Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, January 2, 2012

Permudahkanlah urusan...

Salam ukhuwah sahabat.. apa khabar iman dan jasad? moga-moga sentiasa di bawah keredhaan Allah.. Alhamdulillah, syukur pada Allah masih diberi kesempatan dalam ruang hidup ini.. insyaAllah coretan kali ini coretan rasa seorang insan yang kerdil mengenai sebuah kehidupan.. Permudahkanlah urusan kami ya Allah..



mendaftar di kolej ini dengan satu tugas yang berat di bahu. harapan ibu-bapa, adik-adik, abang, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat sentiasa di sisi dalam perjalanan kali ini. sem terakhir sebagai seorang pelajar A-Level sememangnya dilihat bahagia di mata kerana akhirnya semakin dekat untuk mempelajari subjek dekat namun hakikat di hati dan diri cukup kuat dan takut dirasai. mungkin kerana diri ini masih kurang kekuatan itu. kekuatan yang aku miliki dahulu dalam mencari-cari peluang dan keupayahan diri.. ya Allah aku perlukan kekuatan itu.

sem kali ini mengajar aku untuk bersedia beberapa ujian yang getir. bermula dengan IELTS yang terpaksa reseat balik, then trial A-level, dan final A-level. tengok jadual pun nampaknya perlu diisi sebaiknya dengan beberapa perkara dan aktiviti yang perlu ditekankan. permudahkanlah segala urusan kami ya Allah. sesungguhnya kita melihat sesuatu itu susah kerana minda kita yang senang dikawal oleh nafsu memikirkan betapa susahnya sesuatu perkara itu namun jika lihat pada mata dan keupayaan diri sebenarnya ruang yang terbuka luas untuk kita mencarinya. maka, peringatan buat diri yang lupa dan para sahabat didiklah nafsu dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan supaya setiap titik yang dilakukan seiring dengan apa yang sepatutnya dilakukan. ya Allah pegangkanlah hati kami agar kami berada di landasanMu.

coretan kali ini ingin berkongsi dengan para sahabat mengenai satu kisah yang memberi satu pencetus dalam semangat diri. semasa cuti lepas, Alhamdulillah diberi peluang untuk membaca beberapa buku. bukankah a "leader is a reader". antara buku menarik termasuklah secangkir teh pengubat letih nukilan ustaz hasrizal, yang membincangkan pengembaraan beliau di turki, bagaimana rakyat di sana dan keadaan di sana dengan survival islam yang cukup hebat, sejarah turki yang menjada pusat kekuatan islam yang dikenanag, perubahan pada turki, tanggapan orang pada negara itu dan keadaan politik di sana. amat sesuai untuk dibaca kerana kita dapat mendalami apakah persamaan turki dan malaysia. tapi kisah ini bukan dari buku itu namun kisah dari buku aku dan ikhwannur muslimun. perjalanan seorang penegak agama Allah yang jitu, seorang ulama' dan dai'e yang hebat, professor dr. yusuf al-qardawi. dari kecil cukup besar rasa cintanya pada sebuah kehidupan yang meletakkan Allah sebagai tuhannya, Rasulullah ialah rasulnya, islam adalah agamanya dan jihad adalah jalanya sehinggakan kedewasaannya dimatangkan dengan pelbagai dengan pengalaman yang dengan sendirinya mengukuhkan jati diri dia. zaman pembelajaran sekolah cukup berliku, ditangkap kerana mempertahankan kebenaran sehinggakan menjelang peperiksaan beliau ditangkap dan tidak sempat mengambil peperiksaan. hanya pintu menantikan sesorang yang datang dengan harapan memberinya kertas soalan dinantikannya. cukup hebat jiwa pencari ilmu yang sejati. pernah suatu ketika malam sebelum peperiksaan beliau ditangkap dan dibebasskan esoknya beberapa minit sebelum menduduki exam. namun jika hati ikhlas dalam sesuatu perjuangan sama ada berjuangnya kita dalam akademik mahupun sosial, kita mampu mencari penyelesaiaan di sebalik itu. ini terbukti apabila professor dr yusuf menjadi pelajar terbaik seluruh mesir. seperti firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu". Subhanallah..

hati terasa sungguh hiba tatkala membaca setiap penyeksaan yang dialami oleh beliau dan sahabat beliau namun menjadi kagum dalam usaha beliau menuntut ilmu. sedikit motivasi dalam mengharungi sem yang penuh cabaran ini. seorang pelajar muslim hendaklah ada satu perancangan yang terbaik di sisinya. dalam mencari kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. jadikanlah sejarah itu sebagai sau wadah untuk kia mengambil pengajaran agar kia sentiasa muhasabah dimanakah landasan yang kita jejaki. moga-moga apa yang kita lalui sekarang ini dipermudahkanlah Allah. bukan sahaja-sahaja Allah meletakkan kita dalam bidang tertentu atau dalam sesuatu perkara melainkan ada sesuatu di sebaliknya. bukan sahaja-sahaja Allah merencanakan sesuatu yang mungkin dilihat suatu yang musibah bagi kita namun disebaliknya ada hikmah yang besar tersembunyi kelak. Allah itu sebaik perancang. berusahalah yang terbaik untuk dapat yang terbaik dan tawakallah pada sesuatu. jika tidak capai apa yang diinginkan maka carilah hikmah didalamnya kerana disebaliknya ada satu jalan yang baru yang lebih sesuai untuk diri kita. ya Allah permudahkanlah laluan-laluan kami..



Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. (QS. al-Ankabut: 2-3)


motivation words kali ini. "procrastination is the thief of the time"

salam ukhuwah dan selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...