Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, April 15, 2012

Dada mereka dipenuhi cahaya.


Salam ukhuwah sahabat.. apa khabar iman dan jasad.. moga-moga subur dengan iman dan takwa. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk meneruskan diri dalam ruangan blog ini. insyaAllah kali ini ingin berkongsi dengan sahabat suatu memori pengelaman yang cukup indah.. "Dada mereka ada cahaya"..

Bertemu di Asahan..


Hujung minggu lepas, alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjadi pembantu fasilitator sekali lagi dalam iprokhas. program yang cukup menarik untuk pelajar muslim di kolej ana. sekali ana menjadi alis crew dan sebahagiaan kebahagiaan keluarga alis crew, ana cukup bersyukur dikurniakan nikmat ini. kali ini rasanya dah kali ke 7 kot ana menjadi pembantu iprokhas. dari asahan ke ampang pecah dan kembali ke asahan. cukup menarik. dan ini merupakan iprokhas terakhir ana sebelum menerjah ke medan final a level dalam kurang dari sebulan lagi. namun, iprokhas ini cukup memberi erti pada ana. sejujurnya setiap hari air mata ana ingin mengalir dalam sesi iprokhas kali ini kerana perasaan hinanya diri cukup kuat menguasai. setiap modul dan perkongsian dari ustaz malah dari peserta sendiri ana banyak belajar. dan mungkin rasa hiba bila terkenangkan medan itu tempat kami sebagai keluarga alis kuat untuk bergerak dalam dakwah dan teringat sahabaat2 dulu terutama dah fly. saat ketawa, sedih, penat dan bimbang bersama.. cuma ingin dikongsikan 2 perkara yang berguna yang mana perkara ini lahir ana rasakan dari hati yang ikhlas dan baik dan dari orang yang baik.. di mana ibu bapa dihatiku? dan al-hafiz, hebatkah?

Di mana ibu bapa dihatiku?

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya :” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa”. Hadith Riwayat al-Hakim

Fitrah kebanyakan ibu dan bapa, mesti akan menjadi terbaik untuk anaknya. biarpun mereka menderita namun mereka inginkan kebahagiaan untuk anak-anak mereka. pernah sekali ana berjumpa dengan seorang ibu yang sanggup basah nak tutup anak kecilnya daripada hujan yang lebat. hebatnya kasih ibu dan ayah. namun, cuba sahabat tanya pada diri anda sekalian. sebenarnya di mana mereka di hati kita. adakah sekadar untuk menyusahkan mereka? sekadar insan yang memberi duit?. perkongsian dari sahabat bagaimana sebenarnya ibu dan bapa sangat sayang pada anaknya cuma kita tidak sedar disebaliknya. cukup bersyukur kita masih diberi nikmat ibu bapa berbanding mereka yang tiada. dan saat kita diuji oleh Allah pastinya Allah tahu terbaik untuk hambanya. namun, hati kita batu untuk merendah diri.. sedarlah, betapa besarnya pengorbanan ibu bapa pada anaknya. letaakkan rasa kasih sayang pada mereka di tempat sebaiknya agar mampu kita memberi kebahagiaan pada mereka. cukuplah memberi kekecewaan pada mereka, sebarkaan bahagia untuk mereka...

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Al-isra':23)



Al-Hafiz, hebatkah?

Ini cukup terkesan di hati sehinggakan hai ini dipikul sehingga saat ini. dahulu, ana diajak oleh ummi ana untuk masuk sekolah tahfiz namun ana ingin ke sekolah asrama penuh kerana ingin merasai suasana di luar kelantan iaitu di perak sedangkan tawaran untuk menghafal al-quran berada di depan mata. namun kini ana sedar betapa ruginya ana. ana hanya menghafal juzu' 30 dan surah-surah pilihan sedangkan ramai sahabat2 ana yang dadanya dipenuhi cahaya kalam Allah. ana tunduk malu. kehidupan mereka disuluhi cahaya panduan al-quran yang paling dipercayai. iprokhas yang lepas, ada seorang hafizah cukup terkesan katanya. seorang hafiz itu mampu menyelamatkan mereka yang terdekat di akhirat kelak dan mampu memberi syafaat. subhanallah, sedangkan kita para sahabat amalan yang sedikit ini, dengan perbuatan kita, kehidupan kita, mampukah kita menyelamatkan ibu-bapa kita di akhirat kelak. sudahlah di dunia kita menyusahkan mereka dan mungkin di akhirat kita yang menjadi pembawa mereka ke neraka. betapa kurang ajarnya kita. impian di hati kerdil dan hina ana ini, jika diberi kesempatan ana ingin menjadi hafiz. bukannya nama kerana hafiz tidak dikenali seperti datuk atau doktor, bukannya sebab umur, kerana hafiz memerlukan pengorbanan sedikit masanya unuk fokus dalam hafalannya tetapi kerana cahaya yang mampu membawa oleh mereka yang al-quran berada dalam dadanya. agar mampu suatu hari nanti, ana mampu menyelamatkan ibu-bapa ana dari neraka dan itulah bantuan dan balasan terbaik untuk mereka.. insyaAllah.. Allahumma Yassir Wala tuassir... doakan ana yea para sahabat.
.

“Sesiapa membaca al-Quran lalu menghafalnya dan menghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.” (Hadith riwayat Tirmizi dan Ahmad)


Hati mahu atau jasad malas.

Pabila balik dari iprokhas, ana duduk sebelah dengan seorang fasilitator, ustaz A. Rahmat. berborak selama beberapa jam sebelum sampai ke shah alam. kata ustaz, sebenarnya jika kita ingin menjadi hafiz, atau melaksanakan islam sepenunhya senang sahaja, cuma kadang2 kita yang tidak melatih hati kita ke arah itu.. kita lebih bahagia mengikut jejak jasad yang malas padahal kita boleh mengikui jejak hati yang mahu.. runtuhkan dinding syaitan itu.. dinding penghalang untuk melakukan itu.. malah di jordan, kebayakan hafiz bukannya dari mereka yang belajar khusus sekolah hafiz seperti mereka, namun mereka mencari sendiri ilmu, guru, sheikh, dan pembimbing untuk menjadi hafiz. sebab itu ramai petani menjadi hafiz, doktor dan bidang lain malah kehidupan mereka berdasarkan bimbingan terbaik.. sekali lagi, bukan kita tidak mampu, namun kita melatih hati yang mahu mengikuti jasad yang tidak mahu.. jom ubah diri.. menjadi manusia yang terbaik.. Wallhu'alam.. sekadar coretan rasa dari hamba yang hina ini berdasarkan pengalaman.. selamat membaca dan salam ukhuwah...

2 comments:

  1. MashaAllah...
    Allahuakbar...
    Perkongsian hati yang sangat menarik,ya akhi...
    Teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...