Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, April 9, 2012

Hadirkan hati dalam amalanmu.


Salam ukhuwah fillah para sahabat. apa khabar iman dan jasad. moga-moga hati-hati kita bersatu dalam mencari redha Allah bagi setiap detik yang berlalu.. kali ini ingin dikongsikan perasaan muhasabah bersama kerana ia merupakan satu perkara yang penting.. hadirkan hati anda dalam setiap gerak gerimu...

Kisah teladan.
ana ingin kongsikan sebuah kisah yang cukup menarik dari murabbi ana. kisah seorang sheikh yang cukup hebat. sheikh ini merupakan seorang yang kuat ibadatnya pada Allah, dan hebat jugak geraknya dalam berdakwah. beliau merupakan imam di sebuah masjid dan saban hari masanya dipenuhi dengan ceramah dan dakwah sampai ke malam. sebelum tidur, sempat dia mencuri masa untuk menulis dan membaca ilmu-ilmu untuk disebarkan dengan lebih menyeluruh buku dan karyanya. walaupun dia sibuk dengan perkara itu sehingga larut malam dan pastinya letih, namun dia tidak gagal untuk bangun malam dan beribadat. orang menjadi hairan dan ingin tahu rahsianya. ada seseorang bertanya padanya mengapa sheikh ini mampu untuk lakukan. katanya cukup mudah, "mungkin jasadnya tidak bergerak ketika tidur namun hatinya sentiasa hadir dalam kenikmatan ibadat". rindunya hatinya untuk beribadat pada Allah biarpun saat ketika tidur.. Allahu Allah.



Bukan di tangan kita.

kehidupan berlalu pergi dari setiap detik ke detik lain. kita mengalami fasa yang berbeza dalam kehidupan. fitrah manusia juga mempunyai perasaan berbeza. malah erti kenikmatan, kebahagian, ketenangan semuanya perkara yang diidamkan oleh setiap umat islam. namun, harus diingat, dari mana segalanya itu datang. bukannya dari kita kerana kita hanyalah hamba yang kerdil. Jika Allah ingin menganugerahkan sesuatu maka terjadilah ia. sama ada perasaan duka atau suka, tidak ada satu tangan pun yang mampu menghalang jika Allah ingin jadikan sesuatu. maka ke manakah ingin kita bawa diri kita dalam kehidupan kita? di mana hati kita untuk Allah? sejauh mana lagikah nikmat yang Allah kurniakan dan perintah Allah yang kita dustakan semata-mata kononnya kita mampu menjelmakan kebahagiaan itu dengan sendiri?... ingat sahabat, kita hamba Allah, apalah yang nak dibanggakan dengan diri kita sesungguhnya segalanya Allah yang anugerahkan... hadirkan Allah di hati kita agar amalan kita itu, seiring dengan harapan hamba yang hina dalam mencari redha Allah.. Allah...

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi." (surah Yaasin:82)


Amalan itu pada ketenangan
Ramai sahabat kita yang mana sudah banyak melakukan amalan dan sebagainya tapi masih ramai tidak rasa tenang dan seronok dalam melaksanakanya. sebab apa yea? sebab hatinya. memang benar soal hati cukup sukar untuk diadili kerana dia berkaitan dengan batin dan hanya Allah yang layak mengadilinya. namun, kita sendiri mampu mentafsirkan arah tuju hati kita. jika kita benar-benar ikhlas dalam amalan dan pergerakan kita demi Allah, kita akan seronok dalam melaksanakannya. kerana itulah hakikat dan janji Allah pada orang yang beriman. jika tidak, hati kita masih ada kekurangan untuk diperbaiki. maka baikilah setiap saat yang berlalu. agar mampu niat, hati dan amalan kita seiring dengan impian kita berada di syurga firdausi merasai kenikmatan hakiki kelak.. Allahu Rabbi..

"Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari Kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (an-Nahli: 77)


Hadirkan kembali 'ia' kepada Allah.
ayuh sahabat, kita perbaiki diri kita agar kembali kepada Allah. kembalikan anugerah Allah yang cukup agung iaitu hati kepada Allah dengan berusaha meraih keredhaannya dalam setiap amalan. baikilah setiap kekosongan dan kelemahan dalam diri. betulkan niat dalam setiap yang dilakukan dan ingatlah Allah sentiasa dalam detik kita. akhir kata, "kita mungkin mampu menyembunyikan secara zahir, namun masih ada Maha Besar yang melihat setiap zarah yang dilakukan.. Kita DILIHAT..."

"Tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya daripada mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatu apa pun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui lagi, Maha Kuasa." (Faathir: 44)

salam ukhuwah dan selamat membaca.

2 comments:

  1. Jzkk atas perkongsian..post yang menarik..ya,bila Hati sudah ditempat yang betul,nescaya kita terasa rindu untuk melepaskan sesaat pun utk beribadat pdaNya..syukran atas peringatan bermakna ini..

    ~LD~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...