lebih hebat daan bermakna. kita meniti layar kehidupan agar mendapat yang terbaik dunia dan akhirat. pastinya ingin merasai kenikmatan Ilahi. ayuh, koreksi diri kita, dimanakah kita, bagiamanakah amalan kita dan apa yang telah kita lakukan agar hari raya yang lebih besar mampu dikecapi.. insyaAllah...
salam ukhuwah.. ^^ jom puasa sunat syawal jom...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment