salam.... alhamdulillah... syukur ke ilahi kerana aku tampil dgn wajah yg baru... syukran jazilan kepada sahabatku, cuya yang sudi membantuku.. moga, Allah membalas jasa enti... amiinn... baiklah, sekian lama duk umah nie... terasa rindu pulak pada rakan-rakan di STAR, rindu studi sama2, berorganisasi sama2, jatuh dan bangun sama2,menelan kederitaan dan kegembiraan sama2. terpalit memori indah bersama.. wahai, sahabat2, syukran semua dan mogakita sentiasa di jalan yang benar.. kemudian, sungguh syukur rasanya di hati ini ditempatkan di Intec keran dipertemukan teman-teman yang begitu baik sekali.. kadang2 kita tersalah langkah, namun mereka yang memperbetulkan langkah..semakin sehari,semakin kuat cabaran, semakin indah kehidupan,semakin hebat kesabaran, semakin kukuh keimanan dan ketakwaan, malah semakin erat ukhuwah antara kami.. namun disebalik rindu ini, terkilas di pemikiranku satu ceramah ketika majlis maulidur rasul tahun lepas... terusik kalbuku tatkala memikirkannya. seorang ustaz yang aku kagumi datang memberi ceramah. menagapa kita tak pernah memasang azam untuk berjumpa rasullah, mencintai rasulullah dan bersama rasulullah di syurga kelak.. kita hanya inginkan impian merindui ibu bapa yang jauh, teman2 dan sebagainya.. redup hatiku bagaikan dihujani air hujan yang lebat. sahabat sekalian, jom muhasabah diri kita.. sejauh manakan rasa rindunya dan cintanya kita pada Allah dan rasul kita... adakah banyak.. Astagfirullah, kerdil sungguh jiwa ini, hina sungguh hamba ini... kadang2 ada orang berkata, bagaimana nak rindu, saya bukanlah ustaz, saya bukanlah orang yang hebat agama... temanku... mari renungi hadis ini....
Siapa yang merasa senang dapat mencintai Allah dan RasulNya, makahendaklah dia membaca al-Quran. (Hasan - Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim , Al-Baihaqi)
x semestinya kita lemah agama kita x boleh mencintai.. malah, ramai muallaf yang memeluk islam secara ikhlas terasa kehadiran cinta terhadap pencipta dan suruhannya. Al-Quran kunci persoalan ini. cuba anda semua fahami Al-Quran, teliti keindahannya, selami keistimewaannya serta amalkan tuntutannya, nescaya, perasaan cinta akan terlahir dengan sendirinya. kadang2, ramai yang membaca Al-Quran namun masih tiada ketenangan dalam diri kita.. kenapa yea? sebab ada satu perkara yang anda ketinggalan.. anda ketinggalan untuk memahami makna yang anda baca, dan anda tertinggal untuk memahami makna apa yang anda baca. sebab itulah, cinta anda semua masih hanyut, masih diterbangkan oleh nafsu, masih tidak mengerti cinta yang suci. cuba anda terangkan.. ada sati cerita nak disampaikan.. kisah Nabi Syu'aib.. hayatilah...
Dinukil dari Rasulullah s.a.w, Nabi Syu;aib Alaihissalam begitu sering menangis sampai penglihatannya hilang. Allah SWT dengan kasih syanag-Nya mengembalikan penglihatannya. Lalu, dia sering menangis lagi hingga buta untuk kedua kalinya. Allah SWT mengembalikan lagi penglihatannya. Sampai tiga kali kejadian itu terulang. Pada ketiga kalinya Allah SWT memberikan kesembuhan pada kedua mata Syu'aib.
"Wahai Syu'aib mengapa kamu begitu sering menangis? Jika rindu pada syurga. Aku menghalalkan untukmu. Jika takut akan neraka, aku mengharamkannya atasmu."
"Nabi Syu'aib menjawab."Tuhanku, bukan kerana semua itu tangisanku ini. Akan tetapi, tangisan ini adalah tangisan syauq(rindu). Hatiku terikat dengan cinta-Mu dan tangisanku adalah kerana mahabbah(cinta) kepada-Mu.
Allah berfirman."Kerana inilah Aku menugaskan Kalim-Ku, Musa bin Imran selama sepuluh tahun melayanimu. Siapa yang rindu kepada-Ku semua makhluk akan rindu kepadanya."
teman2 ku sekalian.. marilah kita muhasabah diri kita balik moga dapat membina peribadi insan yang berjaya.. 2 jela post kali nie... ok... salam dan selamat beramal...
salam maal hijrah,...
salam peneroka..
ReplyDeletewah affan dah ada blog..
wassalam cikgu yang ku sayang..
ReplyDeleteheheheh...cube2 buat.... kwn sya yang edit design... sya tulis je...