Islamic Widget

pengikut peneroka

Saturday, March 10, 2012

Akan ada yang terbaik.

Salam ukhuwah fillah sahabat.. Alhamdulillah, dah lama x update akhirnya ada masa untuk meneruskan jalan lama.. kebelakangan ini agak sibuk dengan persediaan diri.. dan syukur Allah masih tidak memalingkan hati ini dari terus menyampaikan sesuatu melalui blog ini.. kali ini ingin dikongsi suatu cetusan perasaan, dan di sebalik cetusan tersebut subhanallah Allah merencana. 2 hari kebelakangan ini, terdetik di hai untuk melihat blog2 sahabat yang hebat dalam dakwah.. subhanallah, hebat kalian bergerak. moga Allah redha dan diri ini amat kerdil jika nak dibandingkan dengan mereka. dengan harapan hanya sekadar tazkirah yang lebih kepada memberikan pengajaran pada diri dan menyuburkan walaupun sedkit pada sekeliling..

Hati yang diuji.
minggu lepas, sedikit demi sedikit hati ini diuji.. diuji dengan perasaan kehilangan, diuji dengan keresahan, diuji dengan rasa lemah diri yang menguasai diri dan sebagainya. dan suatu ketika sehinggakan cukup sukar diri ini untuk kembali tersenyum seperi biasa dan alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mengatasinya. Sahabat saya baru pergi ke rahmatullah, seorang sahabat yang sama2 dalam medan pengajian di perak dahulu cukup cepat berlalu pergi. hati tersentak, sebenarnya kita amat dekat dengan mati. kemudian mendengar berita kawan ayah yang masuk ICU, masih muda dan hati kembali tersentak. Andai kita dijemput, bersediakah kita. entah kenapa diri ini cukup dekat dengan mati. saban hari termenung sepi melihat betapa lemahnya diri. kemudian, diri ini diuji dengan keputusan-keputusan akademik.. ia cukup menghentam semangat dalam medan ini. Alhamdulillah, diberi insan2 yang cukup kuat di sekeliling dalam terus menyokong diri dalam bertatih dalam medan ini.. ya Allah, kuatkanlah hati kami.. permudahkanlah perjalanan kami...




Hakikat sebuah perjuangan dibuai dengan ujian.
perjuangan itu satu medan yang bukannya seperti berada di atas tilam empuk hotel 5 star, namun satu perjalanan seorang hamba dalam mencari redha Allah, dihidangi dengan pelbagai duri2 dalam perjalanan itu namun hakikatnya PERJUANGAN ITU INDAH. perjuangan itu tidak lari dari ujian.. contoh terbaik dan sering dengar ialah kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat yang cukup kental di medan perjuangan.. namun, ayuh kita selongkar suatu kisah yang cukup terkesan.. siapa pernah mendengar kisah salman al-farisi.. salman al-farisi merupakan seorang yang amat teringin untuk berjumpa rasulullah sehinggakan dia diuji dengan pelbagai cubaan. pertamanya, beliau berusaha untuk berjumpa dengan rasulullah dan meiminta pada sekumpulan saudagar dan diberi upah pada mereka untuk bersama mereka ke madinah. namun, akhirnya beliau ditipu dan dijual sebagai hamba. beliau menjadi hamba dari seorang tuan dan tuan yang lain. suatu ketika ketika beliau menaiki pohon kurma, beliau mendengar perbualan seseorang dengan tuannya berkata nabi muhammad telah sampai di tempatnya, dan beliau terus turun dari pokok kurma itu. disebabkan itu beliau dipukul oleh tuannya. dipendekkan cerita beliau akhirnya dapat bertemu rasulullah malah antara pelontar idea yang hebat dalam kemenangan islam dalam perang khandak.. cuba kita lihat dan letakkan diri kita pada tempat salman al-farisi, saat kita ditipu dan dijual sebagai seorang hamba, pastinya kita akan rasa; habislah aku, inilah penghujungku, namun perancangan Allah itu cukup cantik.. menangguhkan sesuatu permintaan untuk memberikan satu permintaan yang lebih baik kelak..

"Adakah kamu menyangka kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal kamu belum mengalami ujian dan cubaan seperti yang pernah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu (al-Baqarah:214)

Perancangan Allah itu terbaik.
ingin dikongsi kata-kata ummi, "kita hanya bergerak di dunia ini, dan bukannya peramal masa hadapan. kadang kala penggerak akan berhenti kerana ada halangan di hadapan tapi masaa hadapan tetap tunggu di penghujungnya. teruskanlah bergerak biarpun jalannya berbeza sediki dari yang asal kerana akhirnya tetap sama". Kadang kala pabila diuji dengan sesuatu dan perkara itu menyebabkan impian kita dalam masaa terdekat terjejas, pasti kita akan rasa down. namun, cuba letak tangan di iman anda, apakah matlamat anda, jadi teruskanlah bergerak untuk matlamat itu. bukan sengaja Allah memberikan ujian itu pada seseorang melainkan ada hikmah yang terbaik di sebalik ujian itu.. mungkin kita diberi halangan untuk sesuatu untuk mengelakkan sesuatu yang buruk apabila kita mendapatkannya atau mungkin sesuatu yang lebih baik menunggu.. insyaAllah janji Allah itu pasti.. teruskanlah bergerak..

Rasulullah s.a.w bersabda. "Sangat mengagumkan keadaan seoraang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin. jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan apabila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya". (riwayat muslim)

Kembali kepada Allah.
biarpun diri ini cukup akif dalam menyuburkan hati-hati muda di sekeliling dengan program motivasi, ceramah dan tazkirah, namun sebenarnya ia masih ampuh. mungkin diri ini masih lemah dan perlu dibina kembali. untuk sahabat, jika ingin mengembalikan ketenangan pada diri, kembalilah pada Allah. "Hanya kepada Allah kesusahan dan keresaahan ini aku adukan." (Yusuf:86). jika benar air mata ingin menangis , benarkanlah ia mengalir kerana itu fitrah. carilah ketenangan di sebalik solat malam kerana itulah saat di mana kita kembali pada Allah, mencari sakinah sebenar.. Ayuh, sama-sama kita berusaha dengan usaha-usaha yang sepenuhnya agar mampu kita bertawakal dengan rasa kehambaan sepatutnya. setiap rasa usaha itu, Allah melihatnya.. moga-moga kita terus kuat.. sebesar mana pun masalah kita pasti akan ada jalan keluar dan Allah akan menggantikan musibah itu dengan rahmat-Nya. kita cuba yang terbaik namun perancangan Allah itu sebaiknya.. Allahu Allah..

"Sabarlah seperi matahari yang mana naiknya perlahan-lahan namun akhirnya sampai jua di langit tinggi, dan turunnya juga perlahan-lahan sehingga bulan menggantikannya"




Doakan kami.
sejujurnya hati ini masih belum kuat. doakan agar terus diberi kekuatan. di sini ingin memohon jasa pembaca untuk mendoakan kami dalam menghadapi a-level nanti. agar mampu kami menjadi seseorang yang berjaya dan muslimin yang mampu mengorak langkah dalam memperjuangkan islam dan menyinarkan syiar ad-Din.. coretan kali ini hanya sekadar rasa moivasi diri dan moga-moga pembaca mendapat sesuatu. maaf jika ada kesalahan.. selamat membaca..

2 comments:

  1. "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." [3:200]
    Bersabar dalam medan jihad ilmu juga , insyaAllah akhi ^_^

    ReplyDelete
  2. insyaallah affan, innallahuma'na :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...