Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, October 31, 2012

Ketenangan di sebalik keindahan.

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah sahabat, apa khabar iman dan jasad.. moga dipelihara oleh Allah.. Alhamdulillah.. syukur untuk sempat menjengah blog nie seketika untuk berkongsi dalam layar hidup ini… sekarang ini agak busy dengan study dan komitmen lain.. moga diri ini tabah untuk berada di jalan ini… kali ini, ingin berkongsi suatu rasa keindahan dan ketenangan kepada hati… iaitu sebuah ketenangan dalam ruangan keindahan

Ciptaan Allah itu sungguh dekat.

Kaki melangkah sedikit berat.. badan berjoging dari hostel ke taman End point dan mengelilingi taman iu beberapa kali..  mungkin badan sudah berat moga cepatlah letihnya datang.  selepas penat terasa ingin bersendirian ke puncak bukit di End Point itu yang dikatakan orang antara kawasan yang cantik dipandang di Manipal, India ini. Di situ, tiada siapa di sekeliling dan melihat satu batu yang besar yang mana sesuai untuk duduk dan melihat seluruh permandangan dan manipal sendiri. Pertama kali mata melihat, Subhanallah… Subhanallah.. Subhanallah.. bagaimana Allah memberikan nikmat maa untuk melihat keindahan ciptaanNya. Lantas, diri ini duduk bersila di atas batu itu untuk merehakan kaki yang seakan dan tak larat. Sambil melihat kiri dan kanan, membuka quran di dalam handset untuk mentadabbur sedikit kalam Allah dalam suasana yang nyaman itu…
  


Begitu Allah dekat dengan kehidupan hambaNya.

Surah pertama di hati untuk dibaca dan dihafal adalah surah as-saff. Ayat pertama dalam surah ini Allah berfirman “bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langi dan di bumi dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana”. Hati tersentuh dan mata melihat kiri dan kanan. Memejam mata sejenap dengan melafazkan tasbih, tahmid dan takbir sambil menghayati maksudnya bagaikan hati betul-betul disentuh dan air mata hampir mengalir. Benarlah kata Allah. Saat itu seakan kita berzikir mengingati Allah bersama ciptaan Allah yang lain. Angin yang tiup sempoi menyejukkan badan seperti ingin berkomunikasi sesuatu dan itulah bunyinya zikir angin dalam melaksanakan tugasnya, mendengar bunyi burung2 yang cukup nyaman memberi rasa dekat dengan haiwan itu, bersama pohon2 yang seolah-olah berkomunikasi antara satu sama lain pabila ditiup angin.. Subhanallah.. lihatlah bagaimana makhluk lain juga berzikir pada Allah dan melaksanakan perintah mereka. Terkenangkan ayat-ayat dan surah as-syams yang mana matahari, bulan dan langit menjadi saksi yang jelas kebesaran Allah, cuma pada manusia itu sendiri untuk memilih menyucikan diri mereka atau mengotorinya. Tiba-tiba hati yang hina ini dimuhasabah dengan alam.. Sungguh manusia itu sebaik ciptaan oleh Allah tapi kerdilnya kita berbanding ciptaan Allah yang lain.. lantas cepat lupanya kita untuk mengingati Allah lebih-lebih lagi diuji sesuatu.. Cukup jarangnya Allah itu disebut dibibir kita dan ditanam dalam hati dan pemikiran kita.. betapa rugi dan hinanya kita selama ini… AllahuAkbar.. tanpa disangka Allah cukup dekat untuk memberi peringatan pada hambaNya melalui kalamNya.. dan alam menjadi saksi dan penghubung pada muhasabah ini.. Alhamdulillah… kemudiaan.. melihat matahari hampir terbenam.. kaki kembali bertenaga.. badan diangkat dan berlalu pergi… di dalam hati, “inilah tempat untuk jiwa ini berehat bersama ketenangan dengan ciptaan Allah, insyaAllah bertemu lagi.. Assalamualaikum.. “…

Muhasabah diri

Itulah kisah yang cukup menarik untuk dikongsi.. mungkin sahabat sekalian pernah melaluinya tapi sukar diucapkan, namun moga tulisan ini dan perkongsian ini dapat membuka mata sahabat.. jika ingin merasainya ana cadangkan kalian pergi tempat yang tenang seperti atas bukit melihat sekeliling, pejam mata, lapangkan hati dan berzikir dan hayatilah.. insyaAllah, ketenangan terapi dekat dengan Allah.. sungguh pabila difikir balik, bukankah dalam Quran menyuruh hambanya untuk melihat kebesarannya dan dekat dengan ciptaanNya tapi kita malas untuk melaksanakannya. Lihatlah pada alam dan sekeliling agar diri kita sentiasa ditarbiah dengan ciptaan lain dan peka pada sekeliling.. Alhamdulillah, sekadar itu penerokaan hidup kali ini.. insyaAllah jika ada masa bertemu kembali…

“Segala puji bagi Allah, selawat dan salam pada nabi Muhammad dan para sahabat, ya Allah, sesungguhnya kami berhimpun, berkumpul dan bersatu atas ketaan hanya padaMu, Engkau kuatkanlah tautan ukhuwah dan mawadah ikatan ini agar kami semua istiqamah pada jalanMu. Engkau dekatkanlah hati-hati kami dengan petunjukMu, ciptaanMu, agar sentiasa kami merasai nikmat, iman, taqwa dan ikhlas dan kehidupan kami. Engkau teguhkanlah jalan dakwah kami agar kami terus memberi dan menasihati antara satu sama lain.. Aminn ya Allah… “
 “Katakanlah Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur” (al-mulk:23)

p/s : esok insyaAllah kami sekeluarga (sahabat-sahabat ana) akan ke maple beach. Doakan moga selamat segalanya… Allahu Yassir Wala Tuassir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...