Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, October 1, 2012

Segalanya kembali pada yang Satu.

Salam ukhuwah sahabat,
 Apa khabar jasad dan iman sahabat. Moga-moga sentiasa subur dengan rasa ketaqwaan pada Allah kerana itu yang akan dilihat nanti. Alhamdulillah, terasa dipanggil jari-jari untuk membuang sedikit habuk dalam blog ni. Sekarang agak busy dengan urusan pembelajaran dan menjadi pelajar medic yang menuntut pembacaan yang banyak. Terasa ingin berehat sebentar dalam kesibukan untuk berkongsi dan khususnya mengingati diri sendiri juga… Allah, Dialah segalanya.. semuanya akan kembali pada Dia.



Setiap sesuatu memerlukan sesuatu.

Ayuh sahabat, cuba kita lihat. Setiap pokok perlukan akar untuk berdiri. Burung perlukan kepak untuk terbang. Bangunan perlukan tiang untuk dibangunkan dan keindahan perlukan mata untuk melihat kita.. lihat konteks yang lebih besar.. manusia… kita… insan.. perlukan apa??.. perjalanan dunia ini, kemudian singgah di barzakh dan kemudian meneruskan kembara hingga akhirat yang menjadi tempat abadi.. semua jalan ini perlukan sokongan untuk melancarkan.. jika tidak.. pasti kita akan rasa kekurangan, kesakitan dan kehancuran sini sana.. dan inilah dia tempatnya Allah Maha Besar ada untuk hambanya. Sentiasa ada cumanya kita sombong untuk merasai kehadiran dan keindahan kehadiran ini..

“ Katakanlah :’Dialah Allah yang maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu”  (al-ikhlas: ayat 1-2)

Sungguh Allah sebaik perancang.

Pabila dikatakan kita meletak segalanya pada Allah, maka tidak ada rasa ‘down’, penat dan letih dalam sesuatu perkara kerana kita pasti tidak ada sebaik perancang selain Allah. Pastinya ada kejayaan di akhirnya. Cumanya di sini perlu adanya ikhlas, yakin, sabar dan iman untuk mengharungi segala perancanganNya. Dalam sirah, kenapa nabi Muhammad tidak berhijrah ke Madinah dengan melalui jalan biasa? Adakah semata kerana takut pada kafir Quraisy padahal Allah dan sekalian malaikat ada di sisinya. Kenapa Nabi Muhammad S.A.W  sanggup melalui jalan yang susah jugak. Kerana nabi sebagai teladan umat ingin menunjukkan perjalanan dengan meletakkan kejayaan manis di akhirkan beserta dengan rasa percaya dengan perancangan Allah itu bukannya senang tapi diuji,diberi pengajaran agar di akhirnya Allah ingin kita mencapai kejayaan beserta dengan akhlak yang sepatutnya, syukur dan penuh dengan rasa nikmat..

Ingin kongsi kisah diri yang mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama. Ketika di kolej persediaan dulu, diri cukup suka disibukkan dengan kerja-kerja kebajikan islam sehingga cukup manis pada jalan itu. Hakikatnya, masih ada kelompangan akademik yang perlu ditampung. Namun dengan usaha, Alhamdulillah diberikan kejayaan. Harapan untuk ke India Allah jelmakan kerana kita percaya pada kebergantungan itu. Allah tutup jalan ke IMU dan Mesir dahulu kerana Allah ingin jelmakan sesuatu untuk menyumbang di tempat lain. Alhamdulillah dengan nikmat tarbiah dan ukhuwah ini… kan Allah sungguh ‘sweet’ bermain nikmat dengan hambanya.. Allahu Allah…



Tempat itu hanya untuk Dia.

Pabila kita penat, letih, sedih, kecewa dan lemah, carilah kembali kekuatan itu kepada yang Satu yang mengetahui segalanya. Jika kita tidak ditakdirkan untuk mendapat sesuatu, bukan bermakna Allah tidak ingin memberi, namun Allah menangguhkan untuk memberi yang lebih baik. Kerana Allah cukup ingin rapat dengan hambanya. Kerana betapa sayangnya Allah pada kita, Allah timpakan ujian dan halangan agar hambanya kembali syukur, dan dekat pada Dia dan Allah menganugerahkan pahala yang besar pada mereka. Kerana Allah ingin satukan hambanya yang berfikir, bersabar, dan teguh imannya di syurga Allah.. yang cukup indah untuk mereka yang indah.. Letaklah Allah dalam segalanya sahabat.. Innallahamaana.. 

“.. Jika kita ingin dianggap ‘manusia’ dan bukan seperti ‘binatang ternak’ di sisi Allah, ingin mendapat kedudukan istimewa sebagai umat nabi Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuh.” (Jangan Berhenti Berlari : Ustaz Zaharuddin)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...