Islamic Widget

pengikut peneroka

Thursday, March 29, 2012

Antara pilihan penat dan kesenangan.

Salam ukhuwah fillah sahabat pembaca. Alhamdulillah, masih diberi kesempaan diri ini untuk terus berada pada jalan ini. sebuah medan penulisan moga-moga mampu dijadikan muhasabah hidup bersama.. kadang2 rasa sangat takut pada diri, kerana masih banyak karat2 yang masih ada, namun harapan dari jiwa hamba yang hina ini adalah agar yang baik itu diteruskan dan yang buruk itu jom sama-sama kita tinggalkan. kali ini ingin berkongsi rasa sebuah perjuangan antara pilihan, kepenatan dan kesenangan...

Monolog hati.

Sebiru hari ini, Alhamdulillah cukup tenang rasa hati masih diberi nikmat yang cukup luas untuk menikmati pagi-pagi indah melihat kebesaran Ilahi. Selepas Dhuha, terasa nyawan di jiwa dan semangat dalam mencari ilmu berkobar. lalu aku singgahkan badanku di sebuah pondok dengan udara yang nyaman. kemudian, sebuah kenderaan yang tidak asing pagi-pagi ini datang yang menarik perhatianku dengan baunya dan manusia di dalamnya. hati aku beralih pada badan-badan yang bergerak dalam kenderaan itu, mengambil secebis sampah dari satu bekas ke bekas yang lain. senyuman dilemparkan dengan penuh ikhlas. rasa hatiku apa pandangan masyrakat pada mereka. pada si 'pemungut sampah'. hatiku terpukul. indahnya kerja mereka. biarpun kerja mereka dilihat sebagai kotor, namun ikhlasnya hati mereka dalam melaksanakan ugas demi alam.. kerana mereka sedar matlamat dan tujuan perjuangan mereka jelas demi alam malah hati mereka ikhlas dalam melaksanakan.. moga Allah redha hati-hati itu..

Realiti Sebuah Perjuangan..

Perjuangan satu perkataan yang besar maknanya dalam hidup, sebuah rasa hati yang menyebabkan kita terus bergerak, menjelaskan matlamat kita bernafas, mengisi masa seorang pengembara dunia, menongkah kebangkitan dalam sinarnya cahaya dan memahat sebuah kejayaan atas dasar yang satu. memang kita tidak lari dari sebuah perjuangan. setiap saat pasti ada yang memanggil. berjuang untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik, berjuang dalam melaksanakan sesuatu aktiviti, berjuang demi melaksanakan tugas pada memberi dan berjuang ikhlas pada jalan Allah. tidakkah kita terfikir perjuangan itu merupakan satu fitrah Allah dalam kehidupan.. perjuangan dan hidup seseorang itu saling melengkapi.. teruskan berjuang..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang idak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakika yang sebenarnya)." (Surah As-Saff : 10-11)

Sebuah Perjuangan

Medan ini, ana bertapak dengan penuh gah dengan misi pada asalnya hanya ingin pelajar dalam akademik. kemudian, hati tersentak dengan pukulan-pukulan kuat seruan dalam berdakwah. perjuangan dalam akademik masih penting kerana jika tidak mahu dilabelkan sebagai pendakwah tapi akhlak dan pencapaian kita teruk. takut-takut menjadi fitnah pada kehebatan islam. moga-moga segalanya seiring. kemudian cukup jelas dengan frasa "menyuburkan jiwa-jiwa dan menghijaukan suasana di sekeliling". realiti dunia kini, masih ramai manusia yang mencari-cari hala tuju tapi mereka yang sedar hanya masing-masing mengharapkan diri orang lain tanpa rasa ingin menyampaikan. maka, di situlah dunia memerlukan kita. perjuangan ini amat jelas matlamatnya. setiap bibik kata, langkah, rasa hati, telinga yang mendengar, mata yang melihat serta niat yang menggerakkan hanya satu demi Allah. perjuangan ini satu wadah pada diri untuk bergerak demi kebangkitan islam. memang pasti islam akan bangkit dan perjuangan ini tidak rela sekadar memerhati namun ingin menjadi sebahagian kebangkitan itu. itulah medan dakwah dalam sama-sama menyuburkan jiwa-jiwa yang alpa agar segalanya mampu terang dalam kebangkitan.. oh perjuangan, sentiasa di sisi..



