Islamic Widget

pengikut peneroka

Tuesday, July 10, 2012

Ukhuwah islamiah bonded by aqidah

Salam ukhuwah para sahabat. Apa khabar iman dan jasad? sudah lama x menulis sesuatu di ruangan ini. sekarang tangan sedikit kaku untuk kembali membuang habuk yang lama. waktu yang sangat pack, dengan perkara yang penting dunia dan akhirat. Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan 2 tahun di INTEC yang menjadi kenangan yang sangat indah. kali ini ingin meninggal sedikit coretan mengenai ukhuwah islamiah dan di mana ia dibina.


Jalinan yang manis

Melihat 2 orang sahabat kembali bertemu pabila berpisah hanya seminggu. mereka dengan mata bersinar ke arah satu sama lain. bersalaman, memeluk dan senyuman terukir tatkala bibir bermadah bertanyakan pengkhabaran masing-masing. terlalu banyak untuk dibincangkan pada waktu itu mengenai diri masing-masing. hanya 2 minggu berpisah, hati 2 sahabat yang bertaut atas dasar yang sama cukup rindu untuk dihimpunkan. bagaimana agaknya pabila berpisah bertahun-tahun. jalinan yang dibina atas dasar fitrah sangat manis dikenang. Subhanallah, cantik perancangan Allah pada hambanya. setiap detik ada kenangan, setiap detik ada persaudaraan dan setiap detik ada jalinan. Kemudian hati tertarik melihat sebuah cerita di televisyen. 2 orang sahabat juga yang mana sangat rapat dan hal kehidupan mereka. mereka begitu leka untuk 'menikmati' hiburan sehingga langsung tidak melihat yang lain. suatu masa setiap yang seronok itu akan ada suatu yang sedih. di saat sedih itu, mereka tidak menoleh antara satu sama lain untuk membantu kerana apa. Dasar jalinan itu pada hiburan semata bukan pada fitrah persaudaraan.

Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’ dari abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahwa ia berkata:
“Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang murah senyum yang dikerumuni banyak orang. Jika Mereka berselisih tentang sesuatu maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya. Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka,’Ini Muadz bin Jabal.’ Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku datang ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada di sana tengah melakukan shalat. Ku tunggu sampai dia selesai melakukan shalat kemudian aku temui dan ku ucapkan salam kepadanya. Aku berkata,’Demi Allah aku mencintaimu. Lalu ia bertanya.’Apakah Allah tidak lebih kau cintai?’ Aku jawab,’Ya Allah aku cintai’. Lalu ia memegang ujung selendangku dan menariknya seraya berkata,’Bergembiralah karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw, berabda,”Allah berfirman, cinta-Ku pasti akan mereka peroleh bagi orang yang saling beradu cinta karena Aku, saling mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”

Di mana jalinan itu tercipta.

Dakwat hitam yang pekat jatuh setitik pada sehelai kertas. kemudian dakwat hitam itu merebak membentuk satu rangkaian dan jalinan. itulah fitrah kejadian. jalinan dan ukhuwah itu juga tercetus dari satu titik yang menjadi asas dan penguat ke arah mana jalinan itu akan pergi. jika dasarnya jelas dan tepat pada perkara yang benar, maka jalinan itu dengan sendirinya akan kuat namun jika dasarnya hanya pada yang kabur malah tiada matlamat yang jelas, maka ia mudah terputus. Oleh itu sahabat, tanya iman sahabat sekalian, di mana jalinan itu tercipta. adakah atas dasar suka-suka kerana seronok sahaja, atau atas dasar pejuangan kerana jalinan itu terbina. fikirkan matlamat sebenar dan destinasi yang akan kita pergi. Binalah ukhuwah yang dibina itu berdasarkan akidah, rasa iman dan taqwa yang kuat kerana kita tahu saudara islam kita semuanya inginkan kita, perlukan kita, rindukan kita malah ingin bersama kita. atas dasar akidah kita berukhuwah, berjuang, bergerak, merasai kebahagiaan, merasai kenikmatan, merasai kedukaan, dan merasai kesedihan. jalan dan destinasi yang jelas dalam sebuah ukhuwah islamiah.

"Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa." (surah Az-Zukhruf : 67)

Tetapkanlah matlamat kita.

Post kali ini hanya ringkas sekadar ingin mengambil kembali rasa untuk menyampaikan sesuatu dalam penulisan. Dengan tangan kita menulis menyampaikan sesuatu, dengan kaki kita bergerak untuk mengadakan sesuatu, dengan mulut kita bercakap menyampaikan sesuatu, dengan mata kita melihat, mempelajari, dan memahami sesuatu ilmu dan dengan telinga kita mendengar dan mengkaji sesuatu. penuhkanlah dada sahabat dengan ilmu kerana dengan ilmu anda mampu bergerak dengan hujah yang kuat. pasangkanlah di mana arah tuju perjalanan anda. adakah sekadar di sini ataupun untuk bersama dengan para nabi, serta para sahabat di syurga kelak. perjuangan itu menuntut satu pengorbanan dan kepenatan kerana ganjarannya sukar digambarkan kebahagaiaannya. maka, terus kuat untuk bergerak dan terus bergerak. inilah jalan kita sahabat seperjuangan sekalian. 


Salam ukhuwah, semoga berjumpa pada ruangan yang lain lagi. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...