Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, September 27, 2011

bagaimana amalanku?

salam ukhuwah.. lama menyepi sikit blog nie, agak sibuk skrg nie, mengejar kejayaan dunia dan akhirat.. insyaAllah... bagaimana iman di hati anda.. moga sihat dan mekar subur dengan taqwa ikhlas pada Allah.. kali ini sesuatu pengajaran untuk diri yang lemah ini dan para pembaca sekalian.


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan.


pembuka kalam blog kali ini adalah sebuah lirik bertajuk kehidupan daripada kumpulan inteam. amat suka mendengar lagu ini tatkala kita duka akan sesuatu dan ceria akan sesuatu kerana ia sebagai satu nasihat secara tidak langsung pada hati ini. ayuh hayati lirik lagu ini. subhanallah, cukup indah Allah merencana kehidupan hambanya, di saat ada sesuatu yang menimpa diri ini pastinya akan ada sesuatu sebaliknya yang datang. sabar, tawakal dan redha merupakan satu cara yang indah untuk amalkan dalam kehidupan seharian ini. maka la tahzan sahabat dalam merencana hidup ini. kadang kala, hampir sahaja segalanya perit untuk ditelan lantaran sedikit ujian Allah timpakan untuk kita, namun ingatlah.. dengan segala nikmat yang Allah beri, udara yang percuma, keindahan alam untuk ditatap dan kasih sayang keluarga yang sangat bahagia, di manakah ingatan Allah di saat kita miliki semua itu. maka ujian yang ditimpakan merupakan satu anugerah Allah kurniakan agar kita kembali mengingati Allah yang sayangkan hambanya... insyaAllah... petikan lagu imam muda bagi kita seorang hamba Allah...

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa





kali ini, ingin berkongsi sesuatu impak yang kena pada diri ini tatkala sekali lagi diberi kesempatan kuasa, tenaga dan kekuatan untuk menjadi pembantu iprokhas sebagai mampu menjadi biarlah secebis usaha yang sedikit untuk membantu menyuburkan hati-hati sekeliling di Intec terutama buat tautan ukhuwah fillah yang baru menjelma di intec. kali ini, menjadi sangat sebak berbanding dengan iprokhas sebelum ini. entah kenapa tiba-tiba air mataku mengalir tatkala sesi muhasabah padahal, aku penah mengendalikan program seperti itu dalam program motivasiku dan cukup sukar untuk menangis. aku menjadi sebak dan sgt takut.. memang fitrah manusia akan merasakan sedih dengan sesuatu perkara namun kali ini aku merasakan sedikit berbeza. antara slot dalam sesi ini ialah apabila ditanya, dengan amalan ini, adakah aku tergolong dalam golongan anak yang soleh, dengan perbuatan, perkataan dan usaha aku ini adakah aku mampu menjadi anak yang soleh, dan adakah aku mampu menjadi anak yang soleh yang mana mampu mendoakan ibu-bapaku nanti di alam kubur. agar, mampu mereka duduk dengan nyaman, tenang, luas dan selesa. adakah aku merupakan anak yang soleh dan melakukan semua itu? aku takut, di saat diri ini yang kadang kala sedikit leka dengan dunia, hiburan dan alpa pada Allah, amalan itu akan dikira dan lebih siksa jika ia mampu menarik ibu bapaku ke arah siksa kubur dan api neraka yang panas. sesungguhnya kita sebagai anak sememaangnya telah membebankan ibu bapa kita didunia, mahukah kita melihat sekali lagi mereka disiksa di alam kubur dan api neraka yang panas. dengan perbuatan kita di dunia ini, pastinya mereka akan ditanya oleh malaikat apakaah tugas mereka dalam mendidik kita. kita memang kurang ajar. aku takut dengan amalanku ya Allah.



aku sedar kdg2 aku alpa dalam hidup ini, kdg2 aku takut dengan hidup ini, dan kdg2 terasa jika maut menjemputku aku sungguh takut ya Allah, bagaimanakah mataku, tanganku, kakiku, kulitku dan lidahku yang akan menjadi saksi kelak. kita tidak boleh lari dari semua itu. segalanya akan terbongkar di hadapan orang ramai apakah kita lakukan di dunia. di manakah kita meletakkan hati kita. sunguh takut dan kerdilnya rasa diri ini. mengimbau kembali amalan ini, yang manakah amalan kita yang akan diterima sebenarnya. tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz. suatu hari, di masjid telah datang seorang pemuda untuk bertemu dengan imam ahmad, kemudian beliau datang awal dan melihat sesorang sedang menghampar sejadah. dalam hatinya amat teringin untuk berjumpa dengan imam ahmad, kemudian, orang yang menghampar sejadah itu mengimamkan solat dan kemudian menyampaikan kuliah. kemudian baru pemuda itu perasan bahawa orang itu ialah imam ahmad, kemudian, beliau bertanya pada imam ahmad, mengapakah kau menghampar sejadah sedangkan lebih ramai yang mampu melakukan sedemikian? imam ahmad menjawab, "aku tidak pasti yang manakah amalanku yang diterima, mungkinkah amalan yang menghampar sejadah ini diterima oleh Allah dan kuliah yang aku sampaikan selama ini mungkin tidak diterima"....



bagaimana jika hendak dibandingkan dengan diri kita.. Imam Ahmad, subhanallah, penulisannya bertahan sampai sekarang, kuliah dia dan kitab dia amat berjasa pada islam namun masih takut dengan amalannya. kita, manusia zaman moden, melihat pada hidup kita, pergaulan kita, perbuatan kita adakah mampu menyaingi amalan mereka yang hebat zaman dahulu. ingatlah, keredhaan sesuatu amalan yang kita lakukan terletak pada Allah, dan hanya Allah mampu memberikan keredhaan berdasarkan keikhlasan hati kita dalam sesuatu amalan.. ayuh sahabat, ikhlaskanlah hati ini untuk melakukan setiap amalan dan perbayakkanlah amalan yang mana mampu dan boleh agar masih diberi ruang yang cukup untuk mencari redha Allah dan syurga Allah yang indah..

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

salam ukhuwah dan selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...