Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, December 25, 2011

Kelapangan pemisah hati.

“Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebayakan mereka adalah orang-orang musyrik.” -Al-Rum ayat 42-


Salam ukhuwah.. apa khabar iman dan jasad sahabat.. moga-moga hati-hati masih bersama keharuman iman yang mekar dalam persinggahan ini. Alhamdulillah, tanpa tidak disangka hati ini masih istiqamah pada bingkisan hati pada ruangan blog ini.. dirasakan bagaikan sudah sampai 3 tahun diri ini berkelana dengan blog ini bermula tapak ketika di sekolah menengah.. masih ada kuasa-kuasa ciptaan Allah pada diri ini untuk terus menjadi pengembara dan peneroka dalam hidup ini. Cukup banyak diri ini belajar, apakah itu hidup seorang manusia, setiap reality dan menjadi satu benda yang kukuh untuk mencari sesuatu membetulkannya. Malah, sebenarnya menjadi seorang pengembara di muka bumi Allah ini cukup indah jika kita benar-benar ikhlaskan hati kita untuk melihat sendiri kebesaran Allah.. subhanallah..ayuh menjadi hamba Allah.. kali ini sebuah coretan mengenai nikmat kelapangan..




Kelapangan adalah suatu saat di mana kita mempunyai satu ruang untuk melakukan sesuatu tanpa ada suatu paksaan. Lebih sesusai kebebasan sesuatu la kiranya.. x kiralah kelapangan masa ke, harta ke atau nikmat sesuatu.. hati ini cukup ingin membicarakan mengenai kelapangan ini kerana sejujurnya kelapangan itu membawa suatu bahaya dalam hidup ini kerana cukup senang bicara syaitan supaya kita lalai.. dalam hadis nabi riwayat al-Bukhari, “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya iaitu sihat dan kelapangan.”

Terus ke hati hadis itu, dalam pengembara hidup ini, ingin sekali mengajak sahabat pembaca untuk melihat kembali diri kita sebelum ini agar menjadi satu wadah terbaik dalam usaha menjadi hamba Allah terbaik. Di saat kita diberi nikmat sihat dan kelapangan masa, agaknya apa sebenarnya kita lakukan.. adaka setiap saat yang kita miliki itu kita isinya dengan sesuatu yang bermanfaat, sepatutnya ataupun sebaliknya?.. diri ini akui, sebenarnya diri ini juga sering terleka..Astagfirullah, ampunkanlah dosa-dosa kami dalam diri kami mendidik diri.. kadang kala hati kita terdetik, “nantilah dulu, buat benda tu, nak enjoy dulu.” “waktu solat panjang lagi, nak habiskan dulu.” Alaa, sekali skala enjoy, biarlah all out betul2, benda itu boleh kemudian.” Antara kealpaan pada hati kita bukan… memang benar hati ingin melepaskan segalanya bila ada kelapangan namun biarlah sepatutnya.. ingatlah kita sendirilah yang mencorakkan amalan yang kita isi dan inilah hanya menjadi penentu tatkala kita dibicarakan.. sesungguhnya dunia itu hanya satu tipu daya yang dibawa segalanya keindahan di mata sahaja namun hakikatnya penuh kesengsaraan kelak. Sesuatu yang indah sebernarnya pabila kita lihat sesuatu dengan mata hati dan nampak tidak disukai oleh manusia.. seperti dalam satu hadis nabi, riwayat Muslim, daripada abu hurairah, sabda nabi Muhammad, “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentang dengan syahwat.”

Para sahabat, jika benar kita ingin tetapkan hati kita teguh pada jalan yang betul, didiklah dia agar sentiasa tunduk dan patuh pada perintah Allah agar kita mampu mendapat keredhaan Allah. Dan sesungguhnya Allah sangat suka pada hambaNya yang ingin dekat dengan Allah. Sabda nabi “Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya dari dunia (tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (umpama sakit yang bahaya terkena air)”. Hadis riwayat al-Tirmizi. Dengan hati yang tenag dan dekat maka Allah, insyaAllah kita mampu mencorakkan amalan untuk mengisi masa kita sebaiknya..

Masa yang kosong cukup takut sebenarnya. Lebih suka masa yang penuh dan pack kerana sudah tentu masa kita sudah diisi dengan sesuatu mengikut perancangan. Sebab itu diri ini suka terlibat dengan program-program kerana ia sesuatu yang bermanfaat jika difikirkan. Kata ummi, ibunda tercinta. Xpe kita busy pun kerana busy itu mengajar kita menghargai masa. Jika kita sedar masa yang berlalu, pasti setiap saat yang berlalu kita lalui dengan serius. Contohnya, membaca buku dengan serius sehinggalah kita mampu mencapai apa yang kita nak. Pernah jugak mengkaji para cendekiawan yang hebat. Jika dilihatkan masa mereka pack dengan pelbagai aktiviti namun masih mampu mencorakkan sesuatu yang hebat. Itulah ajaibnya islam. Jika kita merencana waktu kita sepatutnya maka dengan sendirinya dia mengajar cara untuk Berjaya dengan bijaksana dan bukannya bersungguh-sungguh semata-mata… Allah.. tetapkanlah hati kami pada jalanMu ya Allah..

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara;muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati.” –Riwayat al-Hakim-




Sekadar bingkisan masa cuti.. agak kecewa sedikit masa cuti ada jugak kadang kala ada masa yang tidak tahu untuk diisi.. agar mampu menjadi pengajaran buat diri yang alpa dan sehabat pembaca sekalian….

Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibu bapaku, dan semua orang yang beriman pada hari berlakunya hisab (perhitungan amal).

Salam ukhuwah…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...