Penat dan Kesenangan.
Duhai sahabat dan pejuang, pastinya hakikat perjuangan akan rasa penat dan lelah. sabarlah wahai jiwa-jiwa penggerak, di dunia pasti kita akan rasa segalanya keperitan itu keran tugas memberi pada manusia bukannya seperti memberi makan pada ayam dikandang, tetapi memberi makan kepada ayam kampung yang culas. hendak diberi makan perlu berkejaran, mencari dan sebagainya. teguhkan iman dan langkahmu dalam perjuangan, ikhlaskan hatimu dalam bergerak, sucikan aqidahmu dengan cahaya kehambaan dan tiupkan semangatmu dengan api kebangkitan kejayaan islam. bukankah syurga itu indah? tersangat indah bukan. maka, sabarlah buat seketikadi dunia ini agar mampu kamu berehat sepenuhhnya di syurga kelak. agar mampu kamu ke sana dengan senyuman kepuasan. benda indah itu pasti ada perkara perlu dilakukan. benarlah pepatah ini "mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah". biarkan diri merasakan kepenatan sekarang, moga-moga dengan rahmat Allah diberi kesenangan. moga Allah melihati setiap titisan yang mengalir dalam perjuangan ini.

Refleksi Perjuangan.

Ramai orang kata, takde masa la nak berdakwah demi islam, aku nak study la, dan pelbagai lagi alasan. cuba anda imbas perjalanan kehidupan anda seharian, hitungkan perkara lagha yang anda laksanakan. bukankah sebenarnya banyak masa yang kosong. cuma hati kita yang degil dan badan menjadi kaku untuk melaksanakan. masa itu sentiasa untuk mereka yang menghargai masa. masa untuk berdakwah itu sentiasa lapang. cumanya hati kita yang keras untuk melaksanakan. seorang pejuang yang hebat adalah mereka pandai mengisi masa. lihat bagaimana contoh terbaik yang ditunjukkan oleh rasulullah. walaupun sibuk dalam pengurusan negara islam, perang, dan pelbagai urusan namun masih ada masa baginda untuk keluarga dan Allah. kerana apa, setiap detik yang berlalu itu hati yakin masa itu berkualiti untuk menjadi saksi di sana kelak. kita semua mampu menjadi pejuang. cumanya yang menjadi pemisah antar sekadar tahu atau beserta mahu, antara inginkan kepenatan dunia dan kesenangan akhirat atau kesenangan dunia dan kepenatan akhirat, dan antara hati ingin bergerak dalam perjuangan kebangkitan aaupun sekadar memberi.. sekadar corean untuk memotivasikan diri pada arena ini moga sahabat pembaca dapat sesuatu.. wallahu'alam.. (^_^)

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali meraka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. " (Surah Al-'Asr : 1-3)



p/s:syukran jiddan kepada sahabat cuya yang berada di rusia kerana sudi menghiaskan design baru untuk blog ini. sangat menenangkan.. moga anda mendapat manfaat bersama..

1 comment:

  1. perjuangan kita masih panjang..
    masih ad jiwa2 yang harus di bela, masih ade hati yang perlu dituntun ke jalan yang benar.
    moga Allah nilai segala usaha kita di dunia dan di akhirat.

    p/s: sama2..kalau affan nak belajar cara2 nak tambh pape kat blog, cuba usha link ni http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/01/letak-button-like-untuk-blog.html
    mudah je.moga bermanfaat.:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...