Islamic Widget

pengikut peneroka

Sunday, July 10, 2011

cahaya lilin itu takkan padam..

salam ukhuwah fillah..

sudah lama x update blog.. sejak akhir2 nie bz skit.. cabaran dan dugaan untuk melaksanakan tugas khalifah du dunia ini.. walaupun diri ini rasa penat dan lesu kadang2, namun masih terasa keindahan dan kenikmatannya. dalam meniti sisa-sisa kehidupan ini, sudah pasti akan ada kadang2 saat di mana kita letih dan saat itulah syaitan cuba membisik dan melesukan api perjuangan kita namun matlamat masih satu.. biar derita di dunia agar merasai kesengangan dan kebhagian di syurga Allah yang mana lebih indah dan selamanya.. hari ini, hati ingin menulis mengenai satu objek.. objek nie licin, dan berminyak sikit rasanya.. di tengah2 objek ini ada tali dan di hujungnya tali ini panjang sikit... apa agaknya yea?



inilah ia lilin.. sesuatu jika dilihat mampu mengeluarkan cahaya yang mana mampu menyuluh kita tatkala kita gelap, membantu kita menghasilkan sumber kecerahan dan mempermudahkan kerja kita bila elektrik xde kat umah.. tapi malangnya, dalam kehidupan lilin ini, setiap detik yang berlalu dalam menyinari hidup manusia, hidup lilin itu semakin sikit. berterusan dia memakan diri sampailah suatu ketika sudah x terdaya dia nak hasilkan cahaya.. itulah tamatnya kehidupan objek yang digelar lilin..

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas, diberi kesempatan untuk melawat cikgu2 dan guru2 ku di sekolah lama dulu. STAR, tempat aku mula bertatih mencari erti hidup. di sinilah tempat yang mana aku mula belajar berpisah dengan keluarga, hidup di kawasan ipoh yang ramainya cina dan mula belajar bertutur dalam bahasa kolumpur. dan di sinilah aku dikurniakan sahabat2 yang membimbingkan ke arah cahaya yang aku jumpai sekarang. Alhamdulillah.. syukran sgt2 sahabat.. biarpun jasadku pergi dulu, biarlah hati ini menemani kalian.. aku hanya insan biasa yang sukar membalas jasa kalian namun, hanya doa dan ingatan agar hidup anda sentiasa berada dalam keredhaan Allah sahaja yang aku mampu hulurkan. aku ke STAR bersama 2 sahabatku hakim maiden dan aiman amri. walaupun agak keseganan bwk byak barang ke ipoh, tapi aku tetap cuba. maklumlah dah nak daftar sem baru, jadi bawak la skali semua brg. aku bertolak dari kelantan dan singgah di ipoh sehari berjumpa dengan cikgu dan keesokannya terus ke shah alam.. pengalaman yang baru untuk persediaan diri yang jitu insyaAllah..

namun, terasa rindu dan hiba diri bila kaki berpijak di sekolah. bagiku, walaupun ada kenangan pahit di sini tapi yang manis itu lebih indah dan banyak. ku merasakan baru semalam aku keluar dari sekolah tu dengan perasaan yang hiba. sampai di sana subuh, aku terus ke surau. nampaknya, keadaan berbeza sekarang. surau masih sunyi walaupun dah nak subuh. jadi, aku dan kwn2 ku pun ingin meneruskan gerakan subuh seperti kami buat dulu, berjalan-jalan dari satu blok ke blok yang lain untuk kejut adik2 junior kami. ada yang terkejut melihat aku dan aku hanya tersenyum.. sekarang mcm2 dah berubah. skrg dah ada 2 kafe kat star, bilik badar pun dah ad aircond.. terasa rindu plak nak rasai sume ini.. kalu dulu, meeting pun dalam keadaan panas.. sekarang STAR semakin maju tapi kenapa aku rasa masih ada kekurangannya.. insyaAllah, moga aku mampu menyelamatkannya jika cadangan aku mengadakan program di sana diluluskan.. amiinnn ya rabb..

dan bila pagi tiba, gerakan aku dan kwn aku pun bermula untuk berjumpa semua cikgu kami. dari kafe ke bilik guru ke kelas dan seluruh pelusuk sekolah. dari satu cikgu ke cikgu yang lain kami ziarahi.. terima kasih cikgu kamariah belanja kami breakfast.. hehehe,.. saat inilah terukir segala memori pernah kami belajar dahulu.. saat kami jatuh dan bagun, gelak ketawa dan sedih, serta bila berada dalam keadaan genting sekalipun.. Alhamdulillah semua cikgu masih sihat dan ceria.. aku lebih mesra dengan panggilan aufa oleh cikgu2 di sekolah dulu.. namun air mataku hampir mengalir dengan harapan yang sgt tinggi dari cikgu ku.. cikguku sungguh bangga kerana aku dapat belajar doktor seperti yang dididamkan dahulu namun berita yang aku terima amat menyedihkan. ada cikgu2 ku menghidap penyakit merbahaya dan ada yang tengah sakit sekarang.. sambil gelak ketawa berbaur harapan yang tinggi, ku tahu bahawa mereka ingin aku membantu mereka suatu hari nanti... ku melihat aliran air mata mengalir dari mata seorang cikgu yang mengajarku erti x kenal putus asa mengenangkan nasibnya terasa ingin menahan air mata itu dan mengubatinya dengan ubat keriangan namun aku x mampu.. kerana aku masih lagi pelajar biasa dan belum jadi doktor lagi.. jika cikgu membaca post ini, inilah kata2 dari anak muridmu yang lemah ini..

insyaAllah, insyaAllah, insyaAllah..
aku hanya berserah padamu ya Allah..
jika hayatku dan kudratku masih panjang, tunaikanlah impianku ini..
kalu dulu guruku menahan derita dengan karenahku di sekolah biarlah dia pula merasa kebahagiaannya..
kalu dulu impian dan harapanku untuk membantu guruku hanya mampu dilafazkan melalui kata-kata biarlah ia benar2 mampu dilaksanakan..
guru, walaupun di mana aku dicampak, kau tetap dalam ingatanku..
sanyagilah mereka ya Allah seperti mana mereka mengasihani kami semua..

jika dulu, HOPTAR, Hospital Pakar Tuanku Abdul Rahman, hanya diukir di atas kertas bersama logo, visi, misi dan lagunya sahaja, insyaAllah, ini anak murid cikgu, Affan Aufa bin Zainuddin akan cuba untuk merealisasikannya......... insyaAllah..

terima kasih..
terima kasih..
terima kasih...

='(

1 comment:

  1. teruskan usahamu Dr Aufa!!!! moga cita-citamu itu tercapai... pasti cikgumu berbangga denganmu, adikku... GANBATTE KUDASAI!!! YOSH!!!! mereka lilin dalam mendidik para pelajar.... kau jadilah bintang yang bercahaya selamanya di hati mereka... salam perjuangan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...