Islamic Widget

pengikut peneroka

Saturday, March 16, 2013

Usia menggigit, kita masih tertidur.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt sahabat2 pembaca yang dikasihi. hanya kepada Allah kita bersyukur kerana masih bertemu dalam alam maya. cukup lama tidak membuang habuk di blog ini kerana sedikit sibuk dengan tugasan apatah lagi sebagai pelajar. Sesungguhnya kerana Allah kita masih kuat untuk membuka cetusan hati agar dikongsi bersama. Pabila Allah menciptakan hambanya, akan ada sunnatullah yang mana mampu dirasai oleh setiap manusia bergelar manusia. maka itulah tujuan blog ini. moga sama2 mendapat ibrahnya..

Sebagai pembuka kalam.. ingin dikongsikan satu syair oleh penyair islam, Muhammad Iqbal. Moga Allah merahmati beliau
" Setiap orang yang mengabaikan identitinya,
  Dialah manusia yang paling layak untuk binasa,
  Tidak akan nampak, buat selama-lamanya, identiti sendiri,
  Setiap orang yang hanya tahu mengikut kehidupan orang barat."

Penghujungnya pasti tapi bagaimana?

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur ini mencapai umur 21 tahun walaupun semakin hari semakin banyak rasa sakit dalam badan. moga itu menjadi kekuatan dalam diri. namun, kebelakangan ini dikejutkan dengan beberapa orang-orang yang hebat dalam medan dakwah dipanggil untuk bertemu penciptanya pada usia yang muda. ayuh sedekahlah al-fatihah pada mereka sungguh ramai yang memuji kebaikannya saat mereka tiada. teringat akan peristiwa kehilangan seorang mujahid agong Ustaz Fadzil Noor bagaimana mereka yang datang jauh untuk menyertai solat jenazah beliau. subhanallah.. mereka sudah lepas.. namun kita? Allahu Rabbi. Jangan pernah ingat hidup kita ini masih panjang walaupun anda baru 20 tahun kerana dunia sekarang cukup senang maut itu menimpa. kemalangan jalan raya, penyakit ketika muda, lemas dan kanser menunjukkan peningkatan untuk remaja seperti kita. Sedangkan kita masih asyik dengan dunia tanpa ada bekalan untuk akhirat. maka, mungkin anda mampu bayangkan 'ending' anda bagaimana. Sedangkan Nabi kita sungguh berharap agar para pemuda seperti kita ini menjadi pemuda yang mampu menggegarkan dunia dengan agama islam dan hormatnya pemimpin islam pada pemuda namun kita.. bagaikan BAYI yang ingin disuap makan dan bermain.. malunya kita untuk meminta syafaat Rasulullah di padang mahsyar kelak.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu...
supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana 
sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.
Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka! (antara wasiat saidina umar al-khattab pada saad bin abi waqas)

Medanku.

Ada yang mentertawakan, ada yang memperlekehkan, malah ada yang mengutuk. namun masih ada hati-hati yang menguatkan. itulah manis dan pahit sepanjang bergerak motivasi. Mungkin setengah beranggapan pemuda yang baru lepas spm ingin memberi motivasi secara percuma? ini mesti tidak kualiti. hanya senyum mampu diberi.. Allah, sungguh cepat masyarakat sekarang melihat pemuda itu lemah kerana kita dulu memang lemah, asyik dibuai ibu-bapa, tiada tanggungjawab untuk berjuang, bahagia dengan keseronokan dunia, mengagungkan nafsu bagaikan kekasih.. itulah kebanyakan pemuda, maka diri ini tidak membantah.. namun, impian aku hadir di tengah-tengah masyarakat ingin membuktikan pemuda bukan lemah malah seorang jiwa yang dambakan pengorbanan. percuma bukannya kerana kualiti program tiada, impiannya cuma untuk semua sekolah menerimaku untuk mengetuk hati-hati pelajar di setiap sekolah. wang itu sekadar kertas dan pasti dimiliki bila-bila masa, namun keinsafan, kebajikan dan kebaikan itu kurniaan Allah yang diberinya pada sesuatu masa yang mana ada insan ingin mencarinya. Inilah bekalan untuk aku bawa pabila 'ending' aku sampai. kerana biar badan habis tenaga bergerak namun akhirnya semua ini dapat berehat sepenuhnya di suatu tempat yang tiada tandingannya. sabarlah wahai jasad kerana bukan sengaja aku menyakitimu. Medan ini aku melihat masyarakat, pedihnya hati melihat mereka yang bagaikan cukup leka dengan maksiat mereka; zina, rempit, couple sebagainya. moga-moga, modul keinsafan yang membawa air mata pada mereka menjadi bukti mereka ingin berubah, kuatkan hati mereka ya Allah..

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". -at-Taubah:105-

Adakah kalian masih tertidur?

Jam kebangkitan sudah berbunyi. sekarang kita berada di zaman kebangkitan islam pada akhir zaman. aku melihat saudaraku di palestin, syria, rohinga dan thailand mempertahankan islam dengan nyawa dan darah kita sedangkan kita mempertahankan tilam kita dengan hamparan lebut, cantik berserta bantal yang lembut. LEMAHNYA kalian. jangan pernah anggap diri anda hebat. pabila Allah mengurniakan nikmat masa, peluang belajar, kemudahan untuk menjadi cedekiawan islam hebat, anda mensia-siakan dan pabila Allah mengurniakan kasih sayang ibu-bapa dan erti sari sahabat anda turut mensia-siakan. zalimnya anda pada saudara anda yang tiada peluang itu. Mereka tiada tempat belajar tapi mereka pergi belajar walaupun bom menanti di depan, mereka tiada erti kasih-sayang namun mereka menceriakan hidup mereka pada perjuangan. Ingat sahabat, bagaimana di mahsyar, masing-masing menyalahi satu sama lain dan di manakah kekuatan anda untuk menjadi penolong bagi kelemahan anda. tiada.. maka, silalah berhenti di neraka dengan kehidupan yang anda leka dengan maksiat, pabila tiupan perjuangan memanggil anda tapi anda menutup telinga seeratnya, dan leka dengan kekayaan. pabila umat memanggil anda :-
- sama ada kemenangan, dengan kehidupan yang penuh kemuliaan
- ataupun terbunuh atau mati syuhadah

Moga Allah redha

aku menulis bukan kerana aku ada masa dan cerita tentang hidupku semata, namun tulisan-tulisan ini ingin berkongsi suatu perasaan yang sama sebagai muslim yang mana sepatutnya menjadi agen-agen kekuatan islam. moga mampu mengetuk hati-hati sahabat. ingatlah. Kekuatan terbesar ummah ada pada kamu.. inshaAllah, jika ada kesempatan untuk next entri ingin menulisa tentang sehingga para pemuda mengerti, dan perjuangan itu menuntut pengorbanan.. doakan semoga kami berjaya di manipal india ini dalam medik bagi yang mengenali.. sebagai penutup kalam..

"umat kita akan mengetahui bahawa kita..
  telah menanggung kesusahan dengan penuh kecintaan kepadaNya.
  Sekiranya kami berjaya, betapa indahnya saat itu,
  sekiranya kami menemui kematian, sesungguhnya telahpun dihidangkan..
  Gelas-gelas kematian kepad setiap mereka yang akan meminumnya."

 


Salam ukhuwah. (^_^)

1 comment:

  1. Dh lama x singgah baca entri d blog hijau ni.
    Smoga Allah redha atas stiap usahamu sahabat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...