Islamic Widget

pengikut peneroka

Wednesday, December 1, 2010

Program mencapai wawasan.

salam ukhuwah..

Hidup ini penuh dengan warna warni. sketsa kehidupan kita diserikan oleh cabaran dan saat manis dan pahit. kadang2 kita terasa di bawah namun kadang2 kita berada di atas. itulah kehidupan kita. ada masanya kita mengecapi kemanisan namun ada masanya kita mengecapi kepahitan. itulah keindahan kehidupan. lebih indah dan molek rasanya sekiranya kita menyirami kehidupan kita dengan pegangan islam yang yang syumul dan mengamalkan syariat islam dalam kehidupan kita. bukan semua kehidupan manusia indah, ada juga di antara kita yang mengalami kesusahan, kelalaian dan kealpaan. sesungguhnya umat manusia merupakan sebaik-baik umat yang diciptakan oleh Allah dan digelarkan sebagai khalifah fil al-ardh. namun layakkah kita untuk mendapat gelaran tersebut tatkala kita terlupa akan tugas kita sebenar. sememangnya tugas utama kita iaitu beriman dan melaksanakan perintah Allah mungkin dapat kita laksanakan namun sering kali kita asyik terlupa pada tugas kedua kita selepas bertakwa kepada Allah iaitu mengimarahkan dunia. terlalu besar konteks yang dapat dibincangkan berdasarkan tugas yang kedua ini namun apa yang nak disentuh di sini ialah mengenai tugas kita untuk amar makruf nahi mungkar kepada sekeliling kita dan menyedarkan mereka erti kehidupan yang sebenr. so, post kali ni nak berkongsi dengan anda semua modul motivasi yang simple agar mungkin anda mampu belajar sedikit daripadanya. ini kerana, motivasi merupakan satu cara untuk mendekati masyarakat dan cuba untuk mengubah mereka. program motivasi ini diberi nama PROGRAM MENCAPAI WAWASAN. modul ini aku buat sendiri tetapi merujukkan banyak sumber terutama al-Quran dan As sunnah. ada 4 modul iaitu, tips belajar berkesan, siapa diri kita, keluarga bahagia dan realiti islam dan cara merawatnya.

1. Tips belajar berkesan.

Kebanyakan pelajar tidak tahu cara study smart. Mereka lebih terdedah kepada konsep study hard. Di sini, kami ingin berkongsi kepada adik-adik mengenai teknik yang berkesan dalam menguasai subjek yang kritikal di sekolah deperti matematik, sains, bahasa inggeris. Berdasarkan teknik ini, kami merangkumi semua gerak-geri pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang termasuklah persedian jadual yang berkesan di rumah. Kami juga akan mengajar adik-adik untuk memahami kehendak soalan yang betul. Kami juga akan mengajar teknik kepada pelajar yang lemah untuk berjaya dalam masa yang singkat. INSYAALLAH, prestasi pelajar akan meningkat.


2.Siapa diri kita?

Program ini merupakan program yang sering diadakan oleh pemimpin-pemimpin di SBP di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia melalui aktiviti Leadership Outreach. Alhamdulillah aku telah diberi peluang untuk mengikuti program ini dan manjalankannya di kedah. Aku telah menambah baik modul program ini supaya sesuai dengan keadaan pelajar dan sekeliling. Melalui program ini, kami akan mengajar para pelajar mengenai cara untuk menjadi palajar yang berjati diri dimana salah satu elemen yang penting untuk menjadi pelajar cemerlang. 5 unsur akan kami terapkan terhadap adik-adik iaitu agama, jadual, semangat ( encourage your heart ), memberi peluang (enables others to act ) dan mencontohi & dicontohi ( model the way ). InsyaAllah melalui modul ini peribadi insan yang cemerlang berteraskan prinsip islam yang kukuh dapat diterapkan...


3.Keluarga bahagia.

Pendekatan yang kami jalankan dalam program ini merupakan salah satu langkah ingin menyemai rasa kasih sayang para pelajar kepada ibu bapa dan guru-guru. Secara ringkasnya, program ini akan memaparkan beberapa video yang menginsafkan diikuti ucapan yang menyedihkan. Ini akan menyebabkan pelajar insaf akan perbuatan yang telah mereka lakukan dan mempunyai semangat yang tinggi untuk membalas jasa mereka. Kami akan menekankan detik mereka lahir, kemudian detik mereka derhaka dan akhir sekali detik ibu bapa mereka pergi selama-lamanya. Sesungguhnya program ini akan menyebabkan hampir semua pelajar yang berada di situ menangis. Jadi, sebaiknya, perlulah ada beberapa orang guru untuk memujuk mereka. Moga-moga program ini berjaya.


4. Realiti islam dan cara merawatnya.

Sebenarnya, dalam diri umat islam terdapat satu titik yang mana titik itu akan menggerakkan seamangat jihad kepada agama islam dan menyedari kehebatan islam. oleh itu, modul ini ingin menyentuh titik itu agar bangun dan meyedarkan mereka. Melaui program ini kami kan memaparkan sedikit video mengenai penindasan palestin da diikuti sedikit sesi ucapan. Kemudian kami akan pamerkan kehebatan pahlawan zaman dahulu seperti salahudin al ayubi mempertahankan islam. Kemudian sedikit doa taubat nasuha. Program ini dpat menyedarkan pelajar mengenai realiti islam sekarang dan cara merawatnya. Program ini banyak dijalankan di STAR, Ipoh.


inilah serba sedikit perkongsian yang boleh dikongsikan bersama. Alhamdulillah, perkhabaran baik diterima apabila kesemua sekolah yang aku telah kunjungi untuk mengadakan motivasi telah meningkat sehingga jumlah 5A ada yang meningkat sebanyak 2 kali ganda. bersyukur sangat2.. tahniah adik2 ku. mungkin usaha aku nie tidak menyumbang terlalu banyak kepada peningkatan tersebut kerana usaha guru-guru dan sifat tekun para pelajar yang menjadi faktor mereka berjaya, namun biarlah satu titik ilmu yang aku curahkan dapat membimbing mereka ke arah kejayaan. kita hanya berusaha namun mereka yang menentukan hala tuju mereka. jadi, satu lagi tips untuk berjaya. sentiasa ikhlas dalam tindakan. pesanan kita agar biarlah kita ikhlas mengadakan motivasi tanpa meminta bayaran kerana sesungguhnya usaha kita kan menampakkan hasil dan perasaan gembira terhasil dalam jiwa kita.. InsyaAllah.. sekadar perkongsian..

salam... ~=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...