Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Get More Islamic Testi Here!
setiap nyawa yang ditiupkan ke dalam jasadnya mempunyai perikatan dengan nyawa yang lain. malah, ada hubungan antara satu makhluk dengan makhluk yang lain. dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dalam keadaan yang indah dan penuh ajaib, hebatnya ciptaan Allah pada hambanya. malah, lagi bersyukurnya kita bila, saat kita membuka mata untuk melihat dunia ini, kita dilaungkan azan menandakan kita sudah pun berada dalam keadaan islam dan sungguh besar nikmat itu. Alhamdulillah sampai sekarang dapat merasai nikmat islam yang dikurniakan. seperti yang dikatakan dalam hadith, semua umat islam adalah bersaudara. maknanya kita mempunyai satu tanggungjawab yang besar terhadap seluruh umat islam. satu anologi ringkas mengenai saudara islam, cuba lihat lebah. betapa kasihnya mereka antara satu sama lain. keluar sama2 mencari madu dan duduk dalam kawasan yang sama. bila sahaja habitatnya dimusnahkan, mereka sama2 mencari pemusnah itu untuk cuba mempertahankan rumah mereka dan apabila sudah hancur, mereka sama2 bangkit untuk mencari kembali tempat yang sesuai untuk dijadikan rumah yang baru. hebatkan hubungan mereka. jika kita satu saudara, mengapa kita x mampu menjadi lebah. saling mengasihi antara satu sama lain, sama2 cuba untuk bangun tatkala kita jatuh dan sama2 tolong menolong antara satu sama lain. bagaimana sayangnya lebah pada tempat tinggalnya, begitulah perlunya kita sayang akan agama kita. sentiasa perlu membina diri agar agama kita mampu diperbaiki dengan lebih bagus. lirik lagu di atas merupakan lirik lagu sebuah pertemuan. lihatlah bagaimana indahnya pertemuan antara 2 sahabat. saling tolong menolong dan berada di sisi di saat kesusahan. inilah antara nilai persaudaraan yang perlu ada dalam diri kita sebenarnya. jika melihat saudara kita jatuh, ayuh sama2 bangunkan dia, jika melihat mereka alpa dan lari pada landasan, ayuh sama2 perbetulkan.. dengar lagu nasyid nie pun best jugak... hehhe
Dapatkan Komen Bergambar Islami Disini
tertarik dengan kata seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mu'adh) berkata:
"hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin, iaitu:
pertama:jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia
kedua:jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia
ketigajika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia...
kehidupan bersaudara ini cukup indah jika betul-betul diamalkan dan dilaksanakan. sekiranya, setiap amalan yang dilakukan dengan saudara kita berlatarkan kasih sayang, maka hasilnya juga dengan sesuatu yang cantik untuk dikenang. ada satu hadis Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda,
"kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? iaitulah sebarkan salam antara kamu." (riwayat muslim)
jadi sahabat2, kan indah jika kita memberi salam pada saudara kita sendiri walaupun x kenal. jika malu nak memberi salam, sekurang-kurangnya lemparkanlah senyuman yang ikhlas. jangan pula senyuman yang ada maknanya, Allah maha Mengatahui apa yang ada dalam hati kamu. jika dahulu, para sahabat teringin sangat memberi salam pada nabi Muhammad SAW, namun nabi lagi pantas untuk memberi salam. tengok bagaimana kasihnya saudara islam dengan saudara yang lain. namun, lihat hari ini, dipenuhi dengan anasir barat, kehidupan yang moden dan semuanya sibuk ke arah keduniaan. amat sukar ingin melihat kembali kemanisan berada dalam suasan bersaudara..
jika untuk diberikan bagaimanakah nilai persaudaraan sebenar, ayuh melihat kepada hadis 35 dalam 40 hadis imam nawawi mengenai nilai persaudaraan.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
***************
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Get More Islamic Testi Here!
inilah antara erti sebuah persaudaraan yang sebenarnya perlu terbina, tertarik dengan satu lagi hadis " jauhilah olehmu sekalian sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebaikan seperti api memakan kayu"
penutup kali ini, sedikit bait-bait indah buat anda semua dan semoga mampu menjadi pendorong pada anda sekalian.
"binasalah orang yang tidak mengetahui dengan hatinya akan yang hak dan yang mungkar"
(ibn Mas'ud)
Get More Islamic Testi Here!
salam ukhuwah dan selamat membaca.
people get scared with what they don't know.
ReplyDeleteurm... boleh jelaskan x maksud itu...
ReplyDelete