Islamic Widget

pengikut peneroka

Monday, June 20, 2011

cabaran dakwah itu indah biarpun perit.

Salam ukhuwah sahabat2.. Alhamdulillah, syukur sgt2 masih bernyawa di bumi Allah ini dalam meneruskan warna-warni kehidupan.. sungguh indah hidupbila benar2 diterokai.. rasanya dan berbulan-bulan x update blog nie.. asif yea kwn2.. bz skit… masih diberi kesempatan oleh masyarakat untuk meneruskan usaha khalifah.. hari nie, 2 assignment dah siap dan hati amat gembira untuk menulis.. terasa ingin menulis sedikit coretan sepanjang cuti sem kali nie.. sem baru dh nak mula. Ada beberapa perkara yg indah berlaku.. jom sama2 share moga dapat sesuatu insyaAllah. Cuti kali ini masa dipenuhi sebaiknya.. Alhamdulillah, bagiku orang busy mampu berjaya. Alhamdulillah sempat menghabiskan beberapa buku iaitu 40 hadis imam nawawi, contengan jalanan, pemikiran tuan guru, beduk diketuk dan masih membaca ikhwannur muslimin. Pelbagai perkara yang indah daripada buku2 ini. Beduk diketuk amat sesuai dibaca oleh sape2 pun.. seperti biasa program motivasi masih berjalan. Cuti nie ad 4 buah sekolah berhampiran yang sudi memanggil untuk mengadakan program motivasi. Seperti biasa, slot siapa diri kita mampu membakar semangat adik2 dan slot keluarga bahagia mengeluarkan begitu banyak air mata keinsafan. Moga kesedaran adik2 hadapi bukan setakat saat itu namun setiap detik adik2 dan mampu menjadi manusia yang berperibadi mulia serta Berjaya dalam hidup.. Amin.. doa abang sentiasa bersama kalian. Dan kali ini, aku diberi peluang oleh umiku untuk mengajar kelas tambahan beliau tapi errr subjek bahasa Malaysia.. begitu lemah diriku.. dah berkarat plak.. dh lupa tatabahasa.. hehehe.. tetapi ad 2 perkara yang ingin dikongsikan…





Cabaran dakwah itu indah biarpun perit.

