Alhamdulillah, 2 minggu ini sungguh mencabar kehebatan otak menjalankan tugasnya. IELTS, MUET dan test.. semuanya dilaksanakan dekat2 dalam 2 minggu nie. diri ini usaha yang terbaik untuk berjaya dalam semua itu. harap-harap mampu mumtaz dan cemerlang semuanya..mohon doa sahabat sekalian.. insyaAllah, kali ini ingin berkongsi sesuatu yang dirasakan cukup indah untuk dikongsi.. kejayaan dalam layar kehidupan ini..
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Allah akan membantumu dan menetapkan pendirianmu.." Muhammad : 7
kali ini, diri terasa lain daripada dahulu.. daripada mula-mula jejak kaki di alam universiti ini dengan sekarang, semuanya berbeza. dahulu, banyak masa kosong dimiliki sewaktu sem bermula dan sendirinya dirasakan banyak perkara yang tidak berfaedah dilakukan. masa tidak digunakan sebaiknya dan akhirnya kecundang pada final test. namun, aku mencorak langkah yang baru di sem 2 dan nampak sedikit peningkatan. Alhamdulillah.. aku mencari-cari dimanakah kekuatan aku sebenarnya.. Allahuakbar.. baru mampu melihat dimanakah puncanya. kerana sem 2 dan 3 aku penuhi masa sebaiknya dengan perkara sepatutnya. menjadi salah seorang pemimpin di kolej, aku sukar mempunyai masa kosong dan jika ada masa kosong pastinya dipenuhi sebaiknya dengan kerja tertunda dan alhamdulillah semuanya nampak cahaya.. dan bermulanya layar sem 3 aku cuba mengatur kembali setiap saat dalam hidup ini dengan perkara sepatutnya.. jika ada masa, ingin sekali menjenguk surau cemara agar hati ini mampu dididik dari godaan hiburan.. aku mengerti sesuatu perkara.. lihatlah bagaimana firman Allah di atas, dia menjadi pembimbingku selama ini.. saat aku merasakan penat dan tidak cukup masa, aku sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalam hidup ini.. kerana percayalah Allah sebaik tempat pergantungan. istiqamah dalam dakwah dan usrah itu perlukan mujahadah yang kadang2 terasa pahit, namun akhirnya akan terasa kemanisan sebuah kejayaan.. alhamdulillah, merasakan seperti hidup ini lebih bermakna..
ingin berkongsi sesuatu, pada usrah yang lepas, ada seorang ahli usrah bertanya, "abang, mengapa yea kita tak mampu berjaya seperti hebatnya non-muslim dalam akademiknya. mengapa diorang lebih hebat yea." Allah, soalan dia susah jugak. namun cuba menjawab berdasarkan apa yang akal mampu dan tidaklah hebat mana. mungkin ustaz2 lebih tahu jawapannya. " bagaimana kita melihat mereka study, sentiasa dengan buku, matlamat hidup mereka ingin berjaya dengan dunia ini, berjaya dalam kerjaya dan mempunyai wang yang banyak kelak, cuba tanya dalam diri dan hati kita sebagai umat islam, mengapakah kita di sini, adakah hanya kerana wang, pekerjaan, dan kekayaan kelak.. tidak bukan, kerana hidup kita matlamat paling agung adalah di saat kita diperhitungkan kelak. bagaimana persediaan kita dan bagaimana hidup kita di sini. namun, melihat kepada sesetengah umat islam yang lemah dalam akademik adalah kerana mereka tidak mengerti apakah itu makna layar kehidupan yang direncana. Allah merencana sebaiknya untuk hambanya yang bertakwa dan beriman. jika benar kita yakin mampu berjaya, pastinya kita akan usaha sungguh untuk berjaya dan hanya usaha sedikit pastinya hasilnya besar jika diiringi dengan doa.. kita berbeza dengan mereka.. mereka berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka bersendirian. namun kita berusaha bersama pertolongan Allah. cuma, kadang2 kita sendiri yang tidak yakin pada hati dan diri kita.. di saat, kita x mampu ingin memiliki kejayaan yan sepatutnya hari ini, jangan takut dan sedih, perjalanan masih panjang.. mungkin akan ada kejayaan yang lebih manis kelak.. lihat yayasan bukhari. pengasasnya tidaklah hebat dan mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, namun daripada pekerjaan yang biasa, Allah membantunya malah mampu untuk membuka yayasan dan berbakti kepada umat islam.. Allah itu maha adil untuk hambanya yang beriman tetapi sejauh manakah keimanan kita kepada Allah... Rabbi yassir wala tuassir.. "
lepas ini, rakan2 di intec terutama a-level dan ausmat akan menghadapi final test dan final exam.. harapnya, anda mampu cemerlang kerana umat islam mampu cemerlang segalanya kerana kita ada yang Esa membantu kita.. wahai jiwa-jiwa sahabat yang tenang sekalian.. kembalilah kepada Allah, angkatlah tangan memohon doa dan pertolongan Allah.. insyaAllah, sebaik kejayaan mampu kita perolehi.. Allahuakbar..
jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, bertawakallah kepada Allah.. agar usaha kita dilihat.. agar amalan kita dilihat dan agar diberi keredhaan oleh Allah dalam hidup ini... firman Allah.."...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya..." Surah Ath-Talaq 65: 3
segalanya terbukti pada firman Allah.. nikmat Allah itu cukup luas untuk hambanya.. apa yang perlu ada kita hendaklah berusaha, bertaqwa, bersabar dan bertawakal pada Allah..
Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Allahu Allah.. sesungguhnya sudah banyak diberi peluang untuk melihat nikmat dan kebesaran Allah.. sewaktu pmr yang pelbagai halangan dan sebagainya.. cukup besar nikmat dan peluang Allah bagi diri ini.. "ya Allah, tetapkanlah hati ini untuk istiqamah di jalanMu, untuk berada di medan dakwahMu, untuk berjihad pada yang benar dan sentiasa merasainya rasa syukur padaMu, ya Rabb, sesungguhnya aku ini hamba yang lemah dan hina, tunjukkanlah jalan yang terbaik dalam hidup ini".
bittaufiq wannajah buat sahabt yang bakal menempuhi examination.. salam ukhuwah dan syukran sudi membaca blog yang tidak seberapa ini.. semuanya kerana ad-Din dan terasa sedikit tanggungjawab pada bahu ini...
bittaufiq wannajah...
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan urusan kita di dunia di akhirat dan beroleh kejayan yang cemerlang..
sesungguhnya org yang bekerja kerana agama Allah pasti akan ditolong oleh Allah..kerana kita bukan sendirian tpi sentiasa ditemani Sang Pencipta Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.