salam ukhuwah fillah.. bagaimana tahaap taqwa anda sekarang.. semakin betambah ke layu.. moga-moga kegembiraan syawal tidak menurunkan level taqwa kita tapi meningkatkan lagi...
getarnya hati pabila ramadhan menjelma,
lantaran diri diingatkan dengan titah tuhannya,
setiap detik berlalu ramadhan kita mendidik kebuasan nafsu,
menjadi indah daripada ganas,
menjadi suatu yang mencari ketaqwaan.
itulah fenomena ramadhan,
tibanya syawal satu kejayaan umat islam dalam perang nafsu,
kejayaan dikecapi lantaran hati tetap padaa redha ilahi,
pastinya hari yang menuntut kegembiraan,
ikatan saudara terus bertatut.
pabila syawaal hati tersenyum pabila ummi tersenyum,
abang mencari kemaafan atas kekhilafannya,
di saat aku melihat semuanya di sisi mengukir kemesraan,
suatu yang mengundang kebahagiaan di hati.
namun, aku takut syawal menyebabkan ikatan nafsu semakin bebas,
lantaran mulut dibuka untuk makanan tanpa dihalang,
peti suara asyik mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya,
pandangan, pergerakan dan pendengaran yang mungkin ke arah kebenciaan ilahi,
nafsu yang mampu menguasai hati pabila syawal..
jika dahulu tangan disapa kerana sedikit duit raya,
namun kali ini tangan menghulurkan duit raya,
ku lihat semuanya berbeza dan aku sedar,
dah matang rupanya!!!!
Alhamdulillah, detik syawal tiba dengan rasa penuh kemesraan, di saat semuanya berkumpul, lama mengidam kemesraan yang wujud. semuanya ada, senyuman, gelak ketawa dan kemesraan yang terjalin. bahagia dunia yang ku rasai. yang pasti aku bersyukur dengan nikmat iman dan islam ku kecapi hari ini. raya ini, aku terasa penuh nikmat kerana hati ku masih berbekas lantaran ramadhan hari itu... sememangnya membawa seribu erti dalam layar hidupku. semakin dekat aku dengan ilahi dan terasa sedikit manisnya hidup ini. aku harap mampu istiqamah. kali ini sedikit berbeza.. aku lihat seakan-akan sudah berubah. jika dahulu aku teringat sewaktu masih kecil bagaikan semut mencari-cari gula yang diibarat duit raya. kalu x dapat duit raya, mesti masam lah muka nie, kerana waktu itu masih tidak matang.. namun hari ini bagaikan suatu yang baru dalam diri ini..
raya ini melihatkan aku semakin dewasa. dulu dapat duit raya, sekarang bagi duit raya. awal2 pagi budak2 dah ada di depan rumah untuk beraya. budak2 kampung. walaupun katanya nak raya jelas hatinya inginkan duit raya. ku hulur duit raya. sunat aidilfitri kali ini aku bagaikan orang dewasa berada di depan memakai jubah hitam. kiri kanan ku atuk-atuk dan pakcik-pakcik yang segak berpakaian. namun sedikit kekok khutbah raya kali nie.. rohani menanti bisikan taqwa di sebalik kemenangan syawal kali ini, namun hati dikecewakan.. kali ini isi khutbah kebanyakannya berkisarkan kemerdekaan negara dan menjadi rakyat yang baik.. xpela, mungkin aku kena jadi rakyat yang baik.. (^_^').. sanak saudara bermula ziarah lepas sunat aidilfitri. menjemput bagaikan tuan rumah, rasanya aku paling tinggi. kalu dahulu aku hanya dengan diriku tapi kali ini kena jaga budak pulak.. bermain-main ngn adik2 kecil, jaga baby dan tengokkan mereka, macam ayah pulak.. duit raya pun x dapat.. ku sedar, semakin matang rupanya.. hehehe.. ^^
ku merasakan, semakin matang diri ini. maknayna semakin dekat Allah nak memberi petunjuk ke arah kehidupan yang sebenar. dan pastinya semakin tua diri ini. zaman dan waktu yang penuh dengan kenakalan dan permainan telah berlalu dan kini satu saat di mana aku melangkah semakin seorang dewasa. si saat aku ditagih dimanakah aku dlam melaksanakan khalifah Allah, dan di saat pastinya semakin dekat aku dengan kematiaan.
disebut kematiaan, aku menjadi takut kerana bagaimanakah agaknya kematian kita dengan amalan kita yang sedikit, bagaimanakah kita di kubur yang keseorangan, di padang mahsyar yang pastinya melihat setiap zarah amalan kita dan di manakah destinasi kita teraakhir. berada dalam kepanasan azab Ilahi ataupun kebahagiaan syurga..
kita semakin dewasa pastinya. semakin banyak kita lalui dalam kehidupan, malah semakin sikit masa kita untuk melaksanakan apa yang sepatutnya di dunia ini. aku melihat mereka yang amat bahagia. artis2 cukup gembira menyanyikan lagu raya, mereka di sekeliling tersenyum lebar dangan mereka miliki, dan mereka yang mewah pastinya dihiasi kehidupan mereka dengan sesuatu yang lengkap. namun, stu detik menyebabkan aku berfikir sejenak. dalam aku menemani ummiku di bazar raya, aku melihat pakcik yang tua membawa nak lakinya mencari songkok. pakaiaannya lusuh melihatkan kondisi hidupnya. namun aku melihar cahaya disebalik mata yang senyumannya. bagaikan hidupnya dipenuhi kebahagiaan. ku memerhati mereka dengan panuh khusyuk. mencari songkok yang paling murah. bukankah hidupnya penuh kesederhanaan. aku teringat bait-bait ustaz. kita semua adalah sama di sisi Ilahi. yang membezakan kita adalah sejauh mana ketaqwaan kita. yup, ketaqwaan Allah hanya Allah yang tahu, namun kita mempunyaai akal dan hati untuk muhasabah diri ini sejauh ketaqwaan kita. mungkin ustaz lebih tinggi ketaqwaan namun mungkin jugak mereka yang miskin dan biasa di luar lebih tinggi ketaqwaannya.. kita semua masing2 mencari redha Allah agar menambah ketaaqwaan di hati kita..
semakin kita matang, maknanya semakin kita melangkah ke satu pemikiran yang penuh harapan dan tanggungjawab. harapan ummah, harapan mereka disekeliling dan hrapan islam itu sendiri. maka, para sahabat. diri ini berpesan khususnya pada diri yang lemah ini serta pada kawan-kawan, sedarlah, kita semaakin dewasa dan matang, semakin kuat untuk berusaha dalam jalan mencari redha Allah, namun, bagaimanakah kita memaksimumkan kehidupan kita pada yang sepatutnya. semuanya ada jawapan pada anda. yes, kita hanya pelajar biasa, tidak mempunyai ilmu yang banyak dan orang biasa namun ingat, bukankah ketaqwaan, kasih sayang Allah, sakinah Ilahi sesiapapun boleh rebutnya. kerana apa? kita adalah abdillah, khalifah dan muslim. hamba Allah dan khalifah demi menegakkaan syiar islam. pastinya kita semuaa ingin berjaya.. namun adakah sekadar dunia mahupun akhirat sekali..
fikir-fikirkanlah... ^^
Ya Allah, detik dan saat yang berlalu kami bersama hati kami, hati ini ingin bersama dalam redhaMu ya Allah, kami sedar hati-hati ini masih lemah dan alpa. masih bertatih untuk menjadi kuat demi kasihMu ya Allah, namun kami harapkan rahmat dan hidayatMu ya Allah.. tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus ya Allah, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus ya Rahman, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus yang Rahim, jalan yang engkau redhai, jalan bersama orang yang bertaqwa. kami mohon ya Allah, semaikanlah hati kami ini dengan percikan taqwaMu, agar sentiasa basah dengan manisnya ketaqwaanMu ya Allah..
Aminn..
salam ukhuwah fillah.. jom puasa sunat 6 syawal.. ^^
No comments:
Post a Comment