Perkara pertama ialah saat aku menghadiri satu seminar di Kok Lanas, Kelantan selama 3 hari.. saat2 akhir aku diberitahu dan Alhamdulillah sempat join bersama rakanku pijo.. seminar dakwah kepada orang asli yang aku join 2 amat berguna.. seperti biasa mengajarku mengenali mad’u iaitu orang asli dengan lebih dekat dan sempat aku beramah mesra dengan diorg.. selain itu pengisian kerohanian juga amat sesuai dan terjemahan ayat Quran juga bertepatan dengan situasi semasa. Ustaz2 di sana amat best.. tapi ada satu sesi yang menyentuh perasaanku.. sesi itu merupakan perkongsiaan pengalaman peserta2 muallaf. Beberapa muallaf dipilih untuk berkongsi pengalaman. Ada yang tertarik islam dengan azan, sikap kawan2 yang member makanan sewaktu kecil, sopan santun islam dan indahnya ayat Al-Quran. Tapi ada satu kisah daripada seorang muallaf yang mana pada asalnya hindu dan baru memeluk islam setahun setengah. Dia merupakan perempuan dan masih belajar di UNITAR suatu ketika dahulu. Kisahnya menceritakan pengorbanan dia memeluk islam dan ini kisah betul yea kawan2.. satu hari dia tertarik dengan kawannya yang islam.. berbudi pekerti dan selalu menolong beliau.. shinggakan dia sentiasa menemani kawannya solat dan sebagainya. Tiba2 hatinya tertarikuntuk memasuki islam dan dia bertekad untuk memberitahu keluarga mengenai hasratnya untuk memasuki islam. Namun, ibu bapanya amat marah sehingga memukul dan mengurungnya selama berbulan-bulan sehingga diugut untuk dikahwinkan cepat dengan orang india. Hatinya amat sedih dan sakit. Namun satu malam, dia melihat ke luar daripada tingkapnya dan mendengar suara azan. Btapa indahnya laungan itu.. tiba2 dia terfikir sesuatu perkara. Pernah dahulu dia melihat kawannya menadah tangan untuk berdoa kepada Allah.. dengan perasaan yakin dia mengangkat tangan dan berdoa.. ‘ya Allah, jika benar kau membenarkan aku memasuki agamamu, bantulah aku’.. tiba2 terdengar suara dari belakang berkata.. kau lari.. kau lari.. kau lari… terkejut dngn suara itu lantas dia berfikir.. esok hari dia akan lari dari rumah dengan alas an untuk ambil exam di uni.. lepas habis exam di uni esok hari, tanpa membawa kain baju yang lain, dia terus lari seorang diri ke pejabat agama. Pegawai di sana pelik melihat keadaan dia yang pucat. Namun dengan azamnya, dia ingin memeluk islam.. dan Alhamdulillah dia memeluk islam namun x berani balik umah.. selang beberapa bulan, dia balik ke rumah dalam keadaan seorang islam.. namun yang sedihnya ibunya x mahu melihat wajahnya.. di saat dia pulang, ibunya pasti menyembunyikan diri di dalam bilik sehingga sanggup berlapar.. bayangkan perasaan seorang anak apabila dibenci ibu sendiri.. malah, dia sering diejek dengan pakaian tudung labuhnya.. hampir setiap saat dia menangis namun dia tetap yakin dengan islam.. walau pelbagai dugaan, seksaan dan kebenciaan yang diterima untuk memasuki islam namun dia tetap bersabar.. Subhanallah.. hebatnya insane Allah ini walaupun dia seorang perempuan.. sempat jugak aku berborak dengan dia dan terasa sesuatu yang hebat darinya. Sekarang dia belajar cara dakwah untuk membantu mereka yang lain.. kerdilnya diri ini.. kita dilahirkan dengan islam, dibesarkan dengan islam, diberi kasih sayang dengan islam namun sejauh manakah sayang kita pada islam. Beliau yang diuji dan dicabar tetap teguh memperjuangkan islam malah sanggup belajar cara2 untuk berdakwah.. Alhamdulillah.. syukran ya ukhti.. anda meniupkan semangat aku untuk berdakwah.. benarlah… dakwah itu indah biarpun perit…

‘dan hendaklah berbuat kepada manusia dengan apa ingin ia perbuat untuk dirinya sendiri’.
(riwayat muslim)




Kisah kedua… kali ini debaran dakwah amat terasa.. diberi peluang bersama pelajar usm untuk misi dakwah dan kesihatan di pos simpor terletak 5 jam dari gua musang jauh dalam bukit yang tiada elektrik dan tanah yang amat bahaya..kali ini, apa yang aku belajar di seminar hari 2 benar2 akan diuji. Bersama kawan dari intec pijo dan aisar manakal yang lain dari usm, kami berkenalan dengan peserta yang lain.. perjalan dari kota bharu ke gua musang 3 jam dan dari gua musang ke pos simpor 5 jam.. sakit belakang kami naiki lord cruiser yang lama 2.. kerusinya dan tercabut dan kami duduk sempit2 sambil pegang tong gas.. habis sakit tulang2 nie.. nie atas semangat dan cabaran dakwah, senyuman tetap terukir.. adakalanya terpaksa tolak kenderaan bila x mampu nak naek bukit dan kdg2 terpaksa berjalan kaki.. namun disebalik iru, kemanisan ukhuwah tetap terasa.. Alhamdulillah.. pabila sampai, terkejut kami tengok banyaknya anjing.. mula2 takut pas2 jadi ok plak.. anjing kat snie amat baik.. diorg takut pada manusia malah kucing pun diorg takut.. terkejut x.. heheh.. kami diberi keluarga angkat masing2.. ada yang dapat keluarga kristian dan ada yang dapat keluarga islam. Aku diberi mandate untuk memperkukuhkan iman keluarga islam.. satu hari bersama mereka.. sempat berborak dengan mereka.. mereka mengajarku bahasa temiar iaitu bahasa orang asli dan aku mengajar mereka sikit ilmu agama. Bacaan wajib dalam solat dan sikit sirah yang best.. adk2 angkatku sempat aku ajar nasyid.. wah.. sedap suara mereka.. blh bwat team nasyid gni.. sempat jugak aku berborak dengan mereka kehidupan masyarakat di situ.. rupa-rupanya mereka amat daif.. hnya makan ubi kayu dan pucuk ubi jer.. kebanyakan mereka kerja mencari rotan yang x seberapa. Barang yang dijual kepada mereka mahal sehingga 4 ringgit sekilo bagi gula malah umah mereka kebanyakannya dari buluh. Di sana gerakan kristian amat kuat mala merka dating setiap minggu untuk mengajar kristian.. sebab itulah di sna keluarga kristian ad 20 tapi islam 10 jer..wah, ini cabaranku menunjukkan islam lebih hebat dan indah dari kristian.. sempat jugak aku diajar oleh apak(ayah angkatku) maen sumpit, menjala ikan dan mand sungai.. sungguh indah rasanya.. aku cuba berdakwah semampu boleh di sana.. pendekatan yang kami bawa adalah membina kasih sayang.. sekiranya wujudnya ikatan kasih sayang antara mereka dan anak angkat maka mereka akan sentiasa ingat anak angkat mereka dan cuba untuk pegang agama islam.. in kerana gerakan islam hanya mampu masuk beberpa bulan sekali je.. amat besar cabaran yang dihadapi.. moga keluarga angkatku di sana sentiasa dalam redha Allah.. di saat kami nak balik tiba2 jambatan runtuh.. slot kesihatan yang dilakukan oleh pihak usm digunakan masa itu oleh kami yang lain untuk membaiki jambatan.. wah, nak patah tangan dan bahu rasanya mengangkat balak tapi sebenarnya suatu pengalaman yang hebat.. di saat perpisahan pasti akan rasa sebak di dada bila ikatan mula terjalin.. kami memberikan sedikit makanan kepada keluarga angkat dan sedikit cenderahati.. minyak attar kasturi putihh dan kopiah sempatku hadiahkan pada apakku.. yek yecen ma aduk (saya sayang pada apak).. moga suatu hari nanti sempat berjumpa lagi dan sempat meneliti kembali bacaan al fatihah apak dan mendengar nasyid daripada adik2.. moga jalinan ini berkekalan.. kami pulang membawa satu pengalaman dakwah yang indah.. dakwah itu memat perit dengan pelbagai cubaan namun indah jika berjaya dilaksanakan.. ini kerana janji Allah itu pasti bahawa tiada sesuatu pun yang berat dan x mampu ditanggung oleh kita..

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’
(Al-Baqarah:286)




Sahabat2.. sedikit pengalaman yang indah dihadapi olehku cuti ini.. ingatlah, manusia diciptakan oleh Allah disebabkan keistimewaan yang dimiliki oleh kita sebagai khalifah.. ingatkah kamu ayat 30 surah al-baqarah yang mana Allah lebih mengetahui mengapa kita dilantik menjadi khalifah walaupun malaikat x persetujuinya. Ini kerana kita mampu melaksanakan apa saja yang kita mahu dan semuanya hanya ada pada kita.. dakwah ibarat peria.. peria amat pahit untuk dimakan bukan.. namun jika dimasak dan dibuat dengan cara yang betul pastinya manis bukan.. dakwah merupakan satu perkara yang pahit untuk dilakukan.. namun, jika kita mampu melakukannya dengan betul berlandaskan syariat, pati sesuatu yang manis akan timbul… rasailah kemanisan itu sahabat kerana nikmat amat indah..



Sekadar perkongsian kisah dan kisah ini kisah benar.. moga mampu member manfaat pada kita.. Wallahualam.. salam ukhuwah fillah Abadan abada..

1 comment:

  1. alhamdulillah..jzkk.. atas perkongsian ini..
    semoga Allah sentiasa memayungi rahmat ke atas dirimu wahai sahabat..
    dan semoga jiwa daie terus bersemarak di hatimu..
    insyALLAH..salam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...