Islamic Widget

pengikut peneroka

Friday, January 27, 2012

Meniti jalan ini.

salam ukhuwah para sahabat.. rasanya lama tersepi dalam blog ini.. ada perkara lain perlu diutamakan.. apa khabar iman dan jasad.. moga-moga khair hendaknya. insyaAllah kali ini ingin meninggalkan sedikit bingkisan rasa dan hati dalam usaha diri ini sentiasa muhasabah dalam perjalanan hidup ini. moga-moga mampu dikongsikan bersama sahabat.. meniti jalan ini.. adakah sebenarnya jalan yang kita tempuhi ini betul dan benar? ayuh melihat kembali jalan ini.. sebuah titian seorang hamba yang khaliq dalam mencari redha ilahi..



bagaimana yea saat kita lahir, adakah menangis, atau lahir-lahir terus ketawa. kita tidak tahu bukan, kerana di saat itu kita masih terlalu kecil dan minda kita belum mampu mengingatkan sesuatu untuk jangka masa lama. apa yang kita tahu adalah daripada pemerhatiaan terhadap kelahiran orang lain mahupun dari kajian. saat lahirnya bayi pasti menangis. semua bayi comel2 belaka. namun, perlu diingat saat ini jugaklah sebenarnya kita telah mendaftar sebagai hamba, khalifah, pedagang, peneroka di bumi ini. dan di sinilah kita akan melalui satu jalan yang pada asalnya lurus tapi kemudian akan ada simpang2 yang mengkaburkan tujuan asal. sehinggakan kadang2 kita lupa dan tersilap simpangan jalan kerana keenakan rasa nikmat hiburan duniawi, ego dan sombongnya kita pada ilahi dan rasa tinggi diri dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. sesungguhnya banyak kali kia diajar dan membaca, ayuh sahabt, sedarlah, dunia itu hanya pertumpangan, sebuah perjalanan dalam menuju pengakhiran di sana kelak. kali ini coretan rasa ingin berkongsi satu ilmu yang diambil dari majalah gen-q isu no.6.. makna hidup yang bermakna dari zarita hj kasim..

makna hidup dalam quran ada 5..
1. hidup adalah ibadah.
Dan Aku tidak menciptkan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku (Q.S. Aż-Żāriyāt : 56)

2. hidup adalah ujian.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah : 155)

3. kehidupan di akhirat lebih baik dari kehidupan di dunia.
Dan sesungguhnya kesudahan(akhirat) keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya(dunia). (Ad-Dhuha : 4)

4. hidup adalah sementara.
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan(buat sementara waktu) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (Al-Mukmin : 39)

moga-moga.. sahaba sekalian ayuh sama-sama koreksi diri apakah sebenarnya hidup ini. apakah tujuan dia dan sejauh manakah kita melaksanakan apa yang ditunut. sesungguhnya diri ini masih lemah untuk mengajak para sahabat sekalian kerana dri ini pun masih bayak kekurangan. moga, Allah tiupkan rasa kehambaan dalam diri kita. sekadar bingkisan rasa hati yang lemah..



Ya Allah, kau pegangkanlah hati-hati kami ini untuk sentiasa berada dijalanMu, jalan RedhaMu, dan jalan menuju rahmatMu. Kau tunjukkanlah kami jalan menuju perjalanan yang sepatutnya agar kami mampu berada dalam keadaan yang sepatutnya. ya Allah, janganlah Engkau palingkan kami daripada hidayatMu sesudah Engkau memberikan kami rasa kehambaan kepadaMu. kerana sesungguhnya kami hamba yang lemah lagi hina ya Allah... Allahumma Yassir Wala Tuassir.


p/s : InsyaAllah diri ini akan membimbing hati-hati adik-adik darjah 6 esok di sebuah sekolah sepanjang hari. Moga dipermudahkan dan mohon doa kalian, agar mampu menyampaikan terbaik dan diberikan hembusan hidayat dan nikmat kepada adik2 itu nanti dan tersedar erti kehidupan sebenar.. program sakinah dunia dan akhirat.. Allahuakbar... (^_^)..

salam ukhuwah dan selamat membaca..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...