Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, December 1, 2010

Minatku!

salam...

satu kewajipan yang sering kali kita terlepas pandang dari mata kita. kita melihat perkara yang sepatutnya berlaku di depan mata kita namun kita hanya terdiam dan tak mampu untuk lakukan apa2.. aku tahu, semua orang mengalami peristiwa ini kan. kemudian, yang betul2 merasakan semangat jihad untuk islam dalam dirinya pasti merasa ingin melakukan sesuatu untuk mengubahnya. memang kita semua keinginan demikian namun tindakan tiada. terlintaslah di fikiranku 1 cara yang bila difikirkan banyak kali insyaAllah berkesan. terdapat pelbagai cara yang boleh kita fikirkan dan berdasarkan kemampuan masing-masing namun ini caraku kerana ini MINATKU. caraku ialah mengadakan program motivasi kerana kelebihan dan kemampuanku untuk bercakap di khayalak ramai tanpa segan silu. Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat Allah dikurniakan seorang umi yang hebat. Umiku telah mendidikku untuk berani ke hadapan menegakkan benda yang benar sejak dari tadika hinggalah darjah 6 aku dilatih dan diasah untuk berkata-kata. bermula darjah 1 lagi aku mewakili pertandingan bercerita untuk memupuk sifat keberanian dalam diriku sampailah darjah 6 di mana aku bertatih dalam bercakap sehingga mewakili daerah ke peringkat negeri. sekali lagi aku menghidu peluang untuk mengembangkan ilmu dalam bidang percakapan ini apabila aku menyertai pertandingan mewakili sekolah ketika di sekolah menengah. sekolahku memang memiliki ramai kaunselor dan senior yang hebat dan saat itulah aku belajar mencari idea untuk menjadi seorang motivater. takdir Allah begitu indah apabila aku telah dipilih mewakili Allah untuk menyertai KESUMA dan NADWAH iaitu kem kepemimpinan islam dan jati diri. di situ, terciptanya idea untuk mewujudkan modul motivasi sendiri di mana modul kem-kem yang aku hadiri dijadikan panduan selain bertunjangkan kepada panduan yang mutlak iaitu al-Quran dan As-sunnah.kesempatan yang diberikan kepadaku untuk memegang jawatan tinggi dalam lembaga pengawas dan badar di sekolahku membuka mataku untuk mengkaji sistem kepemimpinan dan kehidupan pelajar. aku banyak belajar daripada alma meta STAR ku setelah bertahun-tahun aku diuji dengan cabaran sejak aku menjadi pemimpin. maklumlah sekolah laki.

namun ada stu cerita nak dikongsi mengapa bersemangatnya aku ingin mengadakan motivasi. Di sebuah kampung yang terpencil di kelantan, ada seorang anak yatim yang amat miskin. suatu hari, aku mengikuti umiku dan sahabtnya ke sebuah rumah anak yatim di Machang. aku kenal dengan seorang dak laki yang nampak begitu daif dan nakal. dalam hatinya penuh dengan persoalan yang kita tak tahu. ku cuba rapat dengan dia. adik ni mcm kenal. duk kat mane. rupanya adik tu merupakan junior ku di sekolah rendahku zaman dahulu malah kakaknya sekelas dengan ku. aku hairan sejenak dan kawannya beritahu bahawa budak tu amat nakal dan malas nak belajar. aku tertanya-tanya mengapa budak ini menjadi begini padahal dia amat baik suatu ketika dahulu. kemudian umiku merapatiku. dia menjelaskan bahawa budak itu telah kehilangan ayahnya yang menghidap HIV. Subhanallah, sebak hatiku mendengarnya. anak ini masih lagi mentah tetapi telah kehilangan ayahnya. dan maklumat yang aku dapat di kampung budak itu ramai yang menghidap HIV dan ramai remaja bermasalah di sana seperti mat rempit dan sebagainya. dalam perjalanan pulang, aku terfikir, mengapa aku sebagai umat islam tak hanya mampu menangis melihat uamt islam yang semakin hari semakin hanyut dan lemah. wujudnya semangat ingin mengubah mereka. ku kata pada diriku dan tanam azam bahawa aku ingin mengubah mereka. pantas, aku beritahu umiku aku ingin buat motivasi di sekolah lamaku. umiku setuju. Alhamdulillah.. moga Allah permudahkan segalanya...


Saat tibanya hari motivasi pertamaku, aku dibantu kawan-kawanku dari seluruh malaysia, hakim dari johor, naqib dari kedah, afifi dari perlis, lukman dari pahang dan basri dari terengganu. kami mengadakan motivasi di sebuah sekolah yang amat kampung dan daif. sungguh nakal budak-budaknya. namun, cekalkan hati. terasa gugup jugak pada walnya namun, tatkala melihat mereka senyum, hatiku menjadi suka. Alhamdulillah. segalanya dipermudahkan. modul yang kami buat bukan modul seperti motivasi biasa. walaupun program ini merupakan 3 hari 2 malam namun modul kami amat seronok kerana banyak melibatkan permainan jati diri dan pembinaan insan dan pergerakan daripada percakapan kerana aku sedar percakapan tak mampu mengubah hati budak-budak kecil. kita perlu mendekati hati lembut mereka dengan perkara yang dia suka dan menyentuhnya dengan belaian kasih sayang dengan niat mereka dapat berubah. Alhamdulillah teknik kami menjadi berdasarkan 5 modul iaitu keindahan islam, siapa diri kita, teknik belajar berkersan, realiti islam dan cara merawatnya serta keluarga bahagia. sebelum berakhir program motivasi ini, terdengar suara semangat daripada mulut2 kecil mereka untuk berjihad di jalan yang benar dan menjadi budak yang baik. lebih manis kalau dahulu jika ditanya kepada mereka mengenai cita-cita mereka, ramai berkata mereka ingin menjadi askar, doktor namun sekarang mereka berubah ingin menjadi askar untuk membunuh yahudi,membela palestin dan doktor merawat rakyat palestin. cukup indah jika dikenangkan. malah, mereka turut menyesali perbuatan jahil mereka sebagai anak kepada ibu bapa mereka dan bertekad untuk menjadi anak yang baik kesan daripada program keluarga bahagia yang dijalankan. Alhamdulillah. syukur yang amat sangat dan syukran jazilan kepada sahabat2 yang datang membantu. kami tidak meminta duet sedikit pon daripada sekolah untuk mengadakan program ini kerana niat kami ikhlas untuk bantu mereka malah sahabat yang jauh sanggup mengornbankan wang mereka untuk membeli tiket datang ke kelantan. terharu sangat dengan semangat mereka. semuanya ikhlas tanpa meminta sumbangan. syukran yea.. jasamu hanya Allah yang dapat balas.

setelah tapak ku dalam bidang ini kian kukuh, aku bergerak secara solo untuk memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah di sekitar kelantan kerana aku pernah mengadakan motivasi di kedah ketika di STAR. aku beranikan diri memperkenalkan modulku dan ramai cikgu bersetuju dan membenarkan aku untuk mengadakan motivasi di sekolah mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. kegembiraan jelas terpahat di hatiku setelah melihat adi-adik manis menjerit namaku. malah lebih manis ada yang meminta autograph dan sebagainya. namun yang mintak no telefon x bagi la... hehehe... secret.. bhya skit. nnti dikacau orang tak kenal. Subhanallah, betapa indahnya saat itu, saat bila kita dikenang dan dihormati. ku ingin terus berjuang di jalan ini.

program siapa diri kita (fokus)

perbincangan bersama teman.

mengenali hati mereka. =)

sukanya bila dia ceria...

itulah serba sedikit mengenai pengalaman ku sebagai motivater. sungguh indah dan ceria. try to become a motivater become very interesting. untuk mengadakan motivasi x semestinya kna bercakap namun idea yang baru dan interesting diperlukan untuk memberi motivasi kepada orang. baru orang seronok, faham dan suka dengan apa yang kita sampaikan..

rasanya sampai sini sajalah untuk post kali ini... skrng dh pkul 3 pgi..mata dah kuyup.. rasanya dh kna tido.. insyaAllah jika kamu semua follow my blog, next post sya mungkin akan kongsi modul2 motivasi saya moga anda mampu menjadi setitik air untuk mengubah nasib umat islam yang masih lena tido. ayuh, sama2 kita menuju ke arah kecemerlangan dan keagungan islam..
insyaAllah..


salam..
hidup penuh warna-warni~ =)

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...