Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, September 9, 2011

kembara secebis ilmu.

salam ukhuwah fillah. bagaiman iman di hati.. moga terus mekar dan subur berteraskan taqwa yang semakin meningkat dari setiap detik insyaAllah. jari jemari masih diberikan sedikit ruang untuk terus bergerak demi ad-Din Allah sungguhpun sedikit kepayahan. jari kiri melecur teruk akibat terkena air panas. mohon doa sahabat agar sempat sembuh sebelum menghadapi rintangan ujian 2 minngu lagi.

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


lirik lagu yang penuh dengan rasa semangat. hakikat diri ini seorang hamba yang sememangnya sentiasa dilihat dan diperhati oleh yang Esa, namun layar kehidupan ini akan terus berlayar meskipun terpaksa memgharungi ombak yang kuat, laut yang bergelora kerana apa, itulah fitrah seorang hamba. namun, apakah hambanya telah lakukan pada Tuannya yang memiliki segala sesutu. itulah diri kita yang perlu diperingati selalu agar mampu berada di jalan yang betul. lagu ini mengajar seribu makna dalam diri ini. minggu ini, sedikit ujian diterima dengan mengalami kesakitan di tangan kiri. pastinya terasa pedihnya, terasa sakitnya pabila ambil wuduk dan terasa sengsaranya pabila ingin tidur malam. tangan dengan penuh rasa kepanasan. namun hati terdetik dan tertanya-tanya, adakah aku hamba Allah. mengapa aku x mampu harungi semua ini kerana Allah ingin menguji hambanya agar terus dengan kesabaran Allah. jika kepanasan di dunia pun aku sengsara dan penuh dengan kesakitan, bagaimana agaknya kesengsaraan di neraka Allah. ya Allah, sangat sakit ya Allah, sememangnya sengsara wahai sahabat. aku merasai bagaimana air panas yang kepanasan dia amat sikit jika nak dibandingkan dalam neraka mendidih di tanganku dan aku menggeletar kesakitan, dan pastinya neraka Allah itu... ya Allah, jauhilah kami dari nerakaMu ya Allah..



kali ini ingin menukil coretan agar mampu memberi sedikit semangat dalam perjuangan kita demi islam. Alhamdulillah, badan sempat merasai perjalanan berjumpa dengan bait ustaz ridha dan keluarga di kedah untuk perbincangan projek islamik seterusnya di Intec. tangan bertatih dengan sedikit kesusahan kerana tangan kiri yang melecur itu assyik bengkak dan mengeluarkan air bisa, namun, diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan. bersama sahabat perjuangan yang aku kagum dengan semangat mereka kami dengan niat di hati mencari secebis ilmu mengembara di bumi kedah. Alhamdulillah diberi pertolongan oleh keluarga sahabat perjuangan di kedah. jazakallah khairan khatira kepada keluarga yang sudi membantu kami. membincangkan satu topik yang cukup terkesan di hati, dengan sendirinya diri ini rasa takut pada Allah. adakah aku ini sememangnya meletakkan Allah yang utama? adakah aku ini kagum dan terkesan dengan ayat Allah berbanding hiburan di sekeliling? adakah aku takut kepada Allah yang menguasai hari pembalasan? semua persoalan itu hampir menitiskan air mata yang lemah ini. sambil melihat satu video yang penuh bukti bahawa Allah itu maha Besar namun, apakah aku sememangnya menjadi hambanya. takut diri ini pabila soalan-soalan ini singgah di kepala. semakin berkobar aku ingin melaksanakan sesuatu di jalan Allah termasuklah dakwah. ya Allah, tetapkanlah hati dan amalanku.

dalam berdakwah, pastinya ada suatu masa kita terpaksa mengharungi sesuatu rintangan. namun, jangan takut, kerana dia adalah nikmat untuk kita. hadapilah dengan kesabaran di hati, hdapilah dengan taqwa di hati dan hadapilah ikhlas kerana Allah. jika kita jatuh atau sakit, tenangkanlah hati agar mampu mendidik hati mengharunginya bersama jalan dakwah di sisi. jika Allah uji kita dengan menimpa sesuaatu yang tersayang untuk kita, redha dan tabahlah jiwaa kita, kerana sememangnya Allah sayangkan kita. malah carilah penawaar dengaan doa dan munajat pada Allah. takutlah jika Allah tidak menguji anda dengan sesuatu kerana takut kita akan dilupakan, tapi tenanglah hati jika Allah asyik menguji kita kerana Allah sayangkan kita. sesungguhnya nikmat Allah luas. jika kita tidak milikinya sekarang percaayalah kita pasti mendapat yang lebih manis kelak. Allhuakbar. Allahumma Ameen.

"sesunggunya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. harapanku agar aku mendapat syafaat apabila aku bersama mereka nanti. dan aku membenci mereka melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golngan mereka." -fiqh al-'ibadat(solusi)-


duhai sahabat, pejuang payung agama Allah, harapan agama islam dan pastinya ke arah penyatuan kembali umt islam dan khalifatul mukminin, jangan pernah kita mengangkat bendera seandainya kita menghadapi sedikit kesulitan dalam arena dakwah kita, namun carilah ketenangan kembali dengan kembali pada Allah. sungguh pun kita tidak layak nak dibandingkan dengan pedang semangat jihad dan dakwah sahabt nabi dan para sahabat seperti dahulu, namun biarlah kita mampu menjadi cebisan-cebisan pedang mereka demi islam. Allah maha besar...




Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-al-ankabut:69-


salam ukhuwah dan selamat membaca... jom puasa enam.. ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...