Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, April 25, 2012

Cukuplah Allah penolongku.

Bismillah...
salam ukhuwah sahabat... apa khabar iman dan jasad.. moga-moga khair sentiasa.. Alhamdulillah, masih terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca pada ruangan ini selepas sempa mencuri masa sedikit daripada interview yang baru dihadapi beberapa jam lepas.. moga-moga result yang dapat nanti terbaik untuk islam, mereka di sekeliling dan diri.. terasa ingin menukil coretan hati mengenai satu kalimah yang cukup hebat..Hasbunallahuwa ni'mal wakil.... 

Selokari sejarah.

Kali ini ingin berkongsi sejarah islam yang banyak mengajar kita buat pejuang zaman sekarang.. masih ingat lagi bagaimana Nabi Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman oleh raja Namrud untuk dilemparkan ke dalam api.. kemudian jibrail datang kepada baginda dan bertanya, "adakah engkau mahu sesuatu pertolongan daripadaku?". dan jawapan Nabi Ibrahim, "aku tidak memerlukan apa-apa darimu.. aku hanya perlukan pertolongan dari Allah". kemudian Nabi Ibrahim menyebut kalimah iaitu Hasbunallah wa ni'mal wakil. (Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Dialah sebaik-baik pelindung bagi kami).. lantas dengan izin Allah api itu  menjadi dingin dan Nabi Ibrahim selamat daripada cubaan membunuh baginda itu.. Allahu Allah... kemudian perkara yang sama juga boleh diambil iktibar dari kisah perang badar yang mana tentera hanya 313 orang waktu itu menenang tentera kafir berjumlah hampir seribu orang. jika kita pasti akan luhur apabila melihat tentera musuh lebih hebat dengan persiapan dan peralatan yang rapi. namun, sekali lagi nabi melafazkan kalimah ini iaitu Hasbunallah wa ni'mal wakil.. subhanallah, dengan izin Allah tentera islam menang dalam perang itu.. dekatnya diri mereka pada Allah dan Allah membantu hamba-hambaNya yang memanggilNya. malah Nabi Muhammad terselamat di gua hirak kerana bantuan labah-labah membina sarang di pintu gua itu dengan izin Allah dan mengelirukan tentera musuh mencari baginda dan Abu Bakar.. Subhanallah, Allahu Akbar..

Perkongsiaan titisan semangat

Ingin dititipkan perkongsiaan daripada murabbi ana kepada kami hati yang rindukan perjuangan. Hati ini fitrah yang sangat unik diciptakan oleh Allah yang mempunyai perasaan dan keinginan. dan pastinya sebuah perjuangan tidak akan lari dari ujian dan mehnah yang menguji hati dan jiwa seorang pejuang. malah adakalanya akal dan fikiran buntu dalam mencari sesuatu penyelesaian kerana ia sememangnya terbatas. dan akan ada suatu ketika tidak ada satu pertolongan yang boleh kita harapkan melainkan Allah. Allah merakamkan dengan penuh indah tentang realiti kehidupan manusia dalam surah Al-Mulk ayat 2 : "Allah tidak ciptakan kematian dan kehidupan melainkan untuk menguji dan melihat siapakah di antara kamu lebih baik amalnya, sesungguhnya Ia Maha Kuasa dan Maha Pengampun". dan disitulah selepas dengan usaha bersungguh-sungguh kita akan kembali kepada fitrah seorang hamba iaitu kembail kepada Allah. kita hanya pengerak dengan berusaha melaksanakan perintah Allah berdasarkan kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah, dan kepada Allah jualah sebaik perancang dan kembali. Maka, jika melakukan sesuatu dan memerlukan sesuatu, kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benarnya. sesungguhnya Allah mendengar hati-hati hambanya yang ikhlas berdoa kepada Allah... 


Hati yang diulit resah dengan perjuangan.

kata-kata Ummi, "Allah dan tetapkan terbaik kepada kita, di mana tempat kita selepas ini, bagaimana dan segalanya telah teratur untuk kita. mungkin kadang-kadang kita tidak melihat ganjarannya pada diri sendiri, namun itu adalah yang terbaik untuk mereka yang lain dan disekeliling. Yang penting, hidup ini kita usaha untuk yang terbaik dan laluilah segalanya dengan tabah. Ummi yakin Affan bukan sahaja boleh menjadi orang untuk mencapai matlamat diri tapi untuk mereka di sekeliling. orang yang mampu membawa mereka yang lain bersama-sama menjejak ke syurga Allah. itulah harapan Ummi saat Ummi ada ataupun sudah tiada". kata-kata cukup berbekas di hati. memang hati lelaki keras ditangisi namun suatu ketika akan mengalir rasa bersyukur dengan nikmat diberi penguat diri.. Allah, peliharalah Ibu Bapaku.. Jauh dilubuk hati, kadang-kadang rasa penat, letih, takut dan resah kuasai jiwa kerana adakah benar setiap langkah yang dibawa ini.. mungkin kita yang berada dalam dakwah, terasa laju berlalu tanpa melihat kelemahan-kelemahan yang mungkin kita bawa tanpa sedar. Sungguh kadang-kadang hayat ini perlukan seseorang yang bergerak sama-sama dalam matlamat yang sama. kemudian, hati tersentak.. Allah bersama hambaNya dan sentiasa di sisi membantu.. percayalah dengan bantuan Allah.. kata Allah dalam surah Muhammad ayat 7, "jika kamu membantu dan membela Agama Allah, nescaya Allah akan membantu, membelamu dan menetapkan pendirian padamu.." maka keresahan dan kekurangan itu fitrah manusia, carilah penawar itu disebalik rasa kehambaan pada Allah.. ayuh, sematkan taqwa dalam  diri...


Bila hati yang lemah berbicara.

Ruangan ini, ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas kelemahan ini baik dari sengaja atau tidak sengaja. sungguh hati ini tidak perasan mengenai kelemahan dan kesalahan yang dilakukan dalam rona-roni kehidupan. benarlah kata orang, mana mungkin kita mampu untuk melihat kelemahan sendiri. moga-moga sahabat2 tegur jika ana banyak melakukan kesalahan kerana ana takut jika kesalahan itu menyebabkan apa yang ana nak tidak kesampaian. ana memerlukan teguran kalian dan sememangnya ana masih lemah, kerdil dan perlukan teguran. sekali lagi, diri ingin meminta maaf atas kelemahan diri terutama mereka yang mengenali ana. ana cukup rindukan jalan dakwah dan perjuangan. dan terima kasih kepada pembaca blog ana yang tidak seberapa ini. moga-moga kita memperoleh keredhaan Allah bersama.. doakan ana supaya dipermudahkan urusan menghadapi final a-level nanti... Allah bersama hambanya.. 
akhir bicara ;
Lantaran kita asyik sibuk dalam mengejar sesuatu sehingga terlupa yang Allah dekat kita, kembalilah dirimu kepada Allah wahai sahabat. ketenangan itu Allah berikan kepada sesiapa yang Allah inginkan. dan itulah kebahagiaan sejati.. Hasbunallah wa ni'mal wakil....

salam ukhuwah... (^_^)

4 comments:

  1. jazakallah ats perkongsian

    mantop ;)

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah, sebenarnya hidup kita lebih indah dan bermakna, sbb everthing dh ad manual yg terbaik. alquran :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. jom sama-sama perbaiki diri menjadi muslim yang sebenar...

    ReplyDelete
  4. hasbunallah wani'mal wakil.. memang ayat ni jadi pengubat jiwa bila kita rasa dah xde tempat bergantung selainNya..thx affan:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...