Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, January 30, 2011

Indah khabar dari rupa? Kita mampu mengubahnya.

Salam semua... post kali ni ringkas tapi harang mampu memberi suntikan pada kita walaupun sikit pada hati dan sanubari kita inshaAllah... tajuknya pun macam pelik kan... hehehe...

Bismillahirrahmanirrahim..


terdapat banyak persoalan yang ingin ditanya pada semua, pembaca sekalian.. sila tanya diri anda... lihat gambar di atas dan jawablah dengan berpijak di bumi sekarang dan moga jawapan anda ikhlas dan benar. carilah jawapan ini dengan mata hati anda.. Lihatlah pada ciptaan Allah, adakah islam itu indah? Lihatlah pada sistem yang Allah wujudkan, adakah islam itu indah? Lihatlah pada Al-Quran, adakah islam itu indah? Lihatlah bagaiman semua ciptaan berinteraksi antara satu sama lain, adakah islam itu indah? Lihatlah pada peribadi yang diajarkan Rasulullah pada ummatnya, adakah islam itu indah? Lihatlah pada peribadi Rasulullah, adakah islam itu indah? Adakah islam itu indah apabila kita mengkaji dan memahami islam? bagiku jawapan semua itu semuanya ya, ya dan ya kerana secara jelas islam itu begitu indah apabila kita melihat segala ciptaan, kehebatan umat islam zaman dahulu memperjuangkan islam dan sistem yang islam ajarkan pada kita. NAMUN....


cubelah anda melihat kepada orang islam zaman sekarang. adakah kita dapat lihat bahawa islam itu indah. lihat pada pakaian orang islam, pada percakapannya, peribadinya, pergaulannnya dan kehidupannya. adakah kita mampu melihat keindahan di sebalik semua itu? orang islam sekarang menganggap bahawa diri mereka indah sekiranya mampu memakai yang ketat dan tidak menutup aurat, mengeluarkan kata-kata yang sesat dan mencarut, pergaulannya antara lelaki dan perempuan langsung tidak terjaga, peribadinya dihiasi dengan sifat mazmumah, hidup diserikan dengan amalan munafik dan dirinya leka dihanyut dengan kenikmatan wang, arak dan perempuan di dunia. Adakah kita masih anggap islam itu indah jika kita lihat semua ni. bagiku yang cuba berfikiran sebagai orang bukan islam akan mengganggap islam itu tidak indah, penuh dengan perkara yang mensiakan dan tercemar dengan perbuatan yang memalukan...


begitulah tanpa kita sedar pandangan orang bukan islam pada islam. mereka masih x mampu untuk melihat keindahan ciptaan Allah dan peribadi seorang muslim dan mukmin sejati kerana mereka dibutakan dengan orang islam yang bergelar sebagai islam tetapi hidupnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang kotor dan cemar...

teman-teman pembaca sekalian,
sedarlah, kita manusia akhir zaman. semakin hari, semakin ramai yang terleka dengan godaan syaitan di bumi ini. semakin hari, semakin ramai orang islam menjadi sebenar-benar orang islam dan semakin hari semakin islam dipandang hina dan dikutuk oleh orang bukan islam. ini bukan salah orang bukan islam kerana mereka ada hak untuk menyatakan kritikan tetapi sedarlah bahawa ini salah kita semua. sejauh manakah kita menunjukkan bahawa islam itu indah. bagaimanakah peribadi dan amalan kita dan sejauh manakah kita mengajak umat islam ke arah kebaikan dan mencegah ke rah keburukan. sedarlah, kita adalah sebagai khalifah dan umat yang terbaik dan akan ditanya kelak Wahai si pulan si pulan, apa yang telah kamu sumbangkan pada agamamu dan kepada umat islam yang lain? adakah kita mempunyai alasan yang kukuh untuk menjawabnya.. aku takut Ya Allah..


jadi sebagai peringatan bersama ayuh kita sama2 ubah diri kita menjadi seorang muslim dan mukmin yang sejati. semaikanlah peribadi kita dengan peribadi yang indah dan hebat dan amalan kita merupakan amalan berdasarkan syariat islam dan cubalah sehabis baik untuk membimbing umat islam yang lain ke arah jalan yang betul. jom sama-sama kita ubah dan tunjukkan pada bukan islam bahawa ISLAM ITU AMAT INDAH.

inilah saja post kali nie. agar anda semua dapat sesuatu daripada post nie. semoga kita dapat hayati, fahami, amalkan dan sebarkan pada teman-teman yang lain. jika ada salah tolong tegur. diriku hanya manusia biasa yangmasih meneroka.

~hidup ini penuh dengan warna-warni~

2 comments:

  1. insyaAllah......syukran atas perkongsian


    ~mencari kekuatan memperbaiki diri dan menyebarkan keindahan ISlam..... keliru...yakin atau cuba-cuba yakin~ -.-

    Ya Allah peliharalah hati-hati kami... teguhkan keyakinan, keimanan dan ketaqwaan kami kepadaMU.... dalam setiap langkah kami di dunia hingga nafas yang terakhir... hidup dan mati dalam agamaMU....segalanya hanya untukMU, Ya RAhman, Ya Rahim.. ameen ya rabbal 'alamin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...