Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, September 21, 2014

Emas diluar, karat didalam.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada nikmat dan islam,
pada nikmat masa lapang dan sihat,
pada rezeki, akal, ilmu dan amal.
moga ianya dijaga sebaiknya pada jalan yang sebenar.
kerana semua itu PASTI akan ditanya kemanakah kamu guna semua nikmat itu.

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Allahumma solli 'ala Muhammad. berkat dakwah nabi masih segar kita pada jalan islam, cumanya begitu ramai kurang mengerti kehidupan yang bergelar mukmin lantaran sibuk mengejar sesuatu dunia, jiwa tidak diisi dengan nasihat pada taqwa lantas menjadi tempat sarang syaitan dibantu nafsu membisik untuk merasa enaknya pada jalan kemaksiatan.

Moga tulisan kali ini yang agak lama saya tidak menulis mampu  memberi peringatan terutama buat diri sendiri. InshaAllah.



                                                  x x x x x x x x x x x

Dalam satu hadith panjang riwayat Imam Muslim, Ahmad dan An-Nasa'i :

"Sesunguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari Kiamat adalah yang mati syahid di jalan Allah. Dia akan didatangkan, dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat Allah yang dianugerahkan padanya di dunia," Lanjut beliau, "Lalu dia pun mengenali dan mengakuinya. Bertanyalah Allah kepadanya, 'Amal apakah kau laksanakan dengan nikmat-nikmat Ku ini, wahai hamba-Ku?" Dia menjawab, 'Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid di jalanMu, Ya Allah.'
Allah berfirman, "Dusta! Kamu berperang dengan niat agar dikatakan sebagai seorang gagah berani. Kau telah mendapatkannya, seperti apa yang dikatakan manusia tentang dirimu," Kemudian diperintahkan agar dia diseret pada mukanya. Lalu dilemparkan ke dalam neraka."


"Manusia berikutnya yang akan dihakimi adalah seorang yang membaca Al-Quran, mempelajari ilmu, serta mengajarkannya. Dia akan didatangkan, dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat Allah yang dianugerahkan padanya di dunia," Lanjut beliau, "Lalu dia pun mengenali dan mengakuinya. Bertanyalah Allah kepadanya, 'Amal apakah kau laksanakan dengan nikmat-nikmat Ku ini, wahai hamba-Ku?" Dia menjawab, 'Aku membaca Al-Quran, mempelajari ilmu, serta mengajarkannya semata-mata kerana Engkau, Ya Allah.'
Allah berfirman, "Dusta! Kamu menuntut ilmu agar dikatakan sebagai seorang alim dan kamu membaca Al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari'. Kau telah mendapatkannya, seperti apa yang dikatakan manusia tentang dirimu," Kemudian diperintahkan agar dia diseret pada mukanya. Lalu dilemparkan ke dalam neraka."


"Manusia terkemudian yang akan dimahkamahkan adalah seorang yang dilimpahkan rezeki dan pelbagai harta benda. Dia akan didatangkan, dihadapkan dan diperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat Allah yang dianugerahkan padanya di dunia," Lanjut beliau, "Lalu dia pun mengenali dan mengakuinya. Bertanyalah Allah kepadanya, 'Amal apakah kau laksanakan dengan nikmat-nikmat Ku ini, wahai hamba-Ku?" Dia menjawab, 'Aku tidak pernah meninggalkan sedekah dan infaq pada jalan yang engkau cintai, melainkan pasti aku melakukan semata-mata kerana Engkau, Ya Allah.'
Allah berfirman, "Dusta! Kamu berbuat demikian supaya dikatakan sebagai dermawan mulia'. Kau telah mendapatkannya, seperti apa yang dikatakan manusia tentang dirimu," Kemudian diperintahkan agar dia diseret pada mukanya. Lalu dilemparkan ke dalam neraka."

                                                  x x x x x x x x x x x

Hati manusia cukup senang tertipu dengan hasutan hawa nafsu. Lantaran ingin sesuatu balasan di dunia yang sementara maka sanggup memalsukan amal, Kerana merasakan amal itu untuk disentuh oleh manusia bukannya disentuh oleh Allah, maka sanggup mengorbankan pelbagai kudrat untuk sesuatu yang sia-sia di akhirat. kerana rasa berbangga dengan amal di depan manusia, sanggup membiarkan ia seperti debu-debu berterbangan kelak saat diperlihatkan satu-satu.

Bukankah ianya sesuatu yang sangat RUGI!!!

Inilah cabaran yang sangat besar kepada semua mukmin, lebih-lebih lagi pada mereka yang bergelar seorang pejuang agama Allah, yang dikurniai ilmu dan terlibat secara langsung sebagai daie dalam menyampaikan dakwah dan tarbiah islamiyah pada semua kerana mereka seharian bermain dengan kata namun amalnya tiada seperti yang diperkatakan, seharian menasihati mereka di sekeliling namun akhlaknya jauh tersimpang pada yang sepatutnya, di kampus dan universiti cukup ligat berdakwah, bertazkirah, ke hulu dan ke hilir berprogram, namun saat sendirian mahupun di kampung culas dan malas dalam dakwah dan ibadah.

Eh, eh, eh... bukankah ianya seperti hadith di atas, kamu beramal saat ramai manusia sekeliling kamu untuk dilihat. Meskipun hati cuba menafikannya namun hakikatnya mungkin pernah kita mengalaminya..

dan bagi kita ianya satu keRUGIan yang besar!!!

                                                  x x x x x x x x x x x 

Cantiknya islam pada sesuatu kelemahan mukmin diajar bagaimana nak mengatasinya melalui Rasulullah. Sebab itulah perkara paling penting terutama pada mereka yang bergelar pendakwah dan pemuda yang berjiwa  Rabbani perlu sentiasa menjaga hatinya dengan 'TAJDID NIAT'. Memperbaharui niat amalan untuk memastikan senantiasa matlamat dan tujuan asal sesuatu amalan. saat anda rasa lemah dan penuh dengan ego, maka percepatkanlah berubah kembali kepada niat asal dalam mencari ridha Allah.

Dan,

Berkata Imam Ja'afar Ash-Shadiq kepada Imam Sufyan Ats-Tsauri :
" Tidak sempurna suatu amal baik kecuali tiga perkara iaitu menyegerakannya, menganggapnya kecil dan merahsiakannya."

Menyegerakanlah tanpa menundanya sebab Allah melihat meskipun tiada mata manusia yang menyaksikannya dan masihkan ada kesempatan untuk kita beramal.
Anggaplah iaanya kecil kerana limpahan kurnia Allah lebih terlalu besar berbanding yang kita amalkan dan masih banyak kewajiban lain yang tak tertunaikan.
Rahsiakanlah demi selamatnya pahala.

Inilah antara cebisan-cebisan pesanan untuk hambanya dalam menagih keikhlasan pada niat untuk beramal.

Allah, cukup kuat peringatan pada diri. Antara butir-butir pengetuk jiwa saat merungkai pelbagai hikmah yang ada dalam buku lapis-lapis keberkahan. Alhamdulillah, menghasilkan suatu ketenangan pada jiwa yang cukup takut adakah amalan itu diterima atau tidak.


Moga Allah redha pada kita semua dan memberkati kepada semua guru-guru yang membimbing diri ini.

"Rasa kata, dan laku yang ikhlas bagaikan susu
Nikmat didengar dan dilihat, mudah dicerna jadi daya jiwa
Bahkan menggerakkan amal shalih sesama"

                            ~Lapis-lapis keberkahan : Salim A. Fillah~






Peneroka yang belajar,
22/09/2014.
Machang, Kelantan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...