berjalan-jalan pada hujung minggu bersama sahabat. terasa sedikit tenang dan segar sebelum menghadapi IELTS dalam masa terdekat. memerhati gerak geri mereka di sekeliling. umat islam sudah parah agaknya. rindukan suasana dahulu ketika berada di kampung. penuh dengan rasa sopan berpakaian dan peibadi yang enak dipandang. terasa cepat semuanya berubah. namun,melihat 2 situasi berbeza yang indah untuk dikongsi.
situasi 1:
perbualan antara seorang emak dan anak. "emak, kat mana kita nak makan". emaknya tersenyum sambil melihat di sekeliling. melihat segalanya yang perlu sudah ada di tangan dan terus berlalu.
situasi 2:
juga perbualan antara seorang emak dan anak. "emak, kita nak makan ap". emaknya tersenyum sambil terlihat wajah kebimbangan di wajahnya sambil melihat di sekeliling mengharapkan sesuatu. melihat kaki yang x berupaya untuk bergerak dan mencari sesuatu, namun langkahnya terus berlalu
salam ukhuwah para sahabat.. bagaimana dengan diri sahabat.. iman dan taqwa anda bagaimana.. adakah sihat. adakah ada peningkatan. moga-moga mampu sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita. post kali ini sedikit berbeza. bermula dengan 2 situasi sebagai pembuka bicara. kerana inilah realitinya. reliti kehidupan di Malaysia di mana terdapat 2 golongan yang sangat ketara. satu golongan yang berada dalam segala-galanya ada, apa sahaja mampu dimiliki dan mempunyai kemewahan untuk berpakainan dan menjalankan kehidupan. manakala satu lagi golongan ialah orang yang serba kekurangan, berpakaian yang mana ada, kehidupan masih lagi samar termasuk makanan dan sebagainya. inilah realiti kita di Malaysia. pastinya, ada yang betul2 mewah dengan apa yang dimilikinya dan adanya yang serba kekurangan segalanya...
terbaca satu kisah hebat saidina umar al-khattab.. sungguh hebat jiwa seorang pemimpin yang sebenar. jiwa seorang khalifah yang mementingkan agama islam berbanding kesengan hidup. yang sentiasa menyanyagi umat islam dan mereka di bawahnya. biarpun menjadi ketua negara islam dan khalifah, dirinya tidak pernah bongkak dan berlagak apabila islam diberi keutamaan. sanggup menyamar sebagai seorang rakyat biasa untuk melihat keadaan rakyatnya. tidak pernah bermegah dengan kedudukan malah merasa takut dengan kedudukan itu jika dia x mampu melaksanakan pada tempat yang sepatutnya. sedikit harta yang dipegangnya untuk rakyat sememangnya amanah harta itu pada rakyat. malah susah ingin melihat mereka yang miskin sewaktu zaman khalifah umar. malah cukup sedikit harta yang dimilik oleh beliau.. betapa hebatnya jiwa seorang pemimpin dan pemerintah negara.. namun kini segalanya berbeza.. semakin hari semakin ramai yang mengemis di jalanan, hidup dalam rumah yang usang dan tidak mempunyai keperluaan yang secukupnya... di manakah segala bantuan ynag sepatutnya disalurkan.. anda sendiri melihat apa yang berlaku dan faham apa yang terjadi.
seseungguhnya kita dibayangi ideologi-ideologi yang mengaburi segala kebenaran dan kepastian. pastinya ini akan menjadi penghalang untuk umat islam kembali bersatu dan berjaya.
....................................................................................
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)
dimanakah tangan yang menghulur bantuan pada mereka. dimanakah bantuaan yang perlu diberi pada mereka. dan dimanakah kita dalam hal ini. jika diberi segala nikmat oleh Allah. segalanya melebihi keperluan. anda sendiri sedar bukan. namun, dimanakah ruang yang sedikit di mana sepatutnya kita isi dengan amal-amal soleh yang menjadi penyelamat kita kelak. di manakah sedekah jariah kita. peringatan bersama yang mana dengan sendirinya mengajar pada diri yang lemah ini. jika masih mampu badan ini bergerak, harapan di hati pastinya untuk ad-Din, pastinya untuk umat islam kerana aku adalah hamba Allah. diri ini cuba untuk membantu menyuburkan mereka di sekeliling dengan harapan agar tertegaknya kembali syiar islam. agar mampu suatu hari nanti menjadi seorng doktor yang soleh dan mampu membuka klinik memberi kebajikan pada mereka yang x mampu.. amin.. doakan moga aku berjaya. moga aku melepasi laluan untuk menuntut ilmu dalam bidang perubatan ini agar mampu memaksimumkan apa yang mampu dalam layar hidup ini.. amiinnn... ya Allah, tunjukkanlah kami jalan dan petunjuk..
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)
salam ukhuwah dan selamat membaca..
No comments:
Post a Comment