Islamic Widget

pengikut peneroka

Thursday, December 15, 2011

Warna-warni kehidupan 2 : Ujian itu tarbiyah Allah

Salam sahabat… bagaimana iman dan jasad kalian.. moga-moga khair selalu yea.. hati ini pun makin takut dengan setiap detik berlalu, takutnya saat-saat yang kita isi itu adalah sesuatu yang sepatutnya ataupun tidak. Paling ditakuti apa yang kita lakukan itu berada bersama kebenciaan Allah.. Nauzubillah.. Allah, jagalah hati-hati kami ini moga kami tahu hala tuju kami.. Alhamdulillah diberi masa menjenguk blog buat sementara.. kali ini hati peneroka masih meneroka kehidupan.. wah, indah sungguh hidup ini disebalik warnanya.. kali ini.. jom kita lihat situasi kedua pulak.. sambungan post sebelum ini..

Kedua: kisah silamku, sentiasa menjadi motivasi diri.. sungguh x terdaya badan ini.. bintik2 merah satu badan.. hanya yang mampu tidur bersama kepala yang amat pening.. satu minggu di atas katil hanya ditemani rasa ingin rehat.. kawan-kawan tiada disebelah seperti biasa kerana di asrama aku dikuarantin.. terpaksa menahan sedikit derita kerana PMR sedang berlangsung… minggu ini PMR, 2 minggu aku tidak mampu untuk membuka buku dalam keadaan yang amat lemah.. dan semakin sedih saat ingin bersedia PMR, aku disahkan demam campak beberapa hari sebelum PMR.. dipapah sahabat ke bilik exam, hanya doa dan harapan ibu-bapa di mindaku.. Allah, bantulah hambaMu, biarlah aku buat yang terbaik.. rasakan hanya beberapa A je mampu dapat mungkin 4 atau 5 dah bersyukur.. sepanjang PMR aku sendirian, tiada sahabat di sebelah.. hanya seorang penjaga exam.. badan yang lemah asyik saja ingin rebah.. tabahkan sedikit tenaga untuk menyiapkan dan hampir kesemua kertas aku siap lebih awal kerana x larat.. jawapan yang hadir dalam otak terus ditulis.. tawakal kepada Allah dan pastinya Allah uji ada hikmahnya… saat keputusan PMR keluar, aku menelefon dari rumah.. sekolah jauh di perak dan kampung di Kelantan… air mata keluar tanpa diminta.. begitu juga ibu bapaku.. 8A!!!.. Allah…



Situasi kedua, terasa ingin berkongsi seuatu pada kalian. Suka kali mengimbaunya disebabkan rasanya ada keajaiban di situ..Umat islam itu kan ajaib.. Allah.. ujian Allah pada hambaNya bukanlah untuk memberi bebanan yang tidak ditanggung namun sebagai penawar hati jika kita agak lalai dengan urusan dunia.. itulah diriku dahulu.. selalu sahaja takut, maklumlah masih kecil dan hati tidak kuat.. sewaktu diuji sebegitu, “teruklah aku kali ini, habislah.” Itu yang pertama terlintas bukan.. rasa takut dan gerun bila sesuatu keduniaan tidak tercapai.. hanyakan keduniaan kita rasa hilang punca segalanya..adakah kita terfikir, saat kita lewat solat jemaah subuh, asyik leka dengan aktiviti sampai terlupa panggilah Ilahi.. adakah saat-saat ini kita kata habislah aku, teruklah aku.. padahal yang ini lebih teruk, kita bersalah pada Allah.. sepatutnya takut dan gerun itu lebih hebat.. disebabkan penyakit inilah aku tersedar, Alhamdulillah.. dan pabila hati yakin akan bantuan Allah, hati melangkah mengharungi ujian dengan rasa yang tenang, malah menjawab bagaikan begitu lancer jawapan.. ajaibnya bantuan Allah..bantuan Allah itu datang daripada sudut yang tidak dijangka.. ingatlah sahabat, Allah menguji seseorang itu bukanlah itu memberi kepayahan malah kemudahan akhirnya.. di sinilah aku mengerti keagungan rasa patuh dan tunduk akan sesuatu.. peganglah pada hati yang percaya akan hikmat sesuatu kerana itlah yang menjadikan kita lebih baik.. ujian itu tarbiyah untuk diri kita.. menguji sejauh manakah iman dan kesabaran kita.. jika ditakdirkan sesuatu, terimalah seadanya kerana ia melibatkan usaha kita selama ini dan Allah tahu yang terbaik untuk kita.. Allahu Allah..



"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak deen Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka gembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
-Al-Ankabut, ayat 69-

Coretan ringkas sebuah kehidupan.. sememangnya hidup itu penuh warna-warni.. cukup indah.. (^_^) situasi ketiga post yang lain... (^_^).

salam ukhuwah dan selamat membaca..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...