Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, March 18, 2012

Destinasi Hati.

Salam ukhuwah fillah abadan abada sahabat. apa khabar iman dan jasad. moga-moga sentiasa sihat hendaknya. segala kenikmatan fizikal digunakan sebaiknya. kerana sesungguhnya untunglah bagi mereka yang mensucikan dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya. Alhamdulillah masih diberi kesempitan untuk berada di ruangan sini mencuit sedikit masa dalam waktu rehatkan diri daripada buku akademik. sebenarnya badan agak lemah untuk membaca jadi gagahkan diri untuk menulis insyaAllah. moga diri cepat sembuh amin.. kali ini sebuah coretan rasa dari hati yang lemah. dimanakah hala tuju hati..



Tazkirah penyejuk hati dan jalan

Murabbi ana, menyampaikan satu tazkirah yang cukup terkesan pada hati dalam sesi qiamullail. mengapakah kita melihat syeikh, ulama, imam dan ustaz-ustaz mampu untuk tidur lambat kerana menulis sesuatu, buku ataupun ada perkara lain namun masih mampu istiqamah bangun awal pada sepertiga malam untuk kerjakan qiamulail dan sentiasa bertenaga dalam melaksanakan ibadah. tapi jika tanya kita, wah.. susah tu.. mesti ngantuk kan.. susah nak khusyuk tu.. kenapa mereka boleh kia x boleh.. padahal mereka juga manusia.. padahal fizikal mereka hampir sama dengan kita malah kita yang muda ini mungkin lebih bertenaga daripada mereka.. kenapa? mengapa? sebuah persoalan...

Hadirnya hati dalam tindakan.

ibadah itu memerlukan satu penumpuan yang mana hendaklah diletakkan segalanya dalam melaksanakan ibadah itu.. jawapan yang ringkas daripada murabbi ana berdasarkan seorang syeikh di tanah arab. syeikh ini mempunyai masjid khas yang dijaganya. syeikh ini terkenal dengan solat malamnya. orang kadang2 rasa pelik kerana malam berjaga menulis buku, namun masih ada tenaga untuk qiam. kemudian ada yang bertanya pada syeikh tu. jawab syeikh itu, " ketika tidur mungkin jasadku berehat sepenuhnya, namun hatiku masih ada dan bergerak". mereka menghadirkan hati yang ikhlas dalam setiap amalan. mereka menghadirkan rasa benar-benar ingin dalam setiap amalan agar hatinya sentiasa hidup untuk disuburkan. mereka melihat masa itu bukan penghalang namun kualiti masa yang dipenuhi itu matlamat mereka.. itulah erti ibadat dalam hidup mereka. hati mereka sentiasa hadir untuk dibuai dengan kenikmaan melakukan ibadat.. subhanallah, bimbing dan peganglah hati kami ke arahMu ya Allah.

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku (hanyalah) kerana Allah, Rab (Tuhan) sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya (bagi Allah), dan demikianlah aku diperintahkan. Dan aku adalah yang mula-mula Muslim (menyerah diri)."
(al-an'am:162 dan 163)

Keberkatan masa mereka.

jika dilihat insan2 yang begitu menjaga masanya. bukankah penat seharian bekerja, malam diisi menulis dan membaca dan bangun sepertiga malam malah waktu tidurnya sedikit. namun mereka masih gagah berdiri untuk keesokan harinya. itulah keberkatan pada masa yang diisi perkara sebaiknya. dahulu para sahabat Rasulullah bangun solat malam sepertiga malam dan ada di antara mereka yang membaca separuh al-quran. jika dilihat logik, sempatkah qiam sepertiga malam dengan membaca separuh al-quran. di siulah adanya keberkatan masa dari Allah untuk mereka. mereka melihat masa itu sebagai yang berharga untuk diisi dan melaksanakan tuntutan masa yang sepatutnya. rugilah bagi mereka yang tidak menilai menghargai masa. jika benar masa kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan demi islam. insyaAllah, keberkatan masa dalam setiap tindakan mahupun dirasakan susah dan singkat untuk dilaksanakan tapi ingatlah bantuan Allah datang dari sudut yang tidak dijangka..

Koreksi diri.

ayuh sahabat, sama-sama muhasabah diri, dimanakah destinasi hati kita dalam setiap tindakan. adakah hati kita ditempatkan di kawasan yang betul dengan syariat Allah, kerana sesungguhnya Allah melihat akan hati dan apa yang kita niatkan dan bukannya hasilnya. jika hati kita penuh dengan agenda maksiat dan keduniaan maka rugilah kita. ayuh perbetulakn setiap langkah kita.

"Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah jualah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nya (Allah) naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal yang salih mengangkatkannya. Dan orang yang merencanakan kejahatan, bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka akan hancur." (al-Fatir:10)


"Dengan tali Allah, mereka menyambung ikatan pegangan mereka. Dengan cahayaNya, mereka menyuluhi langkah mereka. Dengan kasihNya, hati-hati mereka dihidupkan. Dengan berzikir kepadaNya, lidah mereka dibasahkan. Dengan ketaatan, anggota-anggota mereka disibukkan. Maka mereka dengan Allah dan kerana Allah. Daripada Allah kepada Allah. Dengan Allah mereka berselindung, dan kerana Allah mereka berdiri. Daripada Allah sumber kekuatan mereka, dan kepada Allah mereka berjalan, atas cahaya kitabNya mereka bergerak dan diam. Mereka kasih kerana Allah, dan mereka benci kerana Allah. Mereka menyampai kerana Allah, mereka memutus kerana Allah. Mereka taat kerana Allah, dan mereka menegah kerana Allah. Mereka berdamai kerana Allah, dan mereka berperang kerana Allah. Maka, Allahlah tempat pertama dan kesudahannya."


-Generasi Rabbani dan Ikhlas-
(Pemuda Islam yang dijanjikan : Prof. Dr. Yusuf Qardawi)

p/s:buku yang sangat best. membicarakan ciri-ciri pemuda islam yang berjuang.. sape nak pinjam boleh bagitahu.. insyaAllah luas tangan menghulurkan..




Salam ukhuwah dan selamat membaca.. (^_^)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...