Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, March 27, 2012

warkah buat sahabatku

sahabat,
walau beribu batu kita terpisah
tetap hati kita satu
kerana tautan hati
cinta Illahi mekar mewangi..
mengharum seisi dunia..
memayungi hati-hati kita

Masa berlalu pantas
membawa kita penuh kesibukkan
biar perih dirasakan
kuatkan langkah
maju kehadapan..
kerana muslim itu...
tidak mengira indahnya dunia
tapi hijaunya syurga akhirat
itu yang dicita citakan..

sahabatku..
andai kau lemah..
Allah itu ada..
Andai kau sedih..
yakinlah..
kesedihan itu cuma seketika
kerana pelangi indah itu
hadirnya selepas hujan.
maka..
teguhkanlah hatimu..
demi mencapai mardhotillah.

sahabat..
berjuanglah..
teruskan perjuanganmu..
kerana kau pemuda Islam
yang di rindui ummah ini..



Nukilan,
laGardenia
Volgograd, Russia
9.43pm

p/s: dinukilkan khas buat sahabat yang diingati selalu
moga Allah kuatkan hati kamu :